News

Jangan Iktiraf Istilah Abang Besar Di Laut China Selatan

Jangan Iktiraf Istilah Abang Besar Di Laut China Selatan

Suhu di Laut China Selatan kembali tegang berikutan persaingan kuasa besar di wilayah lautan paling strategik di dunia ketika ini menimbulkan ancaman besar kepada kebanyakan negara termasuk Malaysia.
Konflik masa depan dijangka menjadikan Laut China Selatan sebagai platform proksi di antara Barat dan Timur. Perlumbaan antara kuasa Barat yang diterajui Amerika Syarikat (AS) dan Britain dan kuasa Timur oleh China dan Rusia dijangka berterusan dengan menjadikan Laut China Selatan pentas peperangan antara kedua-dua blok kuasa besar ini.

Ketika konflik Rusia dan Ukraine terus berlanjutan, China pula giat mengadakan latihan ketenteraan selama lebih seminggu di Laut China Selatan.

Nine Dash Line merupakan garisan maritim yang dituntut oleh China ke atas lebih 70 peratus dari keluasan Laut China Selatan berdasarkan peta pada tahun 1947. Tuntutan China ini turut meliputi keseluruhan Kepulauan Paracel, Spratly sehinggalah terumbu Scarborough.

Tuntutan berdasarkan ‘nine-dash line’ ini juga tidak selaras dengan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Undang-Undang Laut 1982 atau United Nations Convention on the Law of The Sea 1982.

Kedaulatan merupakan perkara asas dalam sesebuah negara. Sebuah negara yang berdaulat, selamat dan aman mampu memberikan suasana ekonomi yang baik. Dalam suasana yang aman kegiatan ekonomi dapat berjalan dengan lancar dan rakyat dapat menjalankan pekerjaan dalam keadaan yang sejahtera dan selamat.

Sehubungan itu, negara harus menyediakan keselamatan dalam negara yang baik dan melindungi negara dari ancaman luar dengan kekuatan pertahanan demi kelangsungan ekonomi yang mampan. Kekuatan pertahanan boleh dibentuk dengan aset pertahanan yang moden dan barisan pertahanan yang mencukupi bagi menghadapi musuh yang boleh menggugat dan meragut kedaulatan negara.

Negara-negara maju seperti AS, China, India, Rusia, dan Arab Saudi sangat mengutamakan perbelanjaan ketenteraan bagi memastikan keselamatan dan kekuatan negara terjaga kerana kekuatan ketenteraan dapat mengukuhkan ekonomi negara. Lima negara ini mempunyai jumlah perbelanjaan ketenteraan yang terbesar dan merangkumi 60 peratus perbelanjaan ketenteraan global. Oleh itu , bajet ketenteraan Malaysia perlu dipertingkatkan.

Malaysia perlu mempelbagaikan perolehan aset ketenteraan. Yang menakutkan adalah kemampuan teknologi dan aset ketenteraan yang lemah. Kita wajar mengambil beberapa pengajaran geopolitik daripada operasi ketenteraan khas Rusia di Ukraine.

Industri pertahanan tempatan perlu bangkit semula dan berupaya untuk berdikari tanpa bergantung kepada kepakaran dari luar, dalam usaha mengukuhkan keselamatan dan pertahanan negara .Usaha untuk menyokong keperluan dan kesiagaan barisan pertahanan khususnya dalam bidang utama seperti bekalan peralatan asas ketenteraan, persenjataan serta penyelenggaraan aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan berjaya jika kepakaran tempatan terus diperkukuh.

Natijahnya , jangan sesekali kita iktiraf istilah Abang Besar Di Laut China Selatan. Kita kena memperkuatkan bajet , aset dan dasar ketenteraan negara kita sendiri.

1 Comment

1 Comment

  1. https://israel-lady.co.il/

    May 16, 2022 at 5:48 am

    Good post. I learn something totally new and challenging on blogs I stumbleupon every day. It will always be interesting to read through articles from other writers and use a little something from other sites.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Most Popular

To Top