News

Jika Najib & Keluarga Bayar Cukai Berbillion Ringgit Maka Setiap Rakyat Akan Dapat RM52,000 Tanpa Perlu Pengeluaran KWSP

Baru-baru ini kerajaan umumkan dalam bajet meluluskan pengeluaran simpanan Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM500 setiap bulan.

Tentunya pengumuman tu dapat banyak reaksi yang pelbagai dari masyarakat. Tapi yang tak boleh tahan, bekas PM, Najib Razak sibuk cari gaduh dengan Kementerian Kewangan pasal isu itu. Najib ni nak jadi pakar ekonomi ka, diri sendiri pun bermasalah.

Kenapa sekarang baru nak sibuk-sibuk borak pasal kewangan. Cakap pasal kewangan, cerita Najib dan keluarga tak bayar cukai berjumlah RM1.69 bilion sampai sekarang tu apa cerita? Cuba cerita sikit. Tentu rakyat nak tahu.

Sebab kalau jumlah RM1.69 bilion tu bahagi kepada setiap rakyat Malaysia berjumlah 32 juta setiap seorang akan dapat lebih kurang RM52,000, dengan itu rakyat tidak bergantung sepenuhnya kepada KWSP.

Memandai-mandai nak ajar orang pasal kewangan, Najib macam lupa lak, masa bicara kes 1MDB, dia mengaku tak tahu macam-macam. Sampai Jho Low songlap sana sini dia kata tak tahu. Bab orang lain nampak pulak. Ni, kalau kata pepatah-pepatah lama, kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak. Kalau bagus semangat, kenapa dulu masa jadi PM, banyak sangat slack pengurusan kewangan tu.

Pendek cerita, sebelum nak borak tunjuk pandai, Najib perlu start bayar cukai pendapatan RM1.69 bilion tu dulu. Sedarlah ko Najib negara akan lebih merana dengan cadangan bodoh pandai kau tu. Jangan hanya sibuk buruk-burukkan orang kalau diri tu memang jelas tak bagus.

Jangan jadi mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.

Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan bahawa Datuk Seri Najib Razak perlu membayar tunggakan cukai pendapatan tambahan berjumlah RM1.69 bilion kepada Kerajaan Malaysia.

READ ALSO  Mahathir Lawyer Accompany Yusoff Rawther To Take Lie Detector Test Over Sexual Misconduct Claims Against Anwar - Punishable With Jail Up To 10 Years

Ia berikutan keputusan mahkamah yang membenarkan permohonan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi mendapatkan penghakiman terus berhubung saman dikemukakan terhadap bekas perdana menteri itu bagi menuntut jumlah tunggakan berkenaan.

Hakim Datuk Ahmad Bache membuat keputusan itu selepas mendapati jumlah tunggakan cukai pendapatan tambahan berkenaan perlu dikenakan dan dibayar oleh Najib sebagai hutang kepada kerajaan.

Beliau berkata, mengikut Seksyen 106(3) Akta Cukai Pendapatan, mahkamah tidak boleh memenuhi permohonan Najib selaku defendan untuk mendengar rayuan bagi jumlah tunggakan yang dipertikaikan itu.

Bagaimanapun, hakim itu berkata, Najib masih boleh mengemukakan rayuan berhubung jumlah yang dipertikaikan itu kepada Suruhanjaya Khas Cukai Pendapatan.

Pada 25 Jun tahun lalu, kerajaan memfailkan saman terhadap Najib bagi menuntut bekas perdana menteri itu membayar RM1.69 bilion cukai pendapatan LHDN yang masih terhutang bagi Tahun Taksiran 2011 hingga 2017.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ten − eight =

Most Popular

To Top