News

Ketua Penerangan UMNO Shahril Hamdan Pencetus Idea Cetak Wang Pada 8 Jun 2020

Jika hutang Kerajaan dlm Ringgit, Kerajaan tidak mungkin gagal bayar hutang tersebut kerana Kerajaan mempunyai kedaulatan kewangan asas yang membolehkan ia (melalui BNM) dalam keadaan terdesak “cetak” matawang Ringgit sendiri. P/s Bukanlah cetak – semua guna kunci komputer saja. – Shahril Hamdan

Source : Twitter

November 2020

Timbalan menteri belia dan sukan, Senator Wan Ahmad Fayshal atau lebih dikenali sebagai Mat Jargon berkata ramai salah faham dalam mengkritik beliau berkenaan isu “pengampunan hutang” dan “penciptaan wang” yang dikupasnya tempoh hari dalam siaran BFM.

Tambahnya lagi, tajuk tersebut adalah teknikal dan perlu perbincangan lanjut dan asas tentang asal usul wang, dan perbankan moden.

“Kalau tidak jelas, maka jadilah andaian-andaian palsu kononnya akan berlaku hiper-inflasi seperti Zimbabwe. Ini tidak tepat seperti yang dijelaskan dalam makalah yang diterangkan oleh Biro Ekonomi Armada Nasional di bawah. Silakan baca untuk fahami lebih lanjut.” – Wan Ahmad Fayshal

Pada temuramah dengan stesen radio BFM dua hari lepas, Mat Jargon menggesa supaya Bank Negara mencetak lebih banyak wang kertas untuk diagihkan kepada rakyat untuk dibelanjakan.

katanya ia boleh dilakukan dengan melupuskan hutang untuk membantu rakyat menerusi dasar kewangan “wang helikopter” dengan bank pusat secara langsung mencetak wang dan memberikannya terus kepada rakyat supaya mereka dapat membelanjakannya.

Malah katanya, ini adalah beberapa langkah yang boleh dilaksanakan, dan negara memerlukan dasar inovatif dari bank pusat.

Wang helikopter merujuk kepada dasar mencetak sejumlah besar wang baru untuk diedarkan di kalangan rakyat, untuk merangsang ekonomi semasa kemelesetan. –

READ ALSO  Philippine President Rodrigo Duterte’s Penchant For Kissing Random Women In The Mouth - Kissing Spree
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

sixteen − nine =

Most Popular

To Top