News

Ketua UMNO Bahagian Kuala Selangor Tolak Tengku Zafarul – Zafarul Merosakkan Jentera Parlimen Kuala Selangor

Ketua UMNO Bahagian Kuala Selangor, Datuk Jahaya Ibrahim menolak mentah-mentah kehadiran Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafarul Tengku Abdul Aziz dalam mana-mana program di Parlimen kawasan tersebut.

Beliau mengakui sebagai Ketua UMNO Bahagian Kuala Selangor beliau telah mengeluarkan arahan kepada kesemua kepimpinan parti empat peringkat untuk tidak terlibat dengan sebarang program dan majlis dengan Zafarul.

“Saya mengesahkan surat yang tular tersebut adalah benar. Bagi pihak UMNO Bahagian Kuala Selangor saya seratus peratus menolak kehadiran beliau mengadakan program yang saya lihat merosakkan jentera Parlimen Kuala Selangor,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu tular di aplikasi whatsApp surat daripada pihaknya yang memberi arahan kepada kepimpinan bahagian untuk tidak terlibat dengan program melibatkan Zafarul.

Jahaya berkata, beliau kesal dengan tindakan Zafarul yang dianggap mengacau jentera pilihanraya Parlimen Kuala Selangor sebelum tiba masanya.

“Pilihanraya pun belum diumumkan bila akan diadakan, tiba-tiba timbul program melibatkan Zafarul dengan pemimpin UMNO negeri ini.

“Saya berharap semua pihak menghormati kepimpinan bahagian dan janganlah merosakkan jentera UMNO Bahagian demi menjayakan agenda masing-masing,” katanya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Most Popular

To Top