News

Kronologi : Kepimpinan Zahid Hamidi Sebagai Presiden UMNO Yang ‘Flip-Flop’ – Apa Lagi Zahid Mahu?

1.0 – Kepimpinan Sebagai Presiden UMNO

Kepimpinan Zahid Hamidi amat lemah sekali sehingga pada suatu ketika dahulu diminta untuk berehat seketika dan membiarkan Tok Mat untuk menjadi pemangku Presiden. Keadaan ini berlaku hanya tidak lama Zahid sendiri menang sebagai Presiden UMNO.

Menang Presiden UMNO – Berehat Sebagai Presiden UMNO – Kembali Menjadi Presiden UMNO

Lebih daripada 60% Ahli UMNO Tidak Menyokong Zahid

Dalam pemilihan UMNO yang lepas Zahid Hamidi hanya mendapat 37,000 undi berbanding beliau dengan 32,000 undi dan Tengku Razaleigh Hamzah sebanyak 20,000 undi. Keadaan ini hanya menandakan lebih daripada 60% ahli UMNO sebenarnya tidak menyokong Zahid.

Dari segi undi bahagian pula Zahid mendapat 93 undi berbanding Khairy Jamaluddin yang memperoleh 51 undi dan veteran parti, Tengku Razaleigh Hamzah yang meraih 23 undi ( 74 Undi ). Keadaan ini bermakna lebih daripada 45% bahagian tidak menyokong Zahid.

2.0 – Isu Sokongan Kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Perikatan Nasional

Zahid sendiri meminta supaya kuatkan Perikatan Nasional. Zahid sendiri keluar daripada Perikatan Nasional. Zahid sendiri kembali kepada Perikatan Nasional. Zahid sendiri pertimbang semula sokongan kepada Perikatan Nasional. Zahid sendiri meminta supaya gencatan politik terhadap Perikatan Nasional.

Apakah sebenarnya pembawaan Politik Zahid Hamidi ?

7 MAC 2020

Zahid : Perikatan Nasional Wajib Menguasai Majoriti Di Parlimen

“PN wajib menguasai majoriti di Parlimen, bukan dengan jumlah Ahli Parlimen sedia ada sahaja, tetapi usaha mesti dilakukan untuk perkukuhkan PN dengan sokongan Ahli-Ahli Parlimen yang mahu menyertai kerajaan, ‘horse trading’ sedang rancak dijalankan oleh pihak lawan,” katanya.

Source : Harian Metro

30 July 2020

UMNO umum tarik diri daripada Perikatan Nasional

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengumumkan parti itu sudah membuat keputusan untuk tidak menyertai Perikatan Nasional (PN).

Sebaliknya, parti Melayu terbesar itu memilih untuk memperkasakan gagasan Muafakat Nasional (MN) bersama dengan Pas dan kepimpinan dalam komponen Barisan Nasional (BN).

“Sokongan kepada Kerajaan Perikatan Nasional hanya berlandaskan sokongan Ahli-ahli Parlimen UMNO dan BN serta ADUN-ADUN dalam pembentukan kerajaan Pusat dan di beberapa negeri tertentu.

Source : Sinar Harian

15 Oktober 2020

Zahid: Timbang semula sokong PN

“(Syarat baru) tidak ada kaitan dengan kes mahkamah,” katanya dalam kiriman pesanan teks. “Ini semua mengenai Umno sebagai parti.”

Anggota Parlimen Bagan Datuk itu bagaimanapun, tidak menjelaskan ketika ditanya mengenai tuntutan baru mereka, termasuk apakah parti itu ingin lebih banyak wakil dalam kabinet.

Source : Malaysiakini

21 Oktober 2020

UMNO umum gencatan politik, sokong penuh Perikatan Nasional – Zahid Hamidi

Bagi memastikan agenda menangani COVID-19 dan membantu rakyat yang sedang dihimpit kesusahan, UMNO mengumumkan gencatan politik perlu dilakukan.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, parti itu juga dalam masa sama mengambil pendirian untuk mendukung kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam memberi fokus kepada agenda membantu rakyat dan negara mendepani COVID-19 serta kegawatan ekonomi.

Source : Astro Awani

3.0 – Isu UMNO Tidak Diberi Jawatan Kabinet Yang Setimpal & TPM

Zahid sendiri yang kata tidak mahu jawatan TPM dan sebarang lantikan adalah atas budi bicara Perdana Menteri. Beberapa bulan kemudian Zahid sendiri kata UMNO dibuli dan tiba – tiba mahu menjadi TPM.

READ ALSO  Breaking News : Selangor Sultan Suspends Datuk Seri State Titles Conferred Upon Najib & Rosmah

6 MAC 2020

Nafi UMNO sasar jawatan TPM: Ahmad Zahid

Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menafikan parti itu menyasarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri.

“Bagaimanapun, itu adalah budi bicara Perdana Menteri untuk menentukan siapa yang bakal dilantik selepas mengambil kira beberapa pertimbangan mengikut senarai yang diputuskan oleh UMNO dan BN,” katanya ketika ditemui pemberita selepas perbicaraan kesnya di Mahkamah Tinggi, di sini.

Source : Berita Harian

7 MAC 2020

Zahid tidak mahu jawatan dalam Kabinet

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak akan menawarkan diri untuk dilantik memegang sebarang jawatan dalam Kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu mengumumkan pendiriannya ketika berucap pada perasmian Berkelompok Persidangan UMNO Cawangan Empat Peringkat Bahagian Bagan Datuk di Dewan Perdana Kompleks Umno Bagan Datuk, hari ini.

Ahmad Zahid berkata, beliau yakin Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai pertimbangan sewajarnya untuk melantik barisan Kabinet yang berkelayakan, berwibawa dan berkemampuan untuk membantunya.

“Sebagai Pengerusi BN dan Presiden UMNO, saya menawarkan diri agar tidak dilantik bagi sebarang jawatan dalam Kabinet yang akan diumumkan.

“Kita semua hendaklah berlapang dada dan berfikiran terbuka untuk menyokong keputusan Perdana Menteri,” katanya.

Source : Berita Harian

29 Oktober 2020

Zahid layak jadi TPM – Tajuddin

Berdasarkan sokongan lebih tiga juta ahli, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi layak untuk dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Pandangan itu disuarakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang mengakui UMNO sebelum ini ada meminta supaya ahli parti itu mengisi jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Begitupun, Tajuddin menegaskan, parti itu tidaklah mendesak atau mengugut tapi meminta pemimpin UMNO yang sesuai memegang jawatan itu mengikut hierarki parti.

Source : Astro Awani

Tunai tuntutan UMNO, beri jawatan TPM kepada Zahid

Sebenarnya tuntutan UMNO tidaklah keterlaluan, cuma Muhyiddin sebagai Perdana Menteri harus berjiwa besar dalam kepemimpinannya.

Source : Utusan

4.0 – Isu Sokongan UMNO Kepada Anwar & DAP

Zahid sendiri melalui muafakat nasional tolak DAP dan Anwar. Zahid sendiri restu Ahli Parlimen UMNO Sokong DAP dan Anwar. Zahid sendiri tandatangan surat sokongan Anwar Jadi PM dan kerajaan bersama DAP. Zahid sendiri akhirnya kembali Tolak Anwar dan DAP Jadi PM.

23 September 2020

Zahid restu Ahli Parlimen sokong Anwar

“Saya telah mengikuti sidang media oleh Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Port Dickson.

“Sebagaimana diketahui umum, UMNO dan BN bukan merupakan parti komponen Perikatan Nasional (PN).

“Sokongan kepada kerajaan PN merupakan sokongan dari Ahli-Ahli Parlimen sahaja.

“Saya dimaklumkan ramai Ahli-Ahli Parlimen UMNO dan BN yang telah menyatakan sokongan. Saya menghormati pendirian Ahli-Ahli Parlimen berkenaan.”

Source : Suara Merdeka

16 Oktober 2020

Najib, Zahid tulis surat ke Istana untuk sokong Anwar

MalaysiaNow difahamkan bekas perdana menteri Najib Razak dan bekas timbalannya Ahmad Zahid Hamidi, yang didakwa dengan jumlah keseluruhan 79 pertuduhan rasuah, menulis surat secara bersama kepada Agong bagi menyatakan sokongan terhadap Anwar.

Pendedahan itu mengesahkan spekulasi mengenai mereka bertiga, yang sebelum ini berada dalam kem sama ketika bersama Umno pada tahun 1990-an, bekerjasama untuk menumbangkan kerajaan Pakatan Nasional (PN).

READ ALSO  Lim Guan Eng Acquittal : It’s The New Malaysia’s ‘Black Eye’ - It Undermines The Whole Edifice of Ethics & Integrity Without Considering Fairness & Justice

Source : Malaysia Now

27 Oktober

UMNO Tolak “Anwar dan DAP”, Kekal Dengan Perikatan Nasional (PN) – MT UMNO

Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang bermesyuarat malam ini memutuskan untuk kekal dengan keputusan menolak kerjasama PKR dan DAP.

Dalam satu kenyataan, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan, ahli-ahli Parlimen UMNO akan tetap terus mendokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Source : Malaysia Gazette

Zahid gesa pemerintah bawa usul undi percaya Muhyiddin ke Parlimen

November 19 2020

Umno yang mempunyai bilangan wakil rakyat terbanyak di blok pemerintah menggesa kerajaan sendiri membawa usul undi percaya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Presidennya, Zahid Hamidi (BN-Bagan Datuk), berkata soal sokongan majoriti kepada pentadbiran Muhyiddin mesti dirungkai, dan Dewan Rakyat pentas terbaik untuk tentukan kestabilan politik.

“Sama ada terdapat usul percaya atau sebaliknya ianya hendak diuji di Dewan yang mulia ini. Jika ini tidak dapat dilakukan kerana kekangan peraturan mesyuarat, sesuatu mesti dipersesuaikan dengan urusan kerajaan mesti diutamakan.

Source : FMT

5.0 – Lantikan Jawatan Setiausaha Dalam Barisan Nasional

Oktober 27 2018

Zahid : Nazri dilantik Setiausaha Agung BN

Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz hari ini mengesahkan bahawa beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional.

Pelantikan itu berkuatkuasa September lepas tetapi diumumkan hari ini oleh Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semasa Perhimpunan Agung MIC.

Nazri berkata beliau diberikan jawatan tersebut kerana Presiden Umno mahu memiahkan agenda Umno dan BN.

Source : Malaysia Dateline

8 Mac 2019

Ku Nan Setiausaha Agung BN, bukan Nazri Aziz

Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz bukan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) yang sah.

Sebaliknya Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, lantikan Mohamad Nazri tidak pernah disahkan gabungan tersebut.

Sehubungan itu, beliau mengumumkan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor kekal sebagai Setiausaha BN

Source : Astro Awani

Zahid : BN Lantik Annuar Musa sebagai Setiausaha Agung

17 Mac 2020

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dalam satu kenyataan, berkata perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Dewan Tertinggi BN pada Isnin yang antara lain turut mengekalkan Tengku Adnan sebagai Bendahari BN.

“Datuk Mohamad Sahfri Ab Aziz pula akan menggantikan Senator Datuk Dr Ahmad Masrizal Muhammad sebagai Setiausaha Eksekutif BN,” katanya.

Source : Astro Awani

6.0 – Isu Ketua Menteri UMNO Di Sabah

Zahid sendiri yang tidak mahu menamakan calon KM Sabah. Zahid sendiri yang beri autonomi kepada UMNO Sabah membuat keputusan. Zahid sendiri akhirnya campur tangan dan mahu KM diberikan kepada UMNO. Zahid sendiri akhirnya juga hormati keputusan KM bukan datangnya dari UMNO.

UMNO Tolak Tawaran Bersatu Untuk KM Sabah

Setiausaha Agung BN, Annuar Musa, mendedahkan Umno ditawarkan jawatan ketua menteri Sabah lebih awal oleh Bersatu namun parti itu melakukan beberapa kesilapan.

Menjelaskan keadaan berkenaan petang ini Annuar berkata kesilapan Umno ialah mereka tidak menerima pelawaan tersebut yang dibuat Bersatu sebelum hari penamaan calon.

READ ALSO  Mahathir Mohamad And Justin Trudeau 1982 vs 2018 : 11 Year Old Boy Who Shake Tun M Hands 36 Years Ago Is The Current Canadian Prime Minister

“Silap Umno ialah tidak menyahut tawaran itu dan kita ada pendekatan kita sendiri,” katanya.

Source : Malaysiakini

27 September 2020

Zahid: Sukar bagi BN beri jawatan ketua menteri Sabah pada Bersatu

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengulangi pendiriannya untuk memilih Bung Moktar Radin sebagai ketua menteri Sabah yang baru.

Jelas Zahid, tidak wajar bagi BN menyerahkan jawatan ketua menteri itu kepada Bersatu kerana gabungan itu telah mengorbankan jawatan perdana menteri dan menteri besar Perak.

“Kita telah bagi dua kali – satu di Perak, di mana Bersatu hanya ada empat Adun dan Umno ada 25.

“Tetapi kita setuju Adun Bersatu (Ahmad Faizal Azumu) dilantik sebagai menteri besar Perak.

Justeru katanya adalah tidak wajar sekiranya BN juga memberikan jawatan ketua menteri Sabah kepada Bersatu.

“Sekarang untuk kita, jika BN tak dapat jawatan ketua menteri di Sabah, kesan yang besar ditanggung BN pada masa depan.

“Kajian kita menunjukkan kesan itu tidak bagus kepada BN.

“Saya tidak akan setuju jika Bung diganti oleh Adun selain BN untuk menjadi ketua menteri. Tidak,” katanya.

Source : Malaysiakini

28 September 2020

“Saya hormati keputusan UMNO Sabah,” Zahid Hamidi komen pelantikan Hajiji sebagai Ketua Menteri

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau mengambil maklum konsensus yang telah dicapai dalam rundingan dalam kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bahawa Datuk Seri Hajiji Mohd Noor adalah calon Ketua Menteri Sabah yang baharu.

Ahmad Zahid berkata, beliau telah dimaklumkan oleh Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin bahawa keputusan itu dicapai demi memastikan kepentingan rakyat Sabah dapat segera diperjuangkan.

“Saya hormati keputusan tersebut atas dasar semangat autonomi UMNO Sabah yang telah pun dipersetujui bersama.

Source : Astro Awani

7.0 – ISU AUTONOMI UMNO SABAH

Zahid sendiri yang beri autonomi politik kepada UMNO Sabah. Zahid sendiri yang melanggar autonomi yang diberikan oleh beliau sendiri.

18 Ogos 2020

PRN Sabah: BN, UMNO Sabah Diberi Kuasa Penuh Terjemahkan Autonomi

“Memandangkan kuasa autonomi telah diberikan kepada UMNO Sabah maka saya selaku Pengerusi BN dan Presiden UMNO menyerahkan kepada keseluruhan jajaran kepimpinan Sabah menggunakan seluruh kebijaksanaan dan strategi untuk menterjemahkan kuasa autonomi yang telah diberikan,” ujar beliau dalam satu sidang media yang diadakan di Parlimen, hari ini.

Source : UMNO Online

19 Ogos 2020

‘Keputusan Presiden UMNO langgar semangat autonomi Sabah’

“Dalam pengumuman dibuat Presiden UMNO petang tadi (semalam), ramai ketua-ketua UMNO Bahagian Sabah tidak dirunding untuk mendapatkan keputusan bersama mengenai hal itu.

“Malah keputusan itu melanggar semangat autonomi UMNO Sabah yang telah diluluskan pada perhimpunan Agung UMNO 2019 di mana keputusan berkaitan hal ehwal Sabah sepatutnya dibincang dan diputuskan di peringkat kepimpinan UMNO negeri itu.

“Ia antaranya soal hala tuju, kepimpinan negeri termasuk calon Ketua Menteri Sabah sekiranya UMNO adalah parti yang memenangi kerusi DUN (Dewan Undangan Negeri) terbesar dalam PRN,” katanya pada sidang akhbar tergempar yang diadakan bersama 12 ketua bahagian UMNO Sabah di Hotel Royal Chulan Damansara, di sini, malam tadi.

Source : Sinar Harian

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

seventeen − six =

Most Popular

To Top