News

Lawatan Ismail Sabri Ke AS : Malaysia Dijangka Akan Menarik Pelaburan Baharu Bernilai RM14.62 Bilion

Malaysia dijangka menarik pelaburan baharu bernilai RM14.62 bilion dari Amerika Syarikat.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Amerika Syarikat (ASEAN-US Special Summit) di Washington D.C, pada 12 dan 13 Mei.

Duta Perwakilan Perdagangan AS, Katherine Tai telah menyambut baik cadangan Malaysia bagi menggerakkan semula Perjanjian Rangka Kerja Pelaburan (TIFA).

Malaysia dan Amerika Syarikat akan turut menandatangani perjanjian kerjasama bagi memperkukuh kolaborasi dalam rantaian bekalan semikonduktor.

Syarikat-syarikat di Amerika Syarikat juga memberi jaminan kepada bahawa mereka akan terus bantu membangunkan ekosistem dengan penyertaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan vendor tempatan di Malaysia.

Amerika Syarikat merupakan rakan dagang dan destinasi eksport ketiga terbesar Malaysia terutama bagi produk elektrik, elektronik dan getah.

Amerika Syarikat juga merupakan pelabur asing keempat terbesar negara Malaysia dengan jumlah 840 projek pembuatan dilaksanakan bernilai RM84.97 bilion sekali gus mewujudkan sejumlah 188,396 pekerjaan.

Kepimpinan Ismail Sabri sah terbukti senantiasa akan membawa kembali perjanjian , pelaburan dan kerjasama yang akan menguntungkan rakyat dan negara kita

1 Comment

1 Comment

  1. https://israel-lady.co.il/

    May 16, 2022 at 5:47 am

    Good post. I learn something totally new and challenging on blogs I stumbleupon every day. It will always be interesting to read through articles from other writers and use a little something from other sites.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Most Popular

To Top