News

Malaysia Health Minister Khairy : Government Will Ban Smoking Sales To Make Malaysia A Completely No Smoking Country

HARAM JUALAN ROKOK !

Kerajaan akan menjadikan dasar MENGHARAMKAN rokok di negara ini sebagai antara aspirasi penting dalam agenda Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Khairy Jamaluddin, berkata aspirasi berkenaan dapat direalisasikan dengan kerjasama dan sokongan semua pihak berkaitan.

“Bila saya tanya orang muda, pada tahun 2050, adakah mereka setuju sekiranya rokok diharamkan, sambutannya adalah ‘ya’ dan menggalakkan.”

“Itu keputusan yang bakal kita buat (cadangan haram rokok). Mana-mana saya pergi, sokongan untuk tidak lagi jual rokok pada 2050 seperti Brunei, sangat menerima sokongan.

Perkara ini akan dikemukakan kepada kerajaan,” katanya.

Khairy berkata, mentaliti, sikap dan nilai dimiliki rakyat memainkan peranan untuk memastikan keberhasilan TN50.

“Ia memberi beban kepada sistem pendidikan, paling penting adalah (peranan) keluarga, ibu bapa dan masyarakat.

“Perubahan mentaliti juga perlu dibuat menerusi kempen untuk tunjuk sikap tertentu yang perlu diubah, membabitkan isu seperti kebersihan,” katanya.


Untuk makluman, kini 23 % golongan dewasa atau hampir separuh lelaki Malaysia merupakan perokok.

Menerusi NCD Global Target, peratusan itu di sasarkan untuk berkurangan kepada 15% pada tahun 2025.

Menjelang tahun 2045, matlamat END GAME TOBACCO mensasarkan untuk peratusan perokok di Malaysia telah berkurangan sehingga < 5%.

Pada tahun 2050, dengan komitmen kerajaan dan seluruh masyarakat.

TIADA ROKOK AKAN DI JUAL DI MALAYSIA.

Sujud Syukur!

Kita berada di landasan yang tepat untuk menamatkan penjajahan Syarikat Tembakau yang telah berleluasa di Malaysia sejak sekian lamanya.

1 Comment

1 Comment

  1. Kenyatta Offer

    September 16, 2021 at 8:47 pm

    Thank you for this motivating post! I need to be constantly reminded why I should eat my vegetables, legumes, probiotic fermented foods….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Most Popular

To Top