News

Masyarakat Cina Berterima Kasih Kepada PM Ismail Sabri Kerana Membuka Ekonomi

Saya hendak mengambil kesempatan ini untuk menulis surat kepada Tuan Editor dalam bahasa Melayu demi menyahut cabaran Perdana Menteri Ismail Sabri untuk memartabatkan Bahasa Melayu di negara kita.

Sudah 2 tahun rakyat kita hidup dalam kesempitan , serba kekurangan dan kesulitan kehidupan. Hal ini disebabkan oleh kepimpinan negara yang dahulu tidak cekap dalam menguruskan bencana Covid-19 sehingga menyebabkan ekonomi kita terbantut. Ramai peniaga kecil – kecilan terpaksa gulong tikar dan tutup kedai dan tidak kurang juga ramai yang telah kehilangan kerja.

Perniagaan dan ekonomi sudah amat sebati dengan masyarakat Cina. Pembukaan ekonomi kali ini akan membantu kami memulihkan segala kerugian yang kita hadapi sebelum ini. Pentadbiran yang mementingkan kepesatan ekonomi akan memberi manfaat kepada semua warga keluarga Malaysia. Peningkatan jualan dan prestasi perniagaan kita selepas ini pula akan diterjemahkan kepada bayaran cukai yang jauh lebih tinggi kepada pendapatan negara.

Kepimpinan Perdana Menteri DSIS telah mentadbir dan menguruskan bencana ini dengan baik sehingga kini beralih dari fasa pandemik kepada endemik. Aktiviti ekonomi kini boleh kembali rancak seperti dahulu. Segala perniagaan kini boleh bergerak selama 24 jam. Tiada lagi sebarang sekatan dan kesulitan. Pembukaan ini juga akan membawa lebih daripada 2 juta pelancong ke negara kita yang akan membawa nilai RM 8.4 Billion kepada ekonomi negara kita.

Kehidupan kita kini juga akan kembali kepada biasa. Segala – galanya akan dibuka dengan bebas dan seluas – luasnya. Manfaat ini bukan sahaja dari segi faktor ekonomi tetapi secara sosial dan rohaniah juga kita akan nikmati bersama.

Kita rakyat keluarga Malaysia dari pelbagai bangsa amat menghargai kepimpinan Ismail Sabri yang sangat tenang dalam membuat sebarang keputusan. Segala keputusannya setakat ini biasanya tepat pada masa dan situasinya. Terima Kasih DSIS kerana anda kini perniagaan kita akan semakin pulih dan berkembang. Punca pendapatan dan rezeki pelbagai rakyat akan bertambah.

Surat Dari Pembaca

Bryan Leong , Kepong

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Most Popular

To Top