News

Menangkis Persoalan Asyraf Wajdi Terhadap DNB

MENANGKIS PERSOALAN ASYRAF WAJDI TERHADAP DNB

1.Apakah kaedah monopoli melalui penganugerahan projek 5G kepada DNB yang menggunakan model Rangkaian Pukal Tunggal (SWN) memberikan manfaat kepada rakyat?

Model Rangkaian Pukal Tunggal (SWN) yang digunapakai DNB memberikan manfaat kepada rakyat. Sebelum ini, syarikat telekomunikasi bebas membangunkan infrastruktur 3G dan 4G tanpa campur tangan yang besar daripada kerajaan. Hal ini menyebabkan mereka cenderung untuk membangunkan spektrum internet di kawasan yang lebih komersial. Perkara ini mengakibatkan jurang digital di antara kawasan bandar dan luar bandar melebar.

Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), kualiti rangkaian 4G bagi bandar-bandar utama di Semenanjung Malaysia seperti Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor Bahru adalah sekitar 84% berbanding hanya 44% bagi kawasan pedalaman di Malaysia TIMUR. Ini sangat mengecewakan : sebab itu rakyat memerlukan alternatif baru seperti KONSEP DNB.

Manfaat lain diperolehi rakyat ialah :

Harga Lebih Murah

Kurang dari 20 sen per gigabait akan diagihkan kepada Telco berbanding harga 45 sen – 55 sen per gigabait untuk 4G.

Kelajuan Lebih Deras

1.25 – 1.33 Gbps dalam percubaan pertama 2019. Masih ditambah baik sehingga kini berbanding 30Mbps untuk 4G. Kelajuan minima 40 kali ganda

Infrastruktur Lebih Meluas

3518 menara 5G akan dibangunkan sebelum 2023. 500 lokasi 5G telah dikenalpasti dalam fasa 1A. 10 000 menara dijangka memadai berbanding 4G semasa yang menggunakan 23 000 menara di seluruh negara.

  1. Apakah model monopoli oleh DNB dalam membina infrastruktur rangkaian berbanding ruang persaingan kepada operator-operator rangkaian mudah alih lebih menguntungkan rakyat?

Sebenarnya, pembinaan infrastruktur adalah perkara paling penting ia adalah asas kepada pembangunan projek 5G. DNB selayaknya menggalas tugas ini. Sebelum ini, kita mendengar kisah Vivonah yang terpaksa naik ke atas pokok semasa-mata untuk mendapat rangkaian internet. Ini kerana menara pencawang tidak di pasang di kawasan luar bandar. Melalui DNB, menara 5G di pasang hingga ke ceruk rantau. Konsep DNB seperti TNB yang memasang tiang elektrik hingga ke hujung kampung. Rakyat keseluruhannya akan mendapat manfaat apatah lagi golongan muda yang kini sedang cenderung dalam pengajian online. Ia satu manfaat buat rakyat.

Selain itu, momokan monopoli DNB sebenarnya telah diperbesarkan melebihi realiti sebenar. Dalam perkembangan terbaru, DNB telah bersetuju untuk menawarkan sehingga 70 peratus pegangan ekuiti kepada syarikat-syarikat telekomunikasi.

Tindakan ini sendiri pada asasnya telah bercanggah dengan konsep monopoli. Malah, cadangan ini merupakan solusi menang-menang kepada semua pihak termasuklah DNB, syarikat telekomunikasi dan pengguna. Maksudnya, DNB tidak lagi memonopoli pembinaan infrastruktur 5G sebaliknya syarikat telekomunikasi kini juga terlibat sama. Setakat ini, Telekom Malaysia dan YES telah menyatakan kesedian mereka untuk menerima tawaran tersebut.

  1. Apakah benar kos kini sudah mencecah RM 30 billion?

Tidak benar. Kos pembangunan infrastruktur 5G oleh DNB untuk tempoh 10 tahun seperti yang diumumkan Kementerian Kewangan hanya berjumlah RM 16.5 billion.

Malah, kos pelaksanaan DNB tidak akan membabitkan sebarang jaminan atau pembiayaan daripada kerajaan, terutama secara tidak langsung atau ‘off-balance sheet’. Ia sebaliknya akan dibiayai melalui gabungan pembiayaan tertunda kepada vendor, serta pembiayaan perdagangan dan modal kerja. Selain itu, ia juga dibiayai menerusi program sukuk yang akan diterbitkan dalam pasaran modal negara.

DNB akan mendapatkan pembiayaan berkenaan melalui perkhidmatan kewangan seperti bank-bank, dan ini akan dibayar semula melalui hasil jualan yang dijana daripada penjualan kapasiti secara borong.

Kesimpulan

Ketua Pemuda UMNO seperti sudah tertinggal kereta api. Beliau paling akhir mempersoalkan berbanding pemimpin parti lain. Malah DNB juga telah berjaya membuat penjelasan kepada semua pihak secara efektif.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Most Popular

To Top