News

Mengapa ABAH Yang Berjiwa Rakyat Menjadi Pilihan Rakyat & Darling of The People ?

Pentadbir Dan Bukannya Sibuk Berpolitik

Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan seorang individu yang fokus sebagai seorang pentadbir berbanding menjadi seorang ahli politik. Seorang ‘administrator’ dan bukannya ‘politician’.

Ketika Anwar cuba merampas kerajaan dengan bekerjasama dengan Najib dan Zahid biasanya seorang Perdana Menteri akan fokus untuk mengekalkan jawatannya dengan turut serta dalam permainan politik tersebut. Namun begitu , beliau hanya fokus untuk memimpin negara berhadapan dengan krisis Covid -19.

Ketika pihak lawan sedang sibuk membuat mesyuarat sulit dan terbuka tentang keadaan politik parti dan negara. Beliau hanya fokus membuat mesyuarat MKN dan pelbagai mesyuarat dengan jemaah menteri untuk membincangkan tentang Covid 19.

Ketika pelbagai pihak sedang sibuk siapa ada majoriti beliau hanya fokus risau tentang angka gelombang ketiga Covid 19 yang semakin meningkat.

Ketika pelbagai pihaks sedang mengeluarkan pelbagai kenyataan politik beliau hanya fokus mengeluarkan kenyataan berkaitan dengan Covid 19 dan hal ehwal negara.

Ketika ada pihak sibuk hendak menjadi PM dan TPM. Beliau hanya fokus menjadi ABAH kepada rakyat dan negara Malaysia.

Covid 19

Rakyat tahu tiada calon yang lebih sesuai memimpin negara dalam era covid 19 kerana ABAH memiliki pengalaman dalam pertempuran awal dalam gelombang satu dan dua Covid 19. Sekirannya beliau juga berjaya mengawal gelombang ketiga yang semakin terkawal maka beliau adalah ‘The Nation Wartime’ leader yang gagah bertempur dengan Covid 19. Tiada seorang calon yang memiliki pengalaman yang sedemikian.

Kepimpinan Untuk Semua Rakyat Malaysia

Rakyat pelbagai kaum lebih seleasa dengan naratif ABAH -” No One Is Leave Behind” berbanding dengan Retorik Anwar yang menggunakan naratif Bumiputera Majoriti dan Zahid yang menggunakan Melayu.

READ ALSO  Ex-Najib Aide Heaps Praise On Anwar As PM Material & National Icon : Najib - Zahid Joint Letter Support For Anwar To Be PM

Hubungan Dengan Raja Dan Antarabangsa

Dalam era Pakatan Harapan kita dapat lihat hubungan diplomasi kerajaan Malaysia dengan Raja Melayu dan juga pelbagai negara luar seperti India dan China berada dalam satu keadaan yang amat kritikal. Namun begitu , hanya selepas beberapa bulan ABAH memerintah hubangan ini kini sudah menjadi baik semula serta semakin rapat.

Pasaran Saham

Pemerintahan Pakatan Harapan memimpin ekonomi negara sehingga pasaran Saham negara jatuh ke bawah paras 1200 mata. Namun begitu , hanya dalam beberapa bulan sahaja kini ABAH berjaya meningkatkan keyakinan pelabur terhadap pasaran saham negara kita dengan mencapai lebih daripada 1600 mata.

Berjiwa Rakyat

Pelbagai dasar dan polisi Abah sangat berjiwa rakyat. Salah satu dasar Abah yang kini dihijack segala jasanya oleh Najib adalah I Lestari KWSP. ABAH merupakan pemimpin pertama dalam sejarah Malaysia yang membenarkan rakyat mengeluarkan wang daripada KWSP melalui Akaun 2.

Najib hanya upgrade idea tersebut dan meminta supaya Akaun 1 juga dibenarkan pengeluarannya oleh rakyat. Najib hanya mencadangkan idea dan polisi ABAH sebelum ini.

Menghormati Rule of Law / Badan Kehakiman Negara

Kepimpinan Pakatan Harapan sebelum ini melepaskan semua kes – kes pemimpin tertinggi mereka. Dalam era pentadbiran ABAH tiada sebarang campur tangan dalam badan kehakiman negara. Tidak kisah kamu dari kerajaan atau pembangkang ( Zahid , Najib , Lim Guan Eng dan Anak Mat Sabu ) semuanya perlu berhadapan dengan proses kehakiman negara secara adil dan telus tanpa mana – mana campur tangan politik.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

nineteen − five =

Most Popular

To Top