News

Muhyiddin : Terpulang Kepada Ismail Sabri Untuk Gugurkan Rina Harun , Zafrul , Peja & Abdul Latiff – “ Itu Adalah Hak Perdana Menteri”

Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mempunyai kata putus untuk membuat sebarang rombakan terhadap barisan Kabinetnya, kata Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin berkata terpulang kepada Ismail Sabri untuk menguruskan isu rombakan Kabinet selepas timbul spekulasi terdapat kemungkinan tiga menteri, termasuk dua daripada Bersatu bakal digugurkan.

“Rombak, tak rombak, kekal, ubah, itu adalah hak Perdana Menteri sendiri.

“Perkara biasa dalam politik ini adalah orang buat ramalan, jadi terserah kepada Allah dan juga Perdana Menteri untuk menguruskannya,” kata mantan PM.

Muhyiddin terdahulu melawat pusat pemindahan sementara (PPS) Balairaya Kampung Jawa, Lenga di sini hari ini, berkata adalah hak PM untuk melakukan perubahan pada barisan Kabinet atau sebaliknya.

Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) merangkap Ahli Parlimen Pagoh mengulas kenyataan Ismail Sabri semalam bahawa beliau tidak merancang melakukan rombakan Kabinet setakat ini.

Perdana Menteri menegaskan, tumpuan beliau kini terarah kepada usaha menangani banjir dan pascabencana itu serta langkah membendung penularan Covid-19 di negara ini.

Sejak beberapa hari lalu, tular spekulasi tiga menteri didakwa bakal digugurkan daripada Kabinet, iaitu Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad serta Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique.

Rina dan Dr Abdul Latiff daripada Bersatu, manakala Halimah pula daripada UMNO.

Selain rombakan Kabinet, isu pengisian jawatan Timbalan Perdana Menteri juga menjadi antara laporan spekulasi oleh media tertentu.

1 Comment

1 Comment

  1. דירות דיסקרטיות בחולון

    January 8, 2022 at 10:21 am

    נכון להיום, ישנם מספר סוגים של מוצרי קמגרה שניתן לרכוש בארץ.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Most Popular

To Top