News

Najib Dan Anaknya Hutang RM 1.751 Bilion Tunggakan Cukai Pendapatan Kepada LHDN

Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Datuk Seri Najib Razak perlu membayar tunggakan cukai pendapatan tambahan berjumlah RM1.69 bilion kepada Kerajaan Malaysia.

Dalam penyataan tuntutan itu, kerajaan berkata bagi Tahun-Tahun Taksiran 2011, 2012, 2013, 2014, 2015, 2016 dan 2017, defendan telah ditaksirkan dengan Taksiran Tambahan masing-masing berjumlah RM116,173,374.12; RM320,929,932.31; RM891,573,465.46; RM119,144,655.51; RM16,879,500.03; RM643,445.21 dan RM346,471.41 melalui Notis-Notis Taksiran (Tambahan) masing-masing bertarikh 20 Mac 2019.

Ia berikutan keputusan mahkamah yang membenarkan permohonan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi mendapatkan penghakiman terus berhubung saman dikemukakan terhadap bekas perdana menteri itu bagi menuntut jumlah tunggakan berkenaan.

Ia bermakna permohonan LHDN supaya Najib membayar tunggakan cukai pendapatan itu tidak perlu dibicarakan di mahkamah.

Hakim Datuk Ahmad Bache membuat keputusan itu selepas mendapati jumlah tunggakan cukai pendapatan tambahan berkenaan perlu dikenakan dan dibayar oleh Najib sebagai hutang kepada kerajaan.

Beliau berkata, mengikut Seksyen 106(3) Akta Cukai Pendapatan, mahkamah tidak boleh memenuhi permohonan Najib selaku defendan untuk mendengar rayuan bagi jumlah tunggakan yang dipertikaikan itu.

Najib Going Bust : It Would Take Him 1,766 Years To Pay RM1.69 Billion In Taxes – Even if a 90% Discount is Given Najib Needs to Live another 176 Years to Settle His Taxes

READ ALSO  UK Research Firm : Tun Mahathir More Popular Than Bill Gates , Jack Ma , Barrack Obama , and Donald Trump
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

five × 2 =

Most Popular

To Top