News

Najib Kini Adalah Bossku Kepada Anwar : Anwar Ikut Signal ‘Last Minute’ Najib Untuk Sokong Budget 2021 & Mat Sabu Ikut Lim Guan Eng

Arahan saat akhir diberikan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim kepada pemimpin Pakatan Harapan (PH) menyebabkan ahli-ahli Parlimen PKR dan DAP tidak meminta undi belah bahagi sehingga menyebabkan Belanjawan 2021 diluluskan dengan mudah hari ini.

Sumber PKR memberitahu MalaysiaNow Ketua Whip PKR Johari Abdul yang juga ahli Parlimen Sungai Petani diberikan tugas menyampaikan arahan itu.

“Arahan disampaikan melalui mulut ke mulut. Malangnya tidak semua orang terima arahan itu,” kata sumber itu.

Anwar Ikut Signal Najib

Difahamkan, Anwar mengeluarkan arahan itu kepada ahli-ahli Parlimen PH selepas bekas perdana menteri, Najib Razak menarik diri daripada percubaan untuk menggagalkan Belanjawan 2021.

Semasa membahaskan Belanjawan 2021 dua minggu lalu, kenyataan Najib senada dengan Anwar, mengatakan undinya hanya diberikan dengan syarat pindaan dilakukan terhadap belanjawan.

Sebelum ini terdapat spekulasi Najib dan sekurang-kurangnya empat lagi ahli Parlimen Umno akan menolak Belanjawan 2021.

“Arahan disampaikan melalui mulut ke mulut. Malangnya tidak semua orang terima arahan itu,” kata sumber itu.

Hanya 13 berdiri, kurang dua ahli Parlimen diperlukan mengikut syarat undi belah bahagi dijalankan.

Semakan mendapati ahli Parlimen Amanah kecuali dua pemimpin tertingginya, presiden Mohamad Sabu dan timbalan presiden Salahuddin Ayub berdiri untuk meminta undi belah bahagi.

Ahli Parlimen Amanah yang bangun disertai Dr Mahathir Mohamad dan tiga lagi ahli Parlimen Pejuang.

Mat Sabu Ikut Signal DAP Lim Guan Eng

Orang kuat Mat Sabu, Abu Bakar Mohd Rashid mengatakan presiden Amanah sudah bangun tetapi Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menghentikannya.

“Tapi Guan Eng tarik tangan dia. Dia pun duduk. Bila Salahuddin tengok Mat duduk, dia pun tak jadi bangkit,” kata Abu Bakar kepada MalaysiaNow dan ditulis di akaun Facebooknya.

READ ALSO  MMC-Gamuda Complaint 20,000 Job Losses - But Their Top Management Getting About RM 25 Million Salary A Year!

“Saya dan Presiden Mohamad Sabu sebenarnya telah pun bangun untuk menyokong cadangan agar undi belah bahagi dibuat. Namun apabila saya lihat presiden duduk semula, saya pun ikutlah, bagi menghormati presiden.

“Yang jauh di belakang saya kekal berdiri,” – Sheikh Khuzaifah Bawazeer

Anwar Janji Bentuk Kerajaan Bersama Najib Dalam 7 Hari

Setelah tidak dapat memberikan penjelasan sewajarnya kpd kawan2, dia akhirnya bersetuju bhw jika Kerajaan PN gagal dijatuhkan dlm masa 7 hari, dia akan resign sbg Pengerusi PH dan Ketua Pembangkang.

Ini harus kita pegang dan tuntut!!! – Sheikh Khuzaifah Bawazeer

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

3 × three =

Most Popular

To Top