3 Didapati Bersalah : Bekas Askar Rancang Culik Najib Razak , Zahid Hamidi , Hishammuddin & Khairy - The Coverage
News

3 Didapati Bersalah : Bekas Askar Rancang Culik Najib Razak , Zahid Hamidi , Hishammuddin & Khairy

Mahkamah Rayuan hari ini mendapati 2 bekas askar dan seorang warga Indonesia bersalah merancang menculik bekas perdana menteri Najib Razak dan 2 pemimpin tinggi lain, menterbalikkan keputusan mahkamah 2 tahun lalu.

Nor Azmi Jalani dan Mohd Yusri Mohamed Yusof, serta rakyat Indonesia, Ali Saifuddin semua dalam usia 30-an, didapati merancang untuk menculik Najib, timbalannya ketika itu Ahmad Zahid Hamidi, serta menteri Hishammuddin Hussein and Khairy Jamaluddin.

Menurut keterangan, mereka berkonspirasi dengan seorang anggota militan, Abu Daud Murad Halimuddin, dan merancang menjadikan mereka tebusan untuk membebaskan beberapa orang yang ditahan bawah undang-undang keselamatan.

Abu Daud dihukum penjara 12 tahun selepas kesnya dibicarakan di Mahkamah Persekutuan tahun lalu.

Hari ini, 3 panel hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan oleh Vernon Ong Lam Keat membenarkan rayuan pihak pendakwa.

“Selepas meneliti keterangan 3 responden, kami dapati mereka tidak menimbulkan keraguan dalam kes pendakwaan,” kata Ong dalam keputusan sebulat suara itu.

Katanya, pendakwa membuktikan kes tanpa keraguan munasabah walaupun pada penghujung kes pembelaan.

MUST READ  It’s UMNO’s Racism & Discrimination Policies Against Chinese & Indian : Not Vernacular Schools That Destroy National Unity

Ketiga-tiga lelaki yang ditahan bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) atau Sosma, didakwa berkonspirasi untuk menjalankan kegiatan berkaitan terorisme antara 30 Januari dan 6 April 2015 di sebuah rumah di Pengkalan Batu Hampar, mukim Air Putih, Pendang, Kedah.

Kesalahan tersebut, boleh dihukum bawah Seksyen 120B(1) Kanun Keseksaan, membawa hukuman penjara hingga 30 tahun dan denda.

Bagaimanapun, panel hakim menangguhkan hukuman hingga 14 April berikutan permohonan peguam, Syahredzan Johan bagi memberikan beliau masa untuk menyediakan rayuan anak guamnya.

Jasmee Hameezah Jaafar, Mohd Zin Ibrahim dan Azmi Mashud mewakili kerajaan.

Ketiga-tiga mereka dibebaskan oleh pesuruhjaya kehakiman, Ab Karim Ab Rahman, tetapi tidak dilepaskan sementara menanti rayuan oleh pendakwaan.

Source : FMT

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Most Popular

Loading...
To Top