Beware : Susu Tepung Tiruan Membahayakan Kesihatan : Bayi Diracuni Oleh Susu Tiruan Sehingga Masuk Hospital - The Coverage
News

Beware : Susu Tepung Tiruan Membahayakan Kesihatan : Bayi Diracuni Oleh Susu Tiruan Sehingga Masuk Hospital

Kita sering kali mendenger berita mengenai lambakan produk – produk palsu di pasaran. Ada produk kecantikan yang dibeli membawa penyakit barah , ada pula madu palsu yang mengakibatkan penyakit diabetes dan hampir setiap tahun ada sahaja berita mengenai produk susu tepung yang palsu. Ada juga produk tiruan oleh sindiket – sindiket yang tidak bertanggungjawab sehingga mampu meragut nyawa apabila campuran bahan dan kimia yang tidak tepat dan sesuai untuk dimakan mahupun diminum.

Masyarakat perlu peka terhadap setiap barangan bakal dibeli. Hal ini disebabkan kesihatan dan nyawa anda setiap orang kesayangan anda terancam tanpa disedari.

Menurut laman FB Ikat Tepi , seorang ibu menceritakan bagaimana anaknya yang berusia 3 tahun kini masuk hospital selepas disyaki minum produk susu tepung palsu. Mangsa tersebut muntah dan cirit birit serta keracunan. Ibu tersebut membongkarkan isu ini di Supermom My Group dengan mempercayai bahawa bahan – bahan yang berbahaya wujud dalam susu tepung dugro 3 tiruan.

Dinasihatkan supaya ibu bapa kalau hendak beli susu tepung kenalah beli yang asli dan jangan kerana harga tawaran atau produk yang murah maka beli untuk diminum anak. Sesungguhnya tiada nilai yang dapat dibandingkan dengan nyawa dan kesihatan anak anda. Biar mahal sedikit tetapi asli dan tidak berbahaya. Wang puluhan ringgit yang dijimatkan akhirnya perlu dimuntah keluar untuk kos rawatan anak – anak apabila mereka keracunan.

MUST READ  10 Points Any First Year Law Student Can Use To Nail Najib & Send The Crook To Jail

Menurut laman FB Manjung Taman , terdapat 10 jenis barangan tiruan di pasaran dan terdapat cara – cara untuk mengenal pasti antara barangan asli dan tiruan.

Bagaimana Hendak Membezakan Antara Susu Tepung Jenama Dupro Yang Asli dan Palsu ?

Sumber : Ikat Tepi

Menurut laman FB Manjung Taman , terdapat 10 jenis barangan tiruan di pasaran dan terdapat cara – cara untuk mengenal pasti antara barangan asli dan tiruan.

Bagaimana Hendak Membezakan Antara Susu Tepung Jenama Dupro Yang Asli dan Palsu ?

Ibu bapa atau penjaga dinasihat untuk membuat pemeriksaan kendiri terhadap kualiti susu bayi yang dibeli sebelum diberi kepada bayi.

Ketua Pusat Pengajian Pemakanan dan Dietetik, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr Norazmir Md Nor berkata pemeriksaan kendiri itu mampu mengelak kesan susu tiruan yang kritikal kepada bayi.

“Jika ada rasa beza lemak atau tawar sahaja, jangan berikan kepada bayi ataupun bila bagi kepada bayi dan bayi akan tolak pengambilan susu itu bila dia rasa berlainan.

“Ia akan dapat dikesan jika yang membuat susu mengikut sukatan sama pun rasanya berbeza kerana kandungan kimia itu yang buat berbeza, bau lebih kuat,” beliau bekata demikian ketika dihubungi Astro AWANIdi sini hari ini.

MUST READ  Former KLIA Official Exposes How Multiple VIP Politicians Smuggle Cash Into Malaysia Using Private Jets All The Time- RM42 Million Was Brought In Related To Najib

Beliau yang juga Panel Pengguna Diet Khas Pemakanan dan Nutrisi, Kementerian Kesihatan (KKM) berkata setiap pengeluar susu perlu mengemukakan laporan kajian serta menghantar sampel untuk diluluskan KKM.

“Kebanyakkan susu bayi ini telah menjalani ujian klinikal terlebih dahulu tetapi susu tiruan hanya menggunakan beberapa bahagian sahaja daripada formula asal di mana bahan kimia berlebihan akan memudaratkan bayi.

“Susu tiruan ini selalunya mengandungi bahan kimia yang berlebihan daripada yang dibenarkan,” katanya.

Jelasnya, antara gejala yang dihadapi oleh bayi yang diracuni susu tiruan termasuk muntah dan kelesuan hingga boleh menyebabkan bayi itu tidak sedarkan diri.

Susu tepung palsu tidak hanya akan mendatangkan impak kesihatan negatif malah membahayakan nyawa bayi.

Diharapan pihak peniaga rangkaian kedai runcit dan ubat-ubatan berhati-hati membuat urusan pembelian susu formula bayi dan memastikan membeli bekalan susu sama ada terus dari pengeluar atau dengan agen penjual yang dilantik sah oleh pengeluar atau pengilang susu.

Susu Palsu Berbahaya Menggunakan Bahan Kimia Melamine Sehinggakan Menyebabkan Kematian

Bahan kimia ini sebenarnya digunnakan untuk membuat pinggan mangkuk plastik dan pemadam papan.

Pada tahun 2004 , 13 bayi yang tidak berdosa meninggal dunia di negara China akibat pengambilan susu tiruan yang menyebabkan kerosakan kepada hati dan buah pinggan mereka. Dalam pada itu , pada tahun 2008 pula seramai 6000 bayi jatuh sakit selepas minum susu tiruan.

MUST READ  Research Assistant of Anwar Is Suing Anwar Political Secretary & Press Secretary : “Farhash Threatened To Kill Me”

Formula dan bahan – bahan tiruan yang diggunakan dalam susu tepung palsu bukan sahaja mengakibatkan masalah kesihatan tetapi turut akan menmbantu pertumbuhan bayi disebabkan kekurangan zat yang sepatutnya.

Justeru, pengguna yang mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat.

Pengguan juga boleh melayari atau melalui laman sesawangSistem Pengurusan Aduan Awam (SisPAA) KKM atau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM).

Sebakan isu ini kepada rakan dan sahabat anda kerana tindakan ini akan memberi kesedaran kepada masyarakat supaya tidak membeli barangan yang akan memudaratkan kesihatan mereka. Informasi bagaimana untuk mengenal pasti antara yang tiru dan asli seperti gambar – gambar di atas adalah amat penting untuk pengetahuan umum.

Walaupun terdapat 10 jenis produk tetapi dalam edisi kali ini kita hanya akan berbicara tentang susu tepung terlebih dahulu. Kesan sampingan dalam produk lain akan dikongsi dalam edisi yang seterusnya.

Sebarkan !

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Most Popular

Loading...
To Top