Brilliant Malaysian Shares 12 Reasons Why Non-Muslim Malays Is Truly Peace Loving Malaysians - Apa Yang Terancam? - The Coverage
News

Brilliant Malaysian Shares 12 Reasons Why Non-Muslim Malays Is Truly Peace Loving Malaysians – Apa Yang Terancam?

Ini hanyalah pandangan aku. Ini ruang aku – Engku Nasrun

1. Rakyat Malaysia yang non-malays dan non-muslim bumiputra mahupun non-bumiputra kebanyakannya terima dengan hati yang terbuka laungan Azan subuh yang menganggu tidur mereka. Tak pulak mereka nak buat kecoh dan marah. Bagaimana kalau pihak gereja mula pasang loudspeaker untuk sekalian tempat dengar khutbah Ahad mereka? Ooh.. nanti aqidah kita lari. Jihad!

2. Hari Jumaat, kitalah paling hebat sebab boleh parking di tepi-tepi jalan berdekatan masjid sebab nak solat Jumaat. Lalulintas terganggu dan trafik tergendala. Non-muslim terpaksa terima jer.

3. Kita nak beli rumah, ada “bumiputra discount”. Org non-bumi beli rumah xde pulak padahal diorg pun Rakyat Malaysia. Apa? hak istimewa org Melayu? Ke Apartheid?

4. Non-Malays, non-bumiputra yang cemerlang nak masuk Universiti sampai berdarah hidung, bergadai, berhutang Ah Long sebab nak bayar Uni atau kolej swasta. Kita takper sebab ada UiTM la, ada kolej mara la. Diorg pun rakyat Malaysia. Bila diorg dah grad, cukai hasil kerja diorg jugak kita makan.

MUST READ  Jho Low Joins List of International Big Names Implicated In K-pop Sex Scandal - 25 Women From YG Entertainment

5. Yang non-malays non-bumi yang mak bapak hantar ke kolej swasta tadi ada pulak yang ke luar negara, maka banyak lah pulak exposure dan banyak kenalan dapat. Bila mereka dah grad, balik ke Malaysia, meraka jadi tenaga kerja yang lagi progresif, lagi padu. Pandai speaking. Cepat naik pangkat. Yang lain (termasuk kita barangkali) mula rasa ditindas la, tak adil la, tak “tolong melayu” la.

6. Cakap pasal pandai “speaking”, masa kat sekolah bila kita “speaking” sikit, ada kawan-kawan yang ejek. Kata kita poyo lah, kata kita “kebaratan” sangat lah, kafir lah. Mula lah kene pulau. Yang ejek tu, yang pulau (ehem.. menindas) tu bangsa apa? Ni lah bangsa yang kata maruah terjejas.

7. Dah 58 tahun merdeka. Sebelum tu dah berapa tahun dah bangsa Cina, India, Baba, Melayu dan lain lain hidup bersama. Ni dah masuk abad ke-21 tapi masih ada antara kita yang amatlah jahil dengan budaya bangsa lain. Nak bangsa lain hormat kita, kita kene start hormat dulu.

MUST READ  Tun Mahathir To TMJ : “He (Tunku Ismail) Thinks He Is A Big Person But He Is Not; He Is A Small Person” - The Johor Crown Prince Can Be Changed

8. Ni budaya bangsa lain pun kita tak ambik peduli. Sibuk nak bangsa lain ikut dan faham budaya kita jer. Mana boleh macam ni bro. Yang tak sensitif sebenarnya kita. Diorg dah banyak ikut angin kita.

9. Kita dilihat sebagai bangsa yang mengada-ngada sampai bangsa lain takut pulak nak bergurau senda dengan kita. Takut kalau mereka tersilap menyinggung perasaan atau tercakap bende yang yang padahal ok jer tetapi kita mungkin tak pasal-pasal tersinggung entah kenapa.

10. “Suci” dalam debu. Nak sangat org jaga kesucian makanan ko. Sampai ada tampal sticker kat peti sejuk ofis “Halal only”. Padahal takder lah kene sampai macam tu sekali. Yang Hindu relax jer tengok kita layan daging depan diorg. Tapi kalau kawan kita makan babi, geli.. kembang tekak. Babi tu memang lah haram dimakan tapi kenapa sampai takleh tengok lah, nak muntah lah. Drama. Tengok aurat ok pulak. Tak geli kembang tekak ke sebab itu pun haram.

MUST READ  It’s UMNO’s Racism & Discrimination Policies Against Chinese & Indian : Not Vernacular Schools That Destroy National Unity

11. Ada gereja bina dekat kawasan Melayu, kecoh jadinya. Salib tu boleh pesong aqidah kita. Pasal aqidah kita nipis sgt. Tak pasal-pasal jadi kes. Pihak gereja pun mengalah. Turunkan salib. Kesian. Kalau kita bina Masjid tapi non-muslim bikin kecoh, mula lah nak jihad konon, kita kene tindas konon. Kan elok kalau relax jer. Dah macam budak kecik yang manja. Org bangsa lain kene pandai amik hati kita. Malu lah.

12. So, apa yang terancam? Sikit-sikit nak gaduh. Sikit-sikit nak jihad. Rasis sgt kenape?

Refleksi:
Raja-raja & Sultan: Melayu
Perdana Menteri: Melayu
Timbalan Perdana Menteri: Melayu
Ketua Polis Negara: Melayu
Panglima Angkatan Tentera: Melayu
Apa yang terancam sangat?

Source : Engku Nasrun

Every Malaysians Should Share This Heartbreaking Open Story To Tun Mahathir – Initiate A Better Malaysia For All & Eradicate Institutionalised Racism

6 Comments

6 Comments

  1. Suren

    November 26, 2018 at 12:50

    This is what i wanted from my fellow malay friends. Thats all. Tq

  2. Susi James

    November 26, 2018 at 13:06

    Well said my fellow Malaysian! Thank you!

  3. Thin

    November 26, 2018 at 13:45

    Saya seorang mualaf, dan warga malaysia. Maafkan kesimpulan saya, kerana saya baru 1 tahun mualaf, jika saya salah silakan tegur. Untuk umat- umat beragama islam, sedarlah ingkar yang pertama pada Allah subaha wataala adalah dari golongan jin. Kenapalah jin marah dan enggan menunduk pada nabi Adam (pbuh)? Adakh betul, Jin dah duduk di alam dunia ini sebelum manusia? Kenapakah jin perlu berkongsian bumi dengan manusia? Jin dicipta Allah, dengan kelebihan pisikal dan kebolehan lain lain. Sekarang, jin disuruh tunduk pada Nabi Adam. Mahukah iblis? Ternyata tidak. Syaitan adalah mahluk ciptaan Allah yang pertama- ‘racist’dan kerana itu disumpah.Tolonglah …kita jangan disamakan dengan bangsa jin. Ya allah, ya tuhanku, semoga semua umatmu di malaysia disedar olehmu, ya tuhanku.

  4. Just an ordinary person

    November 26, 2018 at 23:21

    Engku Nasrun, you are the best! salute you! Tq for being an understanding n reasonable person.👏👏👏👏👏👏👏

  5. Mat Arta

    November 28, 2018 at 21:39

    Cerita bodoh yang diadadakan. Racist , berita ini untuk mewujudkan racial disharmony. Cerita ini hanyalah andaian dan diadadakan.
    Konon non muslim ditindas di Malaysia. Penulis cerita ini yang bodoh, tidak melihat dunia luar.

    Pergilah tengok negara haram Israel, yg menindas rakyat pelestin. Bukan menindas aje, tapi membunuh sewenang wenang nya.
    Negara pariah Burma lagi jahat, siap menghalau rakyat sendiri berbangsa Rohingya.

    DiMalaysia ada ke Muslim menghalau dan membunuh non Muslim.

    Bodoh Penulis cerita ini.

    • Amman

      November 30, 2018 at 03:20

      Setuju. Cerita daripada Engku Nasrun ni , banyak berdasarkan andaian seperti bunyi loceng gereja, orang melayu akan
      menghina , benda ni is an isolated case . Tidak boleh di buat secara general case.
      mungkin beliau tidak belajar sejarah Tanah Melayu, memahami bagaimana negara kita terbentuk, perjuangan nenek moyang
      melawan penjajah yang rata rata kesemuanya adalah terdiri daripada orang Melayu. Pembentukan negara malaysia di mana
      social contract di antara berbagai kaum di wujudkan, untuk menjaga hak kaum masing masing dan untuk racial harmoni.

      Belajar sejarah tanah melayu penting

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Most Popular

Loading...
To Top