Isu Kepimpinan FAM Bukanlah Isu KELAYAKAN Tetapi Lebih Kepada Isu Kepimpinan , Kewajaran , Ketelusan Dan Kredibiliti ! - The Coverage CEO - The Coverage
News

Isu Kepimpinan FAM Bukanlah Isu KELAYAKAN Tetapi Lebih Kepada Isu Kepimpinan , Kewajaran , Ketelusan Dan Kredibiliti ! – The Coverage CEO

Apabila berbicara soal kelayakan maka Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berkata seseorang masih boleh bertanding bagi jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selagi tidak diistiharkan bankrap, tidak dikenakan hukuman dalam tempoh lima tahun sebelum ini dan didakwa atas kesalahan yang dilakukan.

Isu yang melanda pasukan bola sepak Malaysia bukanlah isu KELAYAKAN tetapi lebih kepada isu Kepimpinan , Kewajaran , Ketelusan dan Kredibiliti ! 

 

Mukadimah 

Ranking keseluruhan bola sepak dunia menyaksikan pasukan bola sepak negara menjunam ke tahap terburuk selepas dilaporkan telah jatuh lagi lapan anak tangga apabila menghuni kedudukan ke-174 dunia pada tahun 2016 berbanding 166 daripada 209 pada tahun 2015. Keadaan ini hanya menandakan negara Malaysia merupakan pasukan TOP 35 paling teruk di dunia. Jangan lupa ranking pasukan bola sepak Malaysia pernah berada pada ranking ke 75 dunia pada tahun 1993. Namun begitu , malangnya tidak lama kemudian iaitu pada tahun 1994 skandal rasuah terbesar dalam sejarah bola sepak negara telah menghancurkan pembangunan sukan ini.

Kepimpinan FAM yang sama dan tidak berkesan selama 32 tahun lamanya sejak 1984 telah menyebabkan Malaysia tidak lagi ke Olimpik, tidak lagi layak ke Piala Asia secara merit serta tidak lagi melepasi pusingan terakhir kelayakan Piala Dunia. Sehubungan itu , Claudio Ranieri merupakan seorang jurulatih yang mencipta sejarah dunia bola sepak dengan kemenangan Leicester City dengan menjuarai piala EPL pada musim lalu belum sampai setahun sudah pun dipecat. Dalam isu ini , sudah 32 tahun berlepas dan adakah kita masih lagi mahu menunggu suku dekad lagi untuk berubah ?

 

ISU ORANG GAGAL KEMBALI MENJADI ORANG BERJAYA

Timbul pula seorang lawan TMJ dengan muka tembok yang mengeluarkan kenyataan “There are things to be learned from successful people, and maybe there is a lot to learn from those who are failures too,” .  It is not impossible for failures to become successes, just as successful people should be ready to fail one day.

Masalahnya , ini adalah satu isu dimana seseorang yang sudah berjaya tetapi akhirnya gagal dan tidak mempelajari daripada kegagalan mereka. Sememangnya kita mampu untuk belajar daripada insan yang gagal tetapi bukan dari insan yang tidak sedar diri serta tidak sanggup untuk mempelajari daripada kegagalan mereka. Ini adalah masalah self proclaim successful people who consistently proven to be a failure without learning from it. 

GAGAL BERTERUSAN

Sebuah negeri yang sudah sememangnya sudah berjaya dari segi prestasi pasukan bola sepak mereka tetapi akhirnya hampir kehancuran sehingga terpaksa menarik diri daripada liga bola sepak Malaysia kerana kepimpinan yang sudah jelas berkali – kali memiliki skandal dari segi pengurusan kewangan.

MUST READ  KJ invites Religious Departments to help the poor, not catch those who aren't fasting

Sekirannya kos RM 15 juta setahun untuk sesebuah kelab untuk tidak mampu diselesaikan maka adakah kepimpinan sebegini yang kita mahukan untuk mengetuai pasukan bola sepak negara ?

GAGAL MENGUNDUR DIRI DAN BUKANNYA BANGKIT UNTUK BERJAYA

Kita TIDAK mahu kepimpinan yang lemah dan hanya tahu untuk meletak jawatan apabila berhadapan dengan sebarang masalah dan krisis dan bukannya terus berada untuk memiliki amanah dan tanggungjawab untuk berhadapan dengannya.

Apabila JDT tewas 3 – 0 kepada Perak maka inilah kenyataan TMJ

“Our club does not judge success by winning or losing matches but on the club’s progress such as titles won, the club’s financial might and overall progress and achievements of the club.” – Maksud Belajar Daripada Kegagalan . 

Berbanding pula dengan kenyataan – “Saya berharap tugas ini (Presiden Kafa) dapat dipikul oleh mereka yang lebih mampu mengangkat kecemerlangan bola sepak Kelantan seperti mana yang berjaya dilakukan oleh negeri-negeri lain,” ( Letak Jawatan ) – Learning From A Failure ? Even from this statement you ask to learn from those who are already successful !

GAGAL BERKALI – KALI

Keadaan ini belum lagi menambah seseorang individu yang sudah lama memimpin 2 badan kerajaan bukan sahaja tiada perubahan yang positif tetapi lebih kepada skandal kewangan , kepincangan dan masalah sehingga digantung tugas sebagai Pengerusi 2 badan kerajaan tersebut.

Kenyataan Dan Pendirian Yang Tidak Konsisten

Pada masa yang sama , masalah akan timbul apabila kepimpinan badan sukan negara dipimpin oleh seseorang ahli politik yang tidak konsisten dengan pendirian mereka. Orang yang sama dahulu kata “I cannot see our football scene getting anywhere and they have been given all the time and money to do something. However, the game will improve if Tunku Ismail is in charge.

Kini pula bernada , “There are things to be learned from successful people, and maybe there is a lot to learn from those who are failures too,” . Adakah kepimpinan sebegini yang rakyat mahukan untuk mengetuai FAM ?

Sekirannya seseorang pemimpin yang begitu mudah mengalah dengan mengundur diri apabila berhadapan dengan cabaran maka sifat sebegini tidak seharusnya ada dalam pasukan bola sepak negara. Bak kata pepatah Melayu , Biar putih tulang jangan putih mata !

 

Kita tidak mahu kepimpinan yang hanya tahu menggunakan dan membazir dana awam dan duit rakyat apabila berhadapan dengan sebarang masalah. Seseorang ahli politik yang tidak tahu mengenai bola sepak pula hendak berlagak sombong pandai untuk mengeluarkan kenyataan seperti seorang ahli politik dalam isu melibatkan bola sepak negara.

Ini Sedang Bertanding Presiden FAM atau Pilihan Raya ? 

( Seharusnya membangkitkan ISU BOLA SEPAK dan bukannya POLITIK ! )

MUST READ  THE SEARCH IS ON FOR THE NEXT MISS UNIVERSE MALAYSIA 2018

Kenyataan seperti kelab tertentu terlebih bayar pemain mereka maka keadaan ini akan menghancurkan bola sepak negara Malaysia ? Apakah ahli politik ini tahu akan nilai dan pasaran bola sepak kini ? Kelab dan negara mana yang terlebih bayar pemain mereka pada zaman ini berhadapan dengan kehancuran ? Lihat sahaja mana – mana kelab dan negara di dunia ini yang berjaya semuanya datang dengan gaji pemain yang dibayar tinggi. Yang menghancurkan bola sepak sesuatu kelab dan negara adalah pemimpin yang tidak mampu membayar sehingga terpaksa berhutang dengan pemain mereka seperti pemimpin tertentu yang kononnya ada kegagalannya yang boleh dipelajari.

Jangan hanya tahu sibuk menjaga tepi kain orang sedangkan kain sendiri sedang membakar. Seseorang pemimpin sudah berkali – kali memberikan jaminan awal bahawa bayaran gaji kepada pemain kelab yang dipimpinnya akan diselesaikan. Masalah ini bermula pada tahun 2015 tetapi pada tahun 2016 masalah yang sama terus berlarutan. Apakah ini dikatakan seseorang pemimpin yang belajar daripada kegagalanya ? Gaji dan kebajikan pemain sendiri tidak terjaga malahan lagi berhutang pula hendak sibuk menimbulkan pihak lain terlebih bayar pemain mereka. Oleh itu , terlebih bayar lebih baik daripada jamin untuk bayar berperingkat – ringkat dan berhutang secara konsisten.

 MENYINDIR ANDA TIDAK MENANDAKAN MENYINDIR KESELURUHAN SISTEM DAN AHLI POLITIK !

Menurut seseorang , TMJ antara orang selalu sindir orang politik. Tapi saya katakan dengan jelas sistem di raja itu sendiri dipilih oleh orang politik, nak beritahu pentingnya orang politik. Di Johor misalnya, pasukan milik peribadi boleh guna stadium kerajaan sebagai stadium eksklusif JDT, kalau tidak ada persetujuan politik. Ini contoh yang saya tunjuk supaya kita jangan kita menanam fahaman yang tidak benar, politik itu sabahagian dari kita.

Kenyataan ahli politik sebeginilah contoh mengapakah badan sukan negara tidak seharusnya dipimpin yang ahli politik yang tidak telus. Ingat ! Bukannya ahli politik tetapi AHLI POLITIK yang tidak telus. Perbezaan yang begitu ketara seharusnya difahami. Kenyataan sebegini jelas menunjukkan kelemahan seorang ahli politik mengenai ahli politik itu sendiri. Hal ini disebabkan , dikatakan bahawa penggunaan stadium kerajaan eksklusif untuk kelab tertentu tetapi dikatakan memerlukan persetujuan politik. Keadaan ini menjelaskan ahli politik sendiri yang bersetuju dalam isu tersebut dan bukannya kerabat diraja !

Yang menanam fahaman yang tidak benar dalam isu ini adalah individu yang mengeluarkan kenyataan sedemikian. TMJ sememangnya suka untuk menyindir tetapi bukannya menyindir ahli politik tetapi ahli politik yang tidak telus , amanah , menyeleweng , lemah dan bermasalah. Yang memiliki kepesongan fahaman di sini adalah siapa ? Sejak bila TMJ pernah mempersoalkan isu ahli politik itu tidak penting ? TMJ hanya sering mempersoalkan sebilangan ahli politik yang bermasalah. Isu kepentingan tidak pernah sekali timbul.

MUST READ  91 Bank Accounts With Funds Totaling Up To RM177 Million Frozen! - MBI !

“Orang gagal mesti bersedia di hina, …walaupun orang gagal mungkin orang yg pernah berjaya…dan tidak mustahil orang gagal kembali menjadi orang berjaya.. 

Orang GAGAL tidak semestinya bersedia di hina tetapi bukan sesekali terus LENA ! Tetapi jangan sampai apabila disindir berdasarkan kepada fakta , realiti dan kebenaran maka pula dikatakan sebagai SINDIRAN KEPADA KESELURUHAN SISTEM DAN AHLI POLITIK ! Ada kalanya yang menghina diri sendiri itu adalah diri kita sendiri ! Jika sudah bersedia maka mengapa pula terus meroyan ? Ingat ! Boleh dihina tetapi tidak boleh sesekali terus LENA !

Politik VS Kerabat Diraja

Jika hendak mulakan isu siapa wujudkan siapa maka rujuklah kepada sejarah. Raja-raja Melayu telah mula  bermuafakat ke arah penyatuan melalui antaranya mesyuarat raja-raja Melayu dan perjanjian Bangkok (1909). Raja – raja Melayu kemudiannya bersatu menentang Malayan UNION. Fungsi Raja Melayu pada ketika itu adalah untuk menyatukan rakyat. Tanpa Raja sebagai simbol penyatuan maka mana mungkin rakyat akan bersatu menyokong ahli politik pada ketika itu ?

Semangat ini disokong dan diteruskan pula oleh para pemimpin negara berketurunan warisan diraja seperti Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman yang berusaha mendapatkan pengistyiharan kemerdekaan daripada British dan penubuhan Malaysia dengan penggabungan Sabah, Sarawak dan Singapura pada 16 Sept, 1963. Ahli politik sendiri datangnya daripada WARISAN DIRAJA !

Namun begitu , isu yang hendak ditimbulkan pada hari ini bukanlah antara ahli politik vs kerabat diraja. Isu ini menjadi diluar konteks pemilihan Presiden FAM ! Isu ini hanya menjadi isu apabila ahli politik tertentu yang bermasalah yang memiliki kepesongan fahaman untuk mempolitikkan isu ini. Isu ini seharusnya fokus kepada siapa lebih WAJAR MEMIMPIN FAM ! Jangan sesekali terperangkap dengan permainan ahli politik tertentu apabila hanya dirinya sendiri yang diserang dan secara kebetulan beliau adalah seorang ahli politik maka hendak diheret kepada pertembungan keseluruhan sistem ahli politik vs kerabat diraja.

Ahli politik ini seharusnya tampil memberitahu rakyat Malaysia apakah ASPIRASI , IMPIAN dan Pelan Tindakan untuk memajukan FAM dan Pembangunan serta Kemajuan bola sepak negara ? Ini bukan pertembungan menentang TMJ. Ini adalah pertembungan siapa lebih bersedia dan wajar untuk memikul tanggungjawab sebesar ini yang selama ini dipandang ringan ! Jangan lagi terus membazir masa menyerang calon lawan anda sedangkan PELAN dan WAWASAN anda untuk menerajui badan sukan ini pun belum DIRANGKA !

Akhirnya , daripada terus sibuk learning from failure , the importance of politician and over paying football players maka WHAT IS YOUR VISION and PLAN ?

Shen Yee Aun

Founder , CEO 

The Coverage Malaysia 

1 Comment

1 Comment

  1. asdasd

    February 26, 2017 at 01:52

    serious talk , pemimpin yang dah tua takkan kisah pasal negara , hanya fikir untuk diri sendiri . pemimpin muda akan terus berusaha sebab dia tahu dia akan hidup lama dan orang akan sentiasa ingat perbuatan dia .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Most Popular

To Top