PKR Leader Video : Kita Perlu Halang Cubaan Tun Daim Jatuhkan Anwar - Halang Anwar Jadi PM ke-8 - The Coverage
News

PKR Leader Video : Kita Perlu Halang Cubaan Tun Daim Jatuhkan Anwar – Halang Anwar Jadi PM ke-8

“Several parties who had wronged Anwar previously are again conspiring to deny him the Prime Ministership and I will openly say that Tun Daim Zainuddin has a role in this.

Ahli Parlimen Kapar, Abdullah Sani, dalam ucapan penuh semangat, menamakan Tun Daim Zainuddin sebagai antara individu yang cuba menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim diangkat menjadi perdana menteri.

Beliau berucap pada program dianjurkan di Seremban pada 11 Ogos, 2018, untuk menyatakan sokongan kepada pencalonan Rafizi Ramli sebagai timbalan presiden PKR.

Kemungkinan wujud konspirasi dalam Pakatan Harapan (PH) bagi menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.

Abdullah Sani berkata, melihat senario politik semasa, memang tidak mustahil seandainya konspirasi itu benar-benar wujud seperti yang diperkatakan.

“Meskipun masing-masing tahu dalam konsensus PH bahawa selepas Tun (Dr Mahathir), Anwar adalah penggantinya namun kelihatan ada ‘pengkhianat’ yang cuba merosakkan perjanjian berkenaan.

“Saya sendiri turut mendapat banyak maklumat mengenainya dan boleh dikatakan gerakan terbabit sudah bermula sebelum pemilihan PKR lalu lagi.

MUST READ  PPBM Youth : It’s Syed Saddiq’s Fault For Tanjung Piai Loss - “ Weak Leadership & Disrespectful Towards Johor Palace ”

“Saya hairan mengapa pengkhianat terbabit beria-ia mahu menjadi Perdana Menteri, namun usah risau, semua kegiatan mereka berada dalam pemantauan parti,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Abdullah Sani yang juga Ahli Parlimen Kapar mengulas mengenai kenyataan Anwar yang disiarkan sebuah portal berita hari ini mengenai konspirasi yang wujud dalam PH untuk menghalang beliau daripada menggantikan Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.

Menerusi temubual bersama Financial Times (FT), Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson dikatakan mendakwa ada gerakan kecil dalam pakatan yang hendak mensabotaj perancangan yang sudah dilakukan untuk kepentingan tertentu.

“Saya tidak nafikan, sesetengah orang dalam pakatan pemerintah hari ini mempunyai agenda berbeza,” katanya yang dipetik daripada laporan itu.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Most Popular

Loading...
To Top