PPBM / Bersatu Leader : Adakah Calon MCA Seorang Muslim ? - Sumber Kewangannya Halal atau Tidak? - The Coverage
News

PPBM / Bersatu Leader : Adakah Calon MCA Seorang Muslim ? – Sumber Kewangannya Halal atau Tidak?

Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng di kecam sengaja menggunakan sentimen agama untuk memancing undi simpati orang Melayu-Islam dengan pengumumannya yang akan menaja ibadah umrah sekiranya memenangi PRK Parlimen Tanjung Piai.Ahli Majlis Tertinggi Pimpinan Bersatu, Dr Muhammad Faiz Na’aman berkata, Wee yang berkata demikian dalam ucapannya malam tadi sebagai satu bentuk penghinaan terhadap umat Islam dalam negara.

“Ibadah Islam tidak boleh ditukar ganti atau diugut dengan undi. Adakah Dr Wee Jeck Seng fikir maruah orang Melayu-Islam begitu murah dan terdesak mahukan tajaan umrah dari pihak yang entah dari mana sumber kewangannya sama ada halal atau tidak?

“Saya mahu tanya adakah Dr. Wee kini seorang Muslim kerana mengucapkan kalimah InsyaAllah dalam ucapannya pada malam tersebut?

Bagaimana beliau mengaku mohon izin Allah jika hakikatnya beliau tidak beriman dengan akidah Islam?,” soalnya.

Beliau turut mempersoalkan kerjasama antara MCA dengan Parti Komunis China (CPC) dalam bidang kebudayaan dan pendidikan seperti yang dinyatakan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai pada tahun 2017.

MUST READ  The Ex-Wife of Sultan Kelantan Posts Picture of Baby - Demanding RM123,000 in Monthly Allowance & Properties Worth RM47 Million

“Adakah MCA masih mengekalkan hubungan akrab dengan parti komunis negara asing hingga kini? Dan apakah agenda kalian untuk masa depan negara ini jika bukan berasaskan ideologi dan sentimen pro hegemoni Mandarin semata-mata?,” katanya.

Malah, Faiz turut mempersoalkan pendirian kepimpinan Pas yang diibaratkan sebagai lalang apabila sebelum ini Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan sokongan terhadap kerajaan pimpinan Tun Dr. Mahathir.

Beliau menyifatkan Pas sengaja melakukan sandiwara yang kononnya menyokong kepimpinan Dr Mahathir tetapi mengkhianati sokongan itu apabila membantu kempen calon BN menentang calon PH dalam PRK Tanjung Piai kali ini.

Lebih menghairankan lagi katanya, apabila beberapa pemimpin Pas mencari dalil untuk menguatkan sokongan mereka terhadap Wee atas nama Muafakat Nasional.

Walhal katanya, umum mengetahui bahawa Pas hanya bermutaah dengan Umno sahaja dan tidak bersama BN secara rasmi atau dengan MCA secara langsung.

“Kepada para pengundi PRK Tanjung Piai dan rakyat Malaysia amnya, nilailah hipokrasi MCA yang selama ini dianggap pro semangat kebangsaan Malaysia dalam BN walhal hakikatnya parti itu menjalin kerjasama langsung dengan parti komunis negara asing.

MUST READ  PKR Letter Signed By The Party’s Secretary-General Saifuddin Nasution To Sabotage PPBM in Tanjung Piai - Stopping PKR Members From Voting & Pressure Tun M To Hand Over To Anwar

“Pas pula sanggup mengkhianati semangat Kongres Maruah Melayu apabila mengkhianati kepimpinan Dr Mahathir serta rakan politik mereka, Parti Berjasa dalam PRK Tanjung Piai demi mengejar kuasa dan janji-janji dari golongan yang korup,” katanya.

Source : Malaysia Date Line

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Most Popular

Loading...
To Top