Skandal Pemberian Kontrakk RM 25.5 Juta Kementerian Belia Dan Sukan - Syed Saddiq Sila Jawab - The Coverage
News

Skandal Pemberian Kontrakk RM 25.5 Juta Kementerian Belia Dan Sukan – Syed Saddiq Sila Jawab

Skandal Pemberian Kontrak kepada Syarikat Afsya ( M ) Sdn Bhd secara serentak untuk 3 Kontrak Pembekalan untuk 3 Buah Negeri bernilai

  • Melaka RM2,048,000.00
  • Selangor RM2,540,000.00
  • Perlis RM2,088,000.00

Skandal Pemberian Kontrak Pembekalan kepada Syarikat Warisan Kurnia Sdn Bhd dengan 2 kontrak serentak

  • N.Sembilan RM3,228,000.00
  • P.Pinang RM2,152,000.00

Skandal Pemberian Kontrak kepada Syarikat BNR Setia Enterprise dengan 2 kontrak serentak

  • Bachok Kelantan RM6,634,112.00
  • Pahang RM3,788,100.00

Syed Saddiq perlu menjelaskan kepada rakyat apa istimewanya Syarikat AFSYA (M) Sdn.Bhd yang telah memperolehi 3 kontrak dalam tempoh yang sama dengan nilai RM 2,048,000.00 untuk lokasi di Melaka, RM 2540,000.00 untuk lokasi di Selangor dan RM 2,088,000.00 untuk lokasi di Perlis.

Siapkah pemilik syarikat AFSYA (M) SDN BHD? Apakah hubungan pemilik syarikat demikian dengan Syed Saddiq? Adakah syarikat ini mempunyai kemampuan untuk melaksanakan 3 kontrak yang mereka baru terima secara serentak dengan modal berbayar yang kecil? Adakah pemberian kontrak ini dibuat secara adil dan saksama berdasarkan kemampuan pembekal? Tidak adakah syarikat lain yang lebih berkelayakan? Adakah penganugerahan kontrak ini bersih dari elemen rasuah, salahgunakuasa dan kronisma?

MUST READ  Ketua Cabang PKR Seputih Membuat Laporan SPRM : Kekayaan Luarbiasa Anwar Ibrahim & Keluarga - Rasuah & Salah Guna Kuasa

Jika selesai jawab soalan berkaitan AFSYA (M) SDN BHD, sila jawab pula tentang Warisan Kurnia Sdn Bhd yang turut dapat 2 kontrak dalam masa yang sama. Pertama nilai kontrak RM3,228,000.00 lokasi di Negeri Sembilan dan kedua nilai kontrak RM 2,152,000.00 di Pulau Pinang. Dalam masa yang sama Syed Saddiq juga perlu jelaskan bagaimana BNR Setia Enterprise memperolehi dua kontrak serentak iaitu pertama bernilai RM 6,634,116.00 lokasi di Bachok, Kelantan dan kedua bernilai RM 3,788,100.00 di Pekan, Pahang. Terima 2 kontrak pada waktu sama dan dari kementerian yang sama.

Dato’ Lokman Noor bin Adam
Pengerusi
Sekretariat Suara Rakyat
24hb November, 2019

Untuk makluman saudara Lokman Adam,

Zaman “Menteri berkuasa agihkan kontrak” sudah tamat.

Semua tender perlu melalui online E-perolehan & dibuat melalui tender terbuka.

Penilaian teknikal & kewangan dilakukan secara telus. Selepas itu lembaga perolehan akan menilai berdasarkan merit.

Menteri dan Pejabat Menteri tidak duduk dalam tender board. Saya tidak benarkan praktis ini.

MUST READ  After Being Questioned "When Are You Getting Married" Man Choked Neighbor To Death - You Should Now Start To Think Twice Before Asking Anybody This Question

Dari menggunakan media sosial, lebih baik saudara Lokman adam lapor ke SPRM kalau ada salah laku di KBS. Kami di KBS mengalu-alukan tindakan ini.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Most Popular

Loading...
To Top