Tun Daim : Nilai Ringgit Jatuh Kerana Menteri PH "Bodoh" - “ Jangan Kacau Rakyat ” - The Coverage
News

Tun Daim : Nilai Ringgit Jatuh Kerana Menteri PH “Bodoh” – “ Jangan Kacau Rakyat ”

BANYAK masalah yang dihadapi kerajaan termasuk kejatuhan nilai ringgit adalah disebabkan menteri yang tidak bijak terutamanya dalam berkomunikasi ketika negara berdepan masalah.

Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin berkata, masalah itu menjadi lebih buruk apabila ada menteri yang bercakap apa sahaja yang mereka suka tanpa berbincang dengan pegawai seperti setiausaha akhbar.

“Kalau nak buat kenyataan, bincang tengok apa kesannya, bincang dengan pegawai kemudian bincang menteri dengan menteri. Bukan seronok-seronok buat kenyataan.

“Kalau positif keluar kenyataan, kalau negatif jangan keluar kenyataan, kalau negatif nak umum juga, bodoh lah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemubual dalam satu wawancara bersama Astro Awani hari ini.

Daim yang juga bekas Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan menasihatkan menteri-menteri Kabinet supaya berbincang terlebih dahulu dengan Setiausaha Akhbar masing-masing sebelum mengeluarkan kenyataan.

Dalam pada itu, ujarnya, notis cukai pendapatan yang terlalu banyak dihantar kepada orang ramai membuatkan rakyat takut berbelanja hingga menyebabkan ringgit mengalami kejatuhan.

Daim berkata perkara itu diburukkan lagi apabila penghantaran notis cukai itu diumumkan kepada orang ramai hingga menyebabkan mereka takut berbelanja.

MUST READ  Mahathir is Scared That if Anwar Becomes PM8 Then The Whole Mahathir Clan Might End Up in Jail

“Income tax tak perlulah kacau orang. Kalau hantar notis mereka takut nak belanja, patut jangan kacau rakyat.

“Sebelum ini tidak pernah umum, bila Pakatan Harapan jadi kerajaan, hantar notis sampai lapan juta.

“Lapan juta notis kalau seorang isteri dan seorang suami sudah 16 juta, kacau ni. Anda bunuh keyakinan. Dulu mereka keluar makan, sekarang mereka takut nak keluar,” tambah beliau.

Dark Horse Candidate for PM 8 : Hishammuddin Often Meets Tun M In His Country Height Home – Have Enough Numbers to Form the Government

Hishamuddin Spending RM20,000 per month For each of the 40 Divisional Head & RM30,000 per month for UMNO 30 MPs – To Support Tun M

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Most Popular

Loading...
To Top