Zulkifli Noordin : I Was Told By Anwar To Link Najib & Rosmah To Altantuya Murder - Anwar Asked Azilah To Create Fake SD To Convict Najib - The Coverage
News

Zulkifli Noordin : I Was Told By Anwar To Link Najib & Rosmah To Altantuya Murder – Anwar Asked Azilah To Create Fake SD To Convict Najib

Zulkifli Noordin claimed he was once asked to help link the murder of Altantuya Shaariibuu to Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak and his wife Datin Seri Rosmah Mansor.

The lawyer, who was recently sacked from PKR, didn’t say who had asked him to do so.

Zulkifli, who had discharged himself as a defence lawyer for one of those accused of the murder — Chief Insp Azilah Hadri — during the hearing in 2007, said he was asked to make a statutory declaration linking Najib and Rosmah to the Mongolian woman’s murder.

“I myself was asked to make a sworn statement that both of them were involved.

“The rewards offered for doing that could have shaken my faith,” the Islamic hardliner said.

“I discharged myself from the court case because there was an attempt by a third party to interfere in the case,” he said in his motion of thanks on the Agong’s Address.

Zulkifli also took potshots at private investigator P. Balasubramaniam, who had made a sworn disposition in connection with the murder case in 2008, but retracted it the next day.

Source : The Star

Anwar suruh Azilah reka-cipta Akuan Bersumpah palsu sabitkan Najib, Rosmah bunuh Altantuya

Datuk Zulkifli Noordin bekas peguam Anwar berkata beliau membuat keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana tidak mahu bersubahat mengikut telunjuk Anwar Ibrahim dengan mereka-cipta bukti palsu.

Menurutnya, sepanjang menjadi peguam Azilah, tidak ada satu bukti yang sahih yang boleh mengaitkan pembunuhan Altantuya dengan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, namun Anwar tetap mendesaknya agar mereka-cipta bukti palsu untuk mengaitkannya.

“Walaupun Anwar Ibrahim suruh saya, paksa saya ‘dapatkan itu’ dan isytihar kata Najib terlibat, saya kata saya tidak tergamak.

“Ini kes tuduh orang bunuh tau. Saya tak dengar sendiri (dari mulut Azilah), malahan Azilah bersumpah, dia kata Datuk Seri Najib tidak tahu langsung, dia tak tahu langsung, tak ada kena mengena sikit pun,” katana.

Datuk Zulkifli Noordin bekas peguam Anwar berkata beliau membuat keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana tidak mahu bersubahat mengikut telunjuk Anwar Ibrahim dengan mereka-cipta bukti palsu.

Campur tangan Anwar berlaku ketika Zulkifli menjadi peguam bela Cif Inspektor Azilah Hadri, pegawai polis yang dituduh membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada Oktober 2006.

Menurutnya, sepanjang menjadi peguam Azilah, tidak ada satu bukti yang sahih yang boleh mengaitkan pembunuhan Altantuya dengan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, namun Anwar tetap mendesaknya agar mereka-cipta bukti palsu untuk mengaitkannya

“Saya peguam Inspektor Azilah yang dikatakan bunuh Altantuya itu. Masa itu (juga) saya peguam Anwar Ibrahim.

“Tuan-tuan ingat, kalau Azilah cakap kat saya (bahawa) Najib terlibat, saya tak(akan) guna (bukti pengakuan itu) masa itu.

“Walaupun Anwar Ibrahim suruh saya, paksa saya ‘dapatkan itu’ dan isytihar kata Najib terlibat, saya kata saya tidak tergamak.

“Ini kes tuduh orang bunuh tau. Saya tak dengar sendiri (dari mulut Azilah), malahan Azilah bersumpah, dia kata Datuk Seri Najib tidak tahu langsung, dia tak tahu langsung, tak ada kena mengena sikit pun.

“Saya ditekan (Anwar) lagi, suruh dia (Azilah) mengaku, dapatkan surat sumpah, suruh dia mengaku Najib terlibat, Rosmah pun terlibat,”dedahnya ketika berceramah di Bentong, Pahang, 3 Feb.

Berdasarkan hasil semakan dan siasatan yang dibuat sendiri oleh Zulkifli, dakwaan yang mengatakan Rosmah berada di tempat pembunuhan, di Puncak Alam, Shah Alam pada hari kejadian adalah fitnah semata-mata.

“Nasib baik masa itu Allah jaga saya, Dia suruh saya semak. Bila semak Datin Seri Rosmah berada di Tabung Haji, buka puasa dengan anak yatim..Ada gambar dia, ada bukti dia.

“Saya kata macam mana nak tuduh Datin Seri Rosmah yang bunuh Altantuya, bukti jelas dia bersama anak yatim malam itu, pada bulan Ramadhan.”

Menurutnya lagi, walaupun tiada bukti, namun Anwar tetap berkeras mengarahkannya mencari bukti palsu untuk mengaitkan dengan Najib dan Rosmah.

“Awak buat juga, cari jalan supaya Rosmah dan Najib dituduh membunuh Altantuya.

“Saya kata, saya tidak boleh terima (arahan) ini, saya tarik (diri),”katanya lagi.

Zulkifli meletakkan jawatan sebagai peguam bela Azilah pada pertengahan tahun 2009 yang berpunca daripada campur tangan pihak ketiga.

Ketika bercakap dalam Dewan Rakyat, pada 24 Mac 2010, Zulkifli buat pertamanya mendedahkan beliau ditawarkan ganjaran besar untuk memfitnah Najib dan isterinya Rosmah Mansor untuk mengaitkannya dengan pembunuhan itu.

Ketika itu Zulkifli tidak menyatakan nama pihak yang membuat tawaran itu tetapi menyifatkannya sebagai tawaran yang “boleh menggoyahkan iman” daripada pihak yang terbabit dengan “pakatan fitnah” tersebut.

“Sebab itulah saya menarik diri daripada terus mengendalikan kes tersebut kerana adanya gangguan daripada pihak ketiga yang menyebabkan mustahil untuk saya terus bertindak secara profesional sebagai peguam bela kes tersebut.

“Sebagai seorang Islam, kita patut ambil sikap bersangka baik…setahu saya Najib Razak telah melakukan sumpah menafikan pembabitan beliau dan setakat ini, tidak ada di antara kita yang berani bersumpah menafikan (apa-apa tuduhan terhadap pihak berkenaan).

“Oleh itu, bersangka baiklah kita sesama Islam dan berpeganglah kepada al-Quran sebagai petunjuk kita, bagaimana kita tidak suka difitnah orang, begitu jugalah kita tidak sepatutnya memfitnah orang lain,” katanya.

Beberapa minggu sebelum itu, Zulkifli juga turut meletakkan jawatan sebagai peguam syarie Anwar.

“Saya ZULKIFLI BIN NOORDIN Peguam Syarie bagi Pemohon Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim diatas dengan ini menarik diri dan terhenti menjadi Peguam Syarie yang bertindak bagi Pemohon yang tersebut di dalam prosiding yang disebut di atas.

“Bertarikh pada 22 Rabi’ul Awal 1431 bersamaan 09 Mac 2010,” kata Zulkifli dalam notis tarik dirinya itu.

Mungkinkah juga ini satu cara Anwar mahu alihkan isu Pengakuan Sumpah Yusoff Rawther yang mengaku Anwar melakukan gangguan seksual terhadapnya.

Semakan menunjukkan Pesuruhjaya Sumpah yang menerima SD Azilah ialah HAMIDAH BT CHE AHMAD Pegawai JABATAN PENJARA MALAYSIA, IBU PEJABAT PENJARA MALAYSIA, Kajang Selangor ditandatangani pada 17 Oktober 2019 dan dibocorkan bulan Disember. Apa hubungan Hamidah dengan Anwar Ibrahim?

Source : Third Force

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Most Popular

Loading...
To Top