News

Pemimpin DAP Pertahankan Babi Dengan Mengatakan Babi Is Cute & Harmless – Apa Dosa Dan Salah Babi Yang Dicipta Oleh Allah?

B.A.B.I 猪

Di Sabah dan Sarawak tiada isu sebab kami tahu babi adalah sejenis binatang yang dicipta oleh Allah s.w.t di muka bumi ini. Ianya merupakan binatang yang tidak berdosa. Kenapa sikit-sikit salah babi? Bila nak salahkan diri sendiri? #DuaKaliLimaLimaKaliBabi

Babi memang haram disentuh dan dimakan oleh penganut Islam seperti Sunni dan Syiah dan penganut Yahudi seperti Ortodoks, Konservatif, Heredi dan Pembaharuan. Ianya juga haram untuk segelintir penganut Kristian seperti mazhab Seventh-Day Adventist (SDA). Pengharaman ini adalah disebabkan atas faktor kebersihan.

Namun ianya tetap binatang ciptaan Allah s.wt. Tidak ada masalah dan tidak berdosa untuk penganut Islam dan Yahudi melihat babi yang lalu depan mata mahupun melihat kawan bukan Islam dan Yahudi memakan babi. Tidak ada masalah dan tidak berdosa untuk penganut Islam dan Yahudi mendengar bunyi babi di dapam kandang.

Jadi, mengapa segilintir daripada kita begitu takut dengan babi? Mengapa menghina binatang ciptaan Allah s.w.t? Bukankah jika kita menghina babi sama seperti kita menghina ciptaan Allah s.w.t? Jika penganut Islam dan Yahudi terpegang babi, bukankah ada cara untuk membersihkan (menyamakkan) diri mengikut cara-cara yang telah ditetapkan? Bukankah ianya ada diajar dalam kelas agama? #KoSekolahTak

Adalah menjadi hak orang bukan Islam dan Yahudi untuk makan sup babi, daging babi, sinalau bakas, mi babi, nasi lemak babi, bak kut teh dan sebagainya. Tiada siapa yang memaksa kamu memakan babi. Jadi, siapakah kita yang hendak menghalang mereka memakan babi?

Bukankah kita diajar tentang “lakum dinukum wali yadin” yang bermaksud “bagimu agamamu dan bagiku agamaku”? Kenapa begitu susah kita menghormati hak agama lain? Kalau kita inginkan agama kita dihormati, adalah harus untuk kita menghormati agama lain.

READ ALSO  Maszlee Says to Chinese Community : Unfair For Chinese Voters to Punish Pakatan Harapan - The ‘Rakyat’ Needs To Give PH A Chance

PERANGAI MACAM BABI! Sebentar……… Babi tidak menyalahkan manusia tetapi kenapa manusia suka menyalahkan babi? Kamu kata perangai macam babi tetapi apa dosa babi? Pernahkah babi memberi rasuah? Pernahkah babi membuang bayi baru lahir? Pernahkah babi mengkhianati pengundi? Pernahkah babi rampas tanah NCR? Pernahkah babi memainkan isu perkauman?

Kalau tidak pernah, jadi siapa yang lebih teruk dari babi? Kenapa takut dengan apa-apa yang dikaitkan dengan babi tetapi langsung tidak takut dengan apa-apa yang dikaitkan dengan rasuah?

Bila orang lain menyambut Tahun Babi, kamu marah. Bila orang lain jual nasi lemak babi, kamu marah. Bila orang lukis kartun babi, kamu marah. Bila orang membela babi di rumah, kamu marah. Bila orang tengok cerita babi (Peppa Pig, Angry Bird, Sing & Pig), kamu marah. Persoalannya, siapa paksa kamu makan, dengar dan tengok apa-apa yang berkaitan dengan babi? Kamu ada otak, kamu ada akal, kamu ada pilihan tetapi kenapa tidak boleh berfikir dengan waras?

Jadi, apa dosa babi? BABI here, BABI there, everywhere BABI! Why so SI BEH DU LAN with BABI? #ApaSalahBabi

Source : Abdul Aziz Isa

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

five − two =

Most Popular

To Top