News

Pengamal Undang-Undang – RoS Jangan Takut Untuk Tolak Rayuan UMNO

Isu kelulusan pindaan Perlembagaan UMNO semakin hari semakin dekat dengan garis penamatnya. Ia menggamit beberapa pengamal undang-undang untuk mengemuka pandangan bebas dan neutral.

Jika kita lihat kronologinya, ROS sendiri pada tahun 2021 ketika UMNO mengambil keputusan untuk menangguhkan pemilihan parti selama 18 bulan sudah menyatakan bahawa MKT pada ketika itu adalah ‘caretakers’ sahaja yang boleh menjalankan kerja-kerja pentadbiran dan bukan perubahan substantif seperti meminda perlembagaan. Rujuk Fasal 10.17 dan 15.3 Perlembagaan UMNO.

Jika dibenarkan pindaan perlembagaan oleh caretaker, maka caretaker secara teorinya boleh berkuasa selama-lamanya sebab boleh meminda perlembagaan untuk menghalang pemilihan. Risiko jika ROS meluluskan ia akan menjadi kes pertama yang akan menjadi rujukan pertama pertubuhan politik lain.

Status UMNO juga jauh berbeza dengan MCA. MCA meminda perlembagaan mereka semasa Majlis Tertinggi mereka mempunyai kuasa yang sah, dah pohon sejak 2019.

MKT UMNO ingin meminda perlembagaan dengan status caretakers. Ini salah dan jauh berbeza. Situasi UMNO lebih serupa seperti Warisan. Pemimpin Warisan yang sebagai caretakers juga cuba untuk meminda perlembagaan tetapi tidak dibenarkan oleh ROS dan diminta untuk menjalankan pemilihan. ROS harus bertindak berlandaskan fakta dan perundangan.

UMNO pula tidak memiliki sebarang akta dalam perlembagaan parti mereka untuk menangguhkan pemilihan lagi. Hal ini disebabkan Fasal 10.16 dalam perlembagaan UMNO hanya memperuntukkan MKT UMNO berhak menangguhkan pemilihan di peringkat Majlis Tertinggi, Bahagian dan Cawangan tetapi tidak boleh lebih daripada 18 bulan dari tarikh sepatutnya.

Dari sudat perundangan ROS tidak punya alasan untuk meluluskan pindaan Perlembangan UMNO. Sewajarnya UMNO harus merujuk perkara ini kepada Peguam UMNO sendiri untuk menilai kemunasabahannya.

Noor Mousa Bin Azadin PENGAMAL UNDANG-UNDANG

1 Comment

1 Comment

  1. gralion torile

    August 10, 2022 at 6:22 am

    You got a very excellent website, Gladiola I found it through yahoo.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Most Popular

To Top