News

Pengeluaran RM 10 000 KWSP Sebanyak RM 145 Billion : Mengapa Muhyiddin Yassin Bukannya Najib Razak ?

Setakat ini terdapat 14,587,811 jumlah ahli EPF dan daripada jumlah ini 7,626,262 merupakan pencarum aktif.

Sekirannya kerajaan menerima cadangan Najib untuk membenarkan ahli EPF mengeluarkan sebanyak RM 10 000 daripada akaun 1 maka 14,587,811 akan berjumlah sebanyak RM 145 Billion.

Jika kita mengambil angka daripada pencarum aktif sahaja juga akan berjumlah sebanyak RM 76 Billion.

Sebenarnya idea pengeluaran EPF untuk membantu rakyat bukanlah daripada Najib tetapi Muhyiddin Yassin sendiri melalui pakej prihatan i-Lestari KWSP yang melibatkan peruntukan sebanyak RM40 bilion yang membenarkan pengeluaran bulanan dari akaun 2 KWSP.

Cuma bezanya Najib cuba bersifat lebih populis dan meminta kerajaan membenarkan pengeluaran sebanyak RM 10 000 yang akan menelan belanja sekitar RM 76 – 146 Billion walaupun kerajaan sedia ada sudah memperuntukkan sebanyak RM 40 Billion dalam pakej prihatan i-Lestari KWSP .

Dalam pada itu , KWSP mengumumkan jumlah keuntungan bagi tiga bulan Suku ke-2 2020 ialah sebanyak RM15.12 bilion.

Ada pula suara kerajaan tidak mahu menerima cadangan ini kerana dikatakan wang dalam KWSP sudah lesap. Ada pula yang mengatakan KWSP RM929.64 billion. Realitinya RM 929.64 billion adalah dalam bentuk aset dilabur.

Analoginya ibaratkan dalam bank akaun peribadi anda memiliki sebanyak RM 15 ribu tetapi aset rumah anda bernilai RM 900 ribu. Keadaan ini tidak menandakan aset peribadi atau status kewangan anda lesap. Keadaan ini hanya menandakan anda perlu untuk menjual aset ( rumah ) anda baharu akan terdapat kecairan sebanyak RM 900 ribu.

Oleh itu , hujah KWSP bernilai RM 924.64 billion adalah tidak logik. Hujah ini adalah perpepsi kepentingan politik pihak tertentu demi populariti mereka. Bagaimana keuntungan dari segi kecairan sebanyak RM 15.12 billion mampu menampung belanja sekitar RM 76 – 146 Billion ? Jika hendak cairkan aset sekali pun akan mengambil banyak masa dan pelbagai lagi faktor sebelum sesuatu aset itu mampu dicairkan.

READ ALSO  Anwar Confident Can Form Govt With Support From Disgruntled MPS From ‘Other Side’ - Pakatan Harapan Has The Numbers

KWSP Tetapkan RM228,000 Sasaran Simpanan Minimum Umur 55 Tahun dan daripada angka ini seseorang hanya mampu untuk menanggung kos hidup sebanyak 20 tahun. Namun begitu , 70% daripada ahli bawah umur 54 tahun memiliki kurang daripada RM 50 000 dalam akaun mereka. Jumlah ini hanya akan mampu menampung kos kehidupan mereka selepas persaraan kurang daripada 5 tahun.

Apakah akan terjadi sekirannya kini lebih daripada 70% memiliki kurang daripada RM 50 000 daripada akaun mereka dan sebelum ini kerajaan sudah pun membenarkan pengeluaran sebanyak RM 6000 dan kini pula sekali lagi dibenarkan pengeluaran sebanyak RM 10 000 ?

Kita perlu tahu bahawa Muhyiddin Yassin bukannya Najib Razak. Najib ketika berkuasa sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan maka beliau menggunakan wang DALAM Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) untuk melabur lebih RM3 bilion keatas 1MDB dan anak – anak syarikatnya. Menurut Sarawak Report pula , Najib telah menggunakan sebanyak RM 10 Billion daripada KWSP untuk kegunaan 1MDB dan peribadi.

Najib Looted RM 10 Billions In Bonds From EPF ( KWSP ) And Pass RM 4 Billions of Dollars Into Accounts Controlled by Proxies

Muhyiddin Yassin tidak pun mengambil satu sen pun daripada KWSP. Beliau menggunakan KWSP dengan projek prihatin rakyat sebanyak RM 40 billion kepada rakyat. Najib pula menggunakan wang dalam KWSP untuk 1MDB dan diri sendiri.

Muhyiddin Yassin sanggup hilang kuasa sebagai Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Menteri Malaysia suatu ketika dahulu untuk menentang cara bagaimana Najib menggunakan wang rakyat dalam isu KWSP dan 1MDB.

Jika cadangan Najib adalah benar – benar realistik dan baik maka tiada alasan beliau akan menentangnya sedangkan idea pengeluaran I Lestari adalah ideanya sendiri.

READ ALSO  Najib-Zahid Is Using Melayu Lawan Melayu To Oppose Budget 2021 For Ousting Muhyiddin & Make Anwar PM9

Namun begitu , segala – galanya perlulah secara logik akal dan rasional dan bukannya ikut emosi untuk menjanjikan sesuatu yang tidan mungkin dilakukan.

Cadangan dan janji siapa pun boleh lontarkan seperti ‘Style’ Pakatan Harapan tetapi akhirnya kata janji bukannya kitab suci. Pelaksanaan yang realistik pula adalah isu yang berbeza. Lebih mudah mencadangkan daripada melaksanakan.

14.6 Million EPF Account 1 RM 10 000 Withdrawal With Requires RM 146 Billion & 70% of Its Members Have Less Than RM50,000 In Their Savings

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

four × three =

Most Popular

To Top