News

Cara Permohonan & Link Pengeluaran Wang KWSP RM10,000 Secara “One-Off”

Berita baik buat seluruh rakyat Malaysia kerana pihak kerajaan Malaysia telah bersetuju untuk meluluskan pengeluaran wang simpanan KWSP RM10,000 dikala ramai rakyat yang terkesan teruk dari segi ekonomi akibat daripada penularan wabak Covid-19.

Kerajaan sebelum ini membenarkan pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui tiga skim iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra berjumlah RM101 bilion, melibatkan 7.34 juta pencarum sejak pandemik COVID-19 melanda negara dua tahun lalu.

Permohonan untuk pengeluaran khas RM10,000 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan dibuka kepada ahli di bawah umur 55 tahun akan bermula 1 April ini dan berakhir pada hujung bulan depan.

KWSP dalam satu kenyataan berkata, tempoh pembayaran akan dilaksanakan bermula 20 April 2022.

Untuk melakukan semakan baki KWSP terkini anda, sila rujuk langkah berikut:

Login ke i-Akaun KWSP : https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login

Pergi ke menu Account
Klik pada ‘Penyata Tahun Semasa / Tahun Sebelumnya’
Klik View Details
Maklumat akan dipaparkan seperti di bawah.

“Ahli dibenarkan untuk mengeluarkan jumlah maksimum sebanyak RM10,000 dan minimum RM50, selain perlu mengeluarkan baki simpanan dalam Akaun 2 mereka dahulu sebelum mengakses simpanan dalam Akaun 1.

Klik Mohon Sekarang

Isi Nombor IC & Nombor Telefon anda.

Klik Teruskan dan masukkan Nombor OTP atau Soalan Keselamatan.

Letak AMAUN PILIHAN PENGELUARAN anda.

Skrin akan paparkan jumlah maksimum yang anda boleh keluarkan.

Taip Amaun Pilihan Pengeluaran.

Klik Teruskan.

Isi lengkap Maklumat Pemohon, Maklumat Pembayaran dan kaji selidik, tekan Teruskan.

Tekan Hantar. Selesai!

Link Pengeluaran Khas KWSP – Klik DI SINI

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Most Popular

To Top