News

Sejarah Penubuhan Parti GERAKAN Rakyat Malaysia – Perjuangan , Falsafah & Ideologi

Sejarah Penubuhan Parti Gerakan Rakyat Malaysia

Idea penubuhan GERAKAN sebenarnya lahir daripada kehendak Dr Lim Chong Eu dan Dr Tan Chee Khoon yang berhasrat menubuhkan sebuah parti bersifat bukan perkauman yang tunggal. Bagi Tan Chee Khoon , sebuah negara yang adil adalah sebuah negara yang mengutamakan suara rakyat. Oleh itu , sebarang tuntutan politik oleh anggota masyarakat seharusnya disampaikan kepada kerajaan melalui wakil rakyat mereka dalam Dewan Parlimen dan bukan menggunakan pendekatan yang bercorakkan kekerasan seperti permogokan dan demonstrasi. Bagi Lim Chong Eu , beliau percaya kepada politik yang bersifat sederhana.

Lim Chong Eu dan Tan Chee Khoon berpendapat kerjasama semua kaum dalam sebuah parti politik harus diwujudkan. Harapan mereka adalah semua masalah kaum dapat diatasi melalui toleransi dalam parti tanpa memperbesarkannya secara terbuka.

Pada permulaan , Chong Eu dan Chee Khoon bersungguh – sungguh cuba mendapatkan kerjasama daripada DAP dan PPP. Bagaimanapun , hasrat mereka itu tidak kesampaian apabila cadangan tersebut ditolak oleh kedua – dua parti ini kerana tidak yakin bahawa kesemua parti pembangkang boleh disatukan dalam sebuah parti yang tunggal. Sebaliknya , DAP dan PPP percaya kerjasama dalam kalangan parti pembangkang hanya boleh dilakukan melalui pembentukan electoral pact dalam pilihan raya umum 1969.

Sehubungan itu , Chee Khoon telah mengutarakan masalah ini kepada sahabat baiknya di Universiti Malaya iaitu Prof Syed Hussein Al-Attas. Dalam pertemuan itu , mereka berdua berbincang secara panjang lebar mengenai perjalanan politik tanah air dan akhirnya sepakat menubuhkan sebuah parti yang berteraskan ideologi politik fahaman yang bukan bersifat perkauman dan berteraskan kepada politik perjuangan kesederhanaan.

Syed Hussein Al-Attas , Chong Eu dan Chee Khoon berusaha mencari sokongan daripada pelbagai lapisan masyarakat yang terdiri daripada golongan Intelektual , golongan pekerja , peniaga kecil dan pelbagai latar belakang. Setiap hari mereka terpaksa bertungkus lumus ke merata – rata tempat untuk menerangkan perjuangan parti politik mereka dengan harapan mendapat sokongan sebanyak mungkin daripada anggota masyarakat.

Oleh itu , Chong Eu cuba mencari sokongan masyarakat Cina khususnya di negeri Pulau Pinang dan Chee Khoon pula giat menghubungi bekas anggota Parti Buruh dan pemimpin kesatuan sekerja serta golongan kelas pekerja di sekitar Selangor demi mendapatkan sokongan mereka. Begitu juga dengan Syed Hussein Al-Attas , V.David dan V. Veerappan yang masing – masing cuba mendapat sokongan daripada masyarakat Melayu dan India.

READ ALSO  Cathryn Li 李元玲 Throwing A Tantrum & Storms Out Of Live Interview After Losing Her Cool

Susulan daripada peristiwa itu , bekas pemimpin parti Buruh , ahli – ahli akademik , golongan profesional dan pemimpin kesatuan kerja telah mengadakan satu pertemuan di Ruman Tan Chee Khoon yang beralamat No3 Jalan Freeman , Kuala Lumpur untung membincangkan butir – butir mengenai sebuah penubuhan parti baharu dan bukan bersifat perkauman.

Dalam mesyuarat tersebut , Syed Hussein Al-Attas telah mencadangkan beberapa nama seperti The Malaysian National Party , People Party dan Malaysian People Movement.

Akhirnya , nama Malaysian People Movement atau Gerakan Rakyat Malaysia dan ringkasnnya GERAKAN dipilih sebulat suara dalam mesyuarat tersebut.

Mereka berharap GERAKAN dapat menjadi kuat di Pulau Pinang , Perak , Selangor , Melaka dan Negeri Sembilan.

Gerakan pula memilih menggunakan logo segi tiga sebagai lambang parti yang melambangkan perpaduan di antara tiga kaum utama di negara ini yang menjadi dasar perjuangan GERAKAN. Lanjutan daripada itu , simbol GERAKAN diputuskan mempunyai 5 batang anak padi emas dalam sesebuah gambar berbentuk segi tiga berwarna merah dan berlatarkan warna hijau.

Seorang peguam bernama Veerappan telah dipilih untuk mendrafkan Perlembangaan GERAKAN dan menulis sebuah teks pengumuman pengistiharan bagi menerangkan sebab – sebab penubuhan GERAKAN. Syed Hussein Al-Attas dan Tan Chee Khoon pula merangka objektif GERAKAN. Antara objektif utama kerjasama antara semua kaum dalam sesebuah parti dapat dicapai demi mencapai kestabilan politik , keadilan dan kemakmuran bersama.

Mengikut salah seorang pengasas awal GERAKAN iaitu Wang Gungwu

” Kerumitan dan kesurakan memanglah banyak dan kita tidak boleh menganggap keajaiban akan berlaku dalam 10 tahun , tetapi kita mestilah senantiasa beringat bahawa Malaysia tetap akan menjadi sebuah negara berbilang bangsa dan beraneka kebudayaan dan matlamat kita bukanlah menukarkan asas negara kita tetapi ialah untuk menempa dan membentuk satu rangka kenegaraan dengan mana semua rakyat akan menjadi taat dan setia.”

Pemimpim – pemimpin GERAKAN mengharapan semua masalah perkauman yang meliputi aspek politik , ekonomi dan sosial dapat diatasi melalui penubuhan parti GERAKAN.

READ ALSO  Anwar Ibrahim : Pakatan Harapan Won’t Approach Mahathir Again

Tunku Abdul Rahman pada ketika itu bersetuju bahawa penubuhan parti GERAKAN adalah satu tindakan yang tepat. Pendirian Tunku Abdul Rahman turut disokong oleh Presiden MCA Tan Siew Sin dan Presiden PAS iaitu Dato Mohd Asri. Bagi Tan Siew Sin , penubuhan GERAKAN adalah satu lumrah dalam dunia politik dan beliau rasa gembira kerana lebih ramai orang akan mengambil bahagian dalam politik tempatan. Mohd Asri pula melihat GERAKAN sebagai sebuah parti yang berjuang mengikut lunas – luanas perlembagaan negara.

Kepimpinan GERAKAN pada awalnya juga cuba untuk mendapat sokongan daripada Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia ( MTUC ). Namun kemudiannya MTUC bertindak untuk tidak bersama – sama dengan parti GERAKAN kerana mahu menjadi neutral. Namun begitu , disebabkan penampilan GERAKAN yang dilihat sebagai Pembela Nasib Kelas Pekerja dan golongan bawahan dalam masyarakat telah mendorong beberapa pemimpin kesatuan sekerja pada ketika itu untuk menyokong perjuangan parti GERAKAN. Bagi mereka , GERAKAN adalah medium terbaik untuk memperjuangkan dan melindungi golongan pekerja.

Pada malam 14 April 1968 , satu mesyuarat khas diadakan di rumah Tan Chee Khoon. Dalam mesyuarat tersebut , Syed Al-Attas mencadangkan sedikit perubahan pada warna logo , simbol dan bendera parti. Baginya , bentuk segitiga dalam simbol parti harus berwana putih kerana keputihan menunjukkan bebas daripada unsur – unsur rasuah manakalah bendera parti perlu berwana merah sebagai tanda melambangkan sifat keberanian parti GERAKAN.

Syed Hussein Al-Attas pula dilantik sebagai Pengerusi GERAKAN. Perjuangan GERAKAN menyokong usaha Syed Hussein Al-Attas yang memperjuangkan isu masalah kemunduran masyarakat Melayu disamping menjaga kebajikan kaum – kaum lain.

Pada ketika itu , hampir kesemua kepimpinan utama parti terdiri daripada golongan akademik , profesor , profesional , doktor , peguam , pensyarah , pegawai eksekutif , pemimpin kesatuan sekerja dan pegawai bank.

Dr Lim Chong Eu pada ketika itu tidak mahu melihat GERAKAN dilabelkan sebagai sebuah parti bersifat penang based dan mahu GERAKAN menjadi platform baharu bagi meneruskan agenda politiknya yang bercorak bukan perkauman.

Pada petang 15 April 1968 , satu pertemuan besar – besaran telah diadakan bagi pelancaran penubuhan GERAKAN di Auditorium MARA , Jalan Tunku Abdul Rahman , Kuala Lumpur. Gungwu ditugaskan untuk memberi ucapan dalam bahasa Melayu , Inggeris dan Cina manakala David pula menterjemahkan ucapa beliau dalam bahasa Tamil.

READ ALSO  Shafie Apdal’s Legacy: Warisan Shafie Covid-19 Cluster In Sabah - Spreads From Sabah To Every Other State In 10 Days

Dalam majlis yang sama , Syed Hussein Al – Attas dalam ucapan dasarnya sebagai Presiden GERAKAN telah menerangkan secara panjang lebar 18 rancangan besar GERAKAN. Antaranya adalah mencapai sebuah negara yang mana semua rakyat mempunyai sumber pendapatan yang sewajarnya melalui satu sistem ekonomi yang tidak akan mengakibatkan terkumpulnya kekayaan yang tidak seimbang , menghormati dan mempertahankan peraturan politik bercorak demokrasi berpelembagaan , berjuang untuk memastikan hak petani – petani terbela , mengalakkan usaha melindungi kelas golongan pekerja , memberi perhatian serius terhadap kesempitan hidup rakyat , mementingkan soal kemunduran masyarakat Melayu dan melahirkan satu identiti kebangsaan Malaysia demi mencapai sebuah masyarakat yang aman , damai dan harmoni .

Rumusan

  1. Perpaduan Pelbagai Bangsa
  2. Mengutamakan Suara Rakyat ( Falsafah Dr Tan Chee Khoon ) – Nama Parti Malaysian People Movement
  3. Politik Yang Bersifat Sederhana. ( Falsafah Dr Lim Chong Eu )
  4. Perjuangan Politik Mengikut Lunas Perlembagaan Negara – ( Kepercayaan Presiden PAS Mohd Asri Terhadap GERAKAN )
  5. Pembela Nasib Kelas Pekerja ( M40 ) dan Golongan Bawahan Dalam Masyarakat ( B40 )
  6. Fokus Kepada Kemiskinan , Kemunduran , Sumber Pendapatan , Kesempitan Hidup Dan Ekonomi Rakyat ( Syed Al – Attas )
  7. Menolak Rasuah ( Simbol Putih Dalam Logo Parti ) – Satu – Satunya parti di Malaysia dimana penciptaan simbol parti yang menolak rasuah
  8. Demokrasi Berpelembagaan – Salah Satu Rancangan Besar Penubuhan Awal GERAKAN
  9. Menghomati Semua Bahasa – ( Majlis Perlancaran Penubuhan GERAKAN 15 APRIL 1968 Dalam 4 Bahasa dan satu – satunya parti dimana logo adalah dalam 3 bahasa )
  10. Kestabilan Politik – Salah Satu Objektif Utama Penubuhan GERAKAN
  11. Identiti Kebangsaan Malaysia Yang Ditunjangi Oleh Kepimpinan Melayu ( Syed Hussien Al Atas dilantik sebagai Presiden Parti walaupun Dr Tan Chee Khoon dan Dr Lim Chong Eu merupakan pengasas paling awal )
  12. Perjuangan Kepentingan dan Perkembangan Keusahawanan SME ( golongan peniaga kecil meruapakan antara golongan yang disasarkan untuk masuk parti GERAKAN pada awal penubuhan )
  13. Transformasi Dan Kepentingan Pendidikan ( Parti Ini Ditubuhkan Oleh Golongan Intelektual , Profesor , Pensyarah dan ramai yang memiliki ijazah Doktor Falsafah )

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

four × 4 =

Most Popular

To Top