News

Stay Safe : TNB To Shut Down 333 Electric Substations In KL , Selangor , Malacca , Negeri Sembilan & Pahang – Make Sure Your Power Bank & Phone Charged

Seperti yang kita tahu, beberapa negeri di Semenanjung Malaysia dilanda bencana banjir susulan hujan lebat berterusan yang berlaku beberapa hari kebelakangan ini.

Oleh itu, Tenaga Nasional Berhad (TNB) bertindak menutup sementara 433 pencawang elektrik di negeri-negeri terjejas. Menurut laporan Bernama, TNB mengambil langkah berkenaan atas faktor keselamatan ekoran bencana banjir yang berlaku.

Penutupan sementara itu melibatkan tujuh buah pencawang di negeri Kelantan, 10 pencawang di Melaka, 17 pencawang di Negeri Sembilan dan 45 pencawang di Kuala Lumpur. Manakala ratusan pencawang terpaksa ditutup sementara waktu di negeri Pahang dan Selangor atas faktor keselamatan, masing-masing berjumlah 137 dan 117 pencawang.

Source : Harian Metro

Tenaga Nasional Berhad (TNB) menutup sementara 333 pencawang elektrik atas faktor keselamatan membabitkan lokasi di negeri Pahang, Kelantan, Selangor, Kuala Lumpur, Melaka dan Negeri Sembilan berikutan banjir yang melanda sejak semalam.

Menerusi satu kenyataan hari ini, TNB berkata, sebanyak 137 pencawang ditutup di Pahang, Kelantan (tujuh), Selangor (117), Kuala Lumpur (45) Melaka (10) dan Negeri Sembilan (17).

Hingga 12 tengah hari tadi, penutupan itu membabitkan 17,251 pengguna di Pahang, Selangor (5,062), Kuala Lumpur (4,450), Melaka (634), Kelantan (470) dan 284 pengguna di Negeri Sembilan.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berpuas hati dengan kesiapsiagaan TNB dalam usaha yang berterusan menjaga bekalan elektrik dan memastikan keselamatan orang ramai dalam menghadapi bencana banjir.

“Terima kasih kepada warga kerja barisan hadapan TNB yang bertungkus lumus di lapangan dan saya berharap orang ramai dapat memberi kerjasama dengan mematuhi langkah-langkah keselamatannya,” katanya.

Menurutnya, penutupan pencawang elektrik ketika banjir dilakukan demi keselamatan pengguna dan TNB sentiasa berusaha memulihkan bekalan dengan mengambil kira aspek keselamatan pengguna dan pekerja TNB.

“TNB juga menasihati pengguna di kawasan banjir untuk sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa sekiranya diminta berpindah dan menghubungi TNB Careline di talian 15454 jika ada pepasangan TNB, pihak berkuasa tempatan (PBT) mahupun Jabatan Kerja Raya (JKR) yang beralih atau tumbang.

“Sentiasa jauhkan diri daripada menghampiri tiang elektrik, pepasangan elektrik dan kabel elektrik termasuk yang bersalut dengan penebat yang ditenggelami air.

“Semua ini mungkin masih mempunyai arus bekalan elektrik dan boleh menyebabkan risiko renjatan,” katanya.

Katanya, orang ramai dinasihatkan berhati-hati ketika menggunakan peralatan elektrik jika premis mereka dinaiki air.

Menurutnya, elakkan menyentuh alat elektrik atau suis dengan tangan yang basah dan lembap kerana ia boleh menyebabkan renjatan elektrik.

“Selepas banjir surut, pengguna disaran untuk mendapatkan khidmat kontraktor pendawaian yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga bagi memeriksa pendawaian di dalam premis mereka yang dinaiki air.

“TNB memahami kesukaran yang dialami para mangsa banjir, namun keselamatan mereka tetap menjadi pertimbangan utama dalam proses pemulihan bekalan tenaga apabila air surut.

“Terima kasih atas persefahaman dan kesabaran masing-masing untuk membolehkan TNB mengambil langkah-langkah perlu demi memastikan keselamatan terjamin sepanjang proses pemulihan bekalan,” katanya.

Disband NADMA And Sack The Highly-Paid PPBM Minister : Why Waste Taxpayer Money To Pay Head Of NADMA Abdul Latiff RM 89000 Salary Every Month?

7 Comments

7 Comments

  1. נערות ליווי בתל אביב

    December 20, 2021 at 1:45 am

    למעשה, שימוש באמצעים מלאכותיים לטובת עיכוב השפיכה, לא באמת נותן מענה ממוקד ואמיתי לשורשי הבעיה, אלא מוסיף סיבוכיות מיותרת לחוויה המינית והופך את קיום יחסי המין למסורבל יתר על המידה – כך שמה שהתחיל בתור בעיה של רגישות יתר במיטה עשוי להפוך לבעיה אמיתית של חוסר תחושה, אימפוטנציה ואין אונות אמיתית. נערת ליווי פרטית

  2. Takipçi satın al

    December 20, 2021 at 11:50 pm

    Hey there are using WordPress for your site platform? I’m new to the
    blog world but I’m trying to get started and create my own.
    Do you require any coding expertise to make your own blog?
    Any help would be greatly appreciated!

  3. takipçi satın al

    December 21, 2021 at 12:37 am

    Fascinating blog! Is your theme custom made or did
    you download it from somewhere? A theme like yours with a few simple adjustements would
    really make my blog shine. Please let me know where you got your theme.
    Thank you

  4. Skidson

    January 3, 2022 at 5:12 am

  5. Skidson

    January 14, 2022 at 1:12 pm

    speak now on the fantastic multiplayer game skidson.online

  6. Skidson

    January 14, 2022 at 1:44 pm

    speak now on this awesome flash game click

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Most Popular

To Top