News

SYA Menjawab Hujah Sharir Samad Yang Terlibat Dalam Skandal IMDB -FELDA Mengenai TSMY Adalah PM Yang Paling Lemah Dalam Sejarah Negara

Saya ditanya mengapa perlu saya hujahkan bahawa TS Muhyiddin Yasin adalah PM yang paling lemah dalam sejarah negara.

Kepimpinan lemah tidak membawa kebaikan bagi rakyat dan negara ketika rakyat berhadapan dengan kesan mencabar terhadap kehidupan mereka. Dari segi kesihatan awam, rakyat bertuah kerana sistem kesihatan awam negara telah terbina kukuh bertahun lamanya sehingga mampu mengatasi sistem kesihatan awam negara-negara maju.

Namun, rakyat dan negara perlu juga kepada kestabilan politik supaya ekonomi rakyat dan negara mampu bertahan kesan buruk wabak COVID 19 dan mampu meningkat kembali apabila wabak itu dapat diredakan.

Kesilapan TS Muhyiddin dan rakan-rakan politiknya menasihatkan YDPA untuk mengistiharkan darurat kononnya kerana inilah caranya negara bolih mengatasi wabak COVID 19 telah sebenarnya membuka kelemahan kerajaan PN itu sendiri.

Ianya suatu tindakan yang ‘desperate’ dan mendedahkan kelemahan kumpulan penasihat dan perancang TS Muhyiddin, ‘inner circle’nya dan jemaah menteri PN.

Keputusan untuk diistihar darurat sudah cukup memerlukan TS Muhyiddin meletakkan jawatan kerana pentadbir semasa darurat tidak perlu baginya kekal sebagai PM!

Siapalah yang menasihat TSMY untuk menyembahkan nasihat ini kepada YDPA? Saya dengar ramai peguam2 yang rapat dengan PPBM dan komponen PN yang telah terlibat menasihat TSMY.

Apabila nasihat TSMY ditolak oleh YDPA, sekali lagi terdedah kelemahan kepimpinan TSMY sebagai PM dan lagi mengukuhkan sebab TSMY sepatutnya meletakkan jawatannya sebagai PM.

Seterusnya, kerajaan PN terpaksa berhadapan pula dengan Dewan Rakyat untuk meluluskan Bajet 2021nya. Sekarang Bajetnya itu mendapat pula ‘talian hayat’ dari YDPA yang bertitah agar Bajet 2021 dilulus oleh Dewan Rakyat.

Dah terbongkar lagi kelemahan kepimpinan kerajaan PN dibawah TSMY!
Keempat, apabila saranan DS Najib selaku Pengerusi BNBBC untuk menyokong Bajet 2021 secara bersyarat sehingga menimbulkan polemik ‘hikayat PGL’ olih wakil rakyat PN-PAS dan keangkuhan Ketua Eksekutif KWSP, TSMY dan PN sudah berdepan dengan keadaan ‘kalah – kalah’ umpama ‘ditelan, mati emak, dibuang,..’.

READ ALSO  Master of Divide & Rule : How Mahathir Uses Khat & Zakir To Weaken DAP’s Grip of 95% of the Chinese Vote Bank & Split PKR Into 2 Factions

Ditolak saranan BNBBC pun susah, diterima pun lagi kelihatan lemah PN.
Tidak adil bagi rakyat dan negara terpaksa mendokong kepimpinan kerajaan yang lemah setelah baru 30 bulan dahulu je, mandat rakyat melalui PRU 14 tidak akhirnya membawa kepada kebaikan dan munafaat untuk mereka!

Memang tepat permintaan awal-awal UMNO-BN pada Mac lepas bahawa jalan yang terbaik ialah untuk kembali balik kepada mandat rakyat.
UMNO-BN bersabar dan sanggup meletak tepi keresahan menyokong mereka yang pernah mengkhianati UMNO untuk mereka pula duduk sebagai pemerintah.

Sudah tahu dengan pasti mereka itu mudah mengkhianati kawan dan perjuangan, sekarang jangan bertolak ansur lagi.

Mungkin kah boleh ‘pengkhianat’ bersifat ikhlas?

Hanya mandat rakyat yang mampu menyelamat rakyat dan negara dari kelemahan kepimpinan negara hari ini. – Sharir Samad

SYA Menjawab Hujah Sharir Samad Mengenai TSMY Adalah PM Yang Paling Lemah Dalam Sejarah Negara

Kekuatan seseorang individu tidak seharusnya dinilai dari segi apabila seseorang pemimpin memiliki majoriti. Kekuatan yang sebenar datangnya ketika seseorang itu berhadapan dengan pelbagai kelemahan dan cabaran. Perpatah Bahasa Inggeris berbunyi ” Tough Times Don’t Last , Tough People Do”. Oleh itu , semantik yang lebih tepat adalah TSMY merupakan seorang pemimpin yang berada dalam keadaan dan situasi yang paling lemah dan bukannya individu yang paling lemah.

Pakatan Harapan yang memiliki majoriti sebanyak 26 kerusi pada PR 14 juga akhirnya tumbang berbanding dengan kepimpinan TSMY yang memiliki 2 majoriti tetapi sampai hari ini belum lagi tumbang. Kepimpinan WARISAN yang memiliki angka majoriti lebih kukuh berbanding TSMY juga akhirnya tumbang.

Bagaimana seseorang individu lemah yang dikatakan hanya memiliki kelebihan 2 majoriti mampu untuk bertahan sehingga ke saat ini ? Ada kalanya angka yang sedikit hanya mampu menunjukkan kekuatan seseorang individu. Walaupun SPARTAN 300 akhirnya tewas tetapi angka sekecil ini mampu bertahan lama dan pihak lawan kehilangan 20000 tentera. Adakah ini menandakan SPARTAN itu lemah ?

READ ALSO  Tun Daim : Nilai Ringgit Jatuh Kerana Menteri PH "Bodoh" - “ Jangan Kacau Rakyat ”

Isu Kestabilan Politik

Sharir Samad adalah antara orang yang paling tidak layak untuk berbicara tentang soal kestabilan politik apabila beliau dalam kumpulan organisasi tertentu yang hendak menghuru – harakan kestabilan politik negara demi kepentingan peribadi dengan menyokong Anwar Ibrahim sebagai PM9 apabila negara sedang berhadapan dengan Covid – 19.

Darurat Negara

Terlebih dahulu kita perlu bincang tentang langkah rampasan kuasa “Kluster Mahkamah” yang menghina institusi Raja dan Perlembagaan negara kita apabila gagal untuk membuktikkan sebarang majoriti baharu kita memulakan perbincangan mengenai Darurat Kesihatan. Siapakah punca dalam isu ini ?

Isu Gila Kuasa

Darurat kesihatan bukan satu pendekatan gila kuasa tetapi lebih kepada pendekatan hilang kuasa. Naratif istihar darurat adalah demi kuasa merupakan satu political spin oleh pihak lawan.

Realitinya kita perlu ada pakar undang – undang untuk mengetahui bahawa Darurat adalah satu pentanda serah kuasa. Hal ini disebabkan ketika darurat Agong merupakan individu yang paling berkuasa.

Pelaksanaan darurat politik di negara ini memberi kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustaffa Billah Shah untuk meneruskan jentera pentadbiran kerajaan. Inilah yang sebenarnya termaktud dalam perlembagaan negara mengenai kuasa pentadbiran ketika darurat.

Ketika darurat TSMY mungkin juga bukan lagi PM sebab kuasa untuk melantik sesiapa sahaja terletak pada kuasa dan budi bicara YDPA.

Keadaan ini hanya menandakan TSMY sanggup hilang kuasa dan serahkan kepada kebijaksanaan YDPA demi kestabilan negara berhadapan dengan Covid 19 berbanding dengan “Kluster Mahkamah” yang hendak merampas kuasa dengan memperjudikan nasib dan kesihatan rakyat.

Kepentingan Rakyat

Demi kepentingan rakyat TSMY tidak boleh meletak jawatan. Hal ini disebabkan sehingga hari ini tiada seorang invidu yang dikatakan memiliki majoriti yang sebenar. Semuanya kata mereka ada majoriti tetapi sehingga hari ini kerajaan TSMY masih kekal. TSMY sememangnya pada awal sudah umumkan sanggup letak jawatan dan berhadapan dengan pilihan raya namun peningkatan kes Covid 19 bukanlah satu masa yang sesuai. Letak jawatan pun kesetabilan politik tetap akan berlaku kerana tiada seorang yang memiliki sebarang majoriti.

READ ALSO  Some Government-Linked Bodies' Chairmen And Directors Are Getting Up To RM180,000 Salary Per Month

Adakah Sharir Samad mahu TSMY letak jawatan dan bubar parlimen pada ketika kes Covid masih tidak lagi terkawal? Keadaan ini menunjukkan siapa yang sebenanrya ikhlas demi kepentingan rakyat dan siapa yang menggunakan nama rakyat untuk membersihkan diri mereka daripada kes mahkamah.

ISU Budget 2021 Najib

Angka RM 42 Billion sekirannya tidak dibazirkan olehnya pada suatu ketika dahulu maka pada hari ini angka ini sudah cukup untuk menampung segala cadangan yang dibawa oleh beliau. Mengapa bukan Zahid yang bentang ? Siapa sebennarnya Presiden UMNO ? Zahid atau Najib ? Apakah MP biasa yang tidak berjawatan dalam UMNO boleh mewakili Presiden UMNO untuk bentang bajet ? Dalam isu ini siapa yang sebenarnya membuli Presiden UMNO?

Isu Rakyat

Jangan sesekali bangkit isu rakyat apabila anda sendiri terlibat dalam isu skandal Felda dan Money Laundering 1MDB yang menyeleweng wang rakyat.

Source : SYA FOR THE NATION

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

twelve + 11 =

Most Popular

To Top