News

SYA Menjawab Serangan Puad Zarkashi Terhadap Annuar Musa

Puad Zarkashi – ANUAR MUSA: THE SOLE NEGOTIATOR?

Saya mendengar temubual Annuar yang terbaru 2-3 kali. Ada perkara yang pelu diulas. Ini bukan soal pergeseran sesama sendiri. Jangan apologatik.
Annuar menjadikan UMNO terlalu defensif. UMNO macam “Bad Boy”. Kenapa perlu jadi juru cakap parti lain? Menurut Annuar tanpa PPBM, PAS tidak akan bersama UMNO.

Tetapi saya mahu fokus kepada kenyataan ini. Kata Annuar, “Kita lupa kita datang dari parti yang telah jatuh dah kalah. Bab layanan, layanan macam mana yang kita mahu”.

Betul, UMNO kalah di PRU ke 14. Tetapi UMNO menang kerusi terbanyak. Cuma UMNO gagal mencari rakan yg cukup untuk membentuk Kerajaan.
PPBM menang 13 kerusi sahaja tetapi bersama DAP, PKR, WARISAN dan PAN berjaya menubuh Kerajaan PH. UMNO mengiktiraf Kerajaan PH. Tiada darurat.

Tetapi Kerajaan PH tumbang selepas 22 bulan. Lahir kerajaan PN. Kerajaan PN adalah kerajaan baru. Dokongan bersama. Tidak timbul siapa kalah, siapa menang walaupun kerusi UMNO masih terbanyak.

Maka sebagai dokongan baru ia mesti dikongsi dengan cara yg baru. Itu yang Presiden UMNO sebut di Dewan Rakyat, tidak timbul “siapa berbudi, siapa yang terhutang budi”.

Justeru dalam bab layanan, layanan yang dimahukan ialah “kejujuran politik”. Jangan menikam di belakang. Annuar Musa tahu.
Kalau mahu dibahas, siapa kalah siapa menang, senario selepas PRU ke 14 telah berubah. UMNO menang 7 PRK. UMNO kalahkan PPBM dua kali ketika PH masih berkuasa iaitu di Semenyih dan Tanjung Piai.

UMNO mengalahkan semua parti gabungan PH kecuali PAN. UMNO mengalahkan DAP di Cameron Highland, PKR di Rantau dan WARISAN di Kimanis.

Bahkan PPBM sekarang ini didokong oleh 15 MP lompat daripada UMNO. Maka atas asas apa TSAM mahu mengatakan PPBM 2.0 ini adalah parti menang. Zaman kebanggaan PH menang PRU ke 14 sudah berakhir.

READ ALSO  Amanah MP : Mat Sabu & Mujahid Yusof Did Not Stand Out of Respect for Anwar Instructions To Follow Najib Signal

Annuar dakwa di PRN Sabah dia adalah pemain dan “the “sole negotiator”. Kalau begitu apakah Annuar mengaku dia gagal sebagai perunding UMNO.
Mana tidaknnya, 8 kerusi yang PPBM menang itu adalah kerusi yang mereka menang atas tiket UMNO pada PRU ke 14. Kenapa semua kerusi itu terlepas kepada PPBM? Itu punca masalah.

Annuar turut dedah isu calon Ketua Menteri Sabah. Kenapa Annuar menyalahkan UMNO kerana lambat umum nama calon Ketua Menteri?
Cepat atau lambat bukan alasan. Tetapi kenapa Annuar membisu apabila Muhyiddin umum Hajiji sebagai CM. Siapa yang tidak ada kejujuran politik.
Sebenarnya jangan disembunyikan semua fakta dan fakta sebenar. Presiden lebih mengetahui.

Sebab itu jangan mendahului Presiden dalam isu dasar dan taktikal. Dan jangan jadi Ketua Penerangan kepada parti lain.

SYA Jawab Serangan PUAD Zarkashi Terhadap Annuar Musa – UMNO Menang Kerusi Terbanyak

Puad Zarkashi sudah tahu kebenaran kenyataan politik Annuar Musa maka beliau sendiri mengakui tidak mahu fokus kepada isu berbangkit sekirannya UMNO tidak bersama PPBM maka PAS tidak akan bersama UMNO. Inilah isu yang paling utama. Sekirannya kata Puad Zarkashi untuk tidak berbicara tentang masa lampau maka apakah logiknya jika kita juga tidak berbicara tentang masa depan ? Apakah masa depan UMNO sekirannya tanpa PPBM maka PAS tidak akan bersama UMNO?

Menang kerusi yang terbanyak juga tidak akan dapat menjadi kerajaan. Warisan kini juga menang kerusi paling banyak di Sabah namun tetap menjadi pembangkang. DAP kini memiliki kerusi terbanyak sebanyak 42 kerusi namun masih kekal sebagai pembangkang. Inilah yang sebenarnya dimaksudkan oleh Annuar Musa. UMNO jika bersendirian dan menang kerusi terbanyak juga tidak akan membentuk kerajaan.

Walaupun UMNO menang kerusi terbanyak tetapi pasca PR 14 pada mulanya UMNO Kalah 4 Pilihan Raya Kecil.

Umno bersama PAS kalah empat pilihan raya kecil berturut-turut dengan teruk di Sungai Kandis, Seri Setia, Balakong dan Port Dickson.

READ ALSO  Hishammuddin Says “I Don’t Know Is UMNO Still With Perikatan & A Bit Unclear If Muhyiddin Has Resigned”

Walaupun sudah bergabung dan bersama dengan PAS , UMNO juga kalah dalam 4 pilhan raya kecil pasca pilihan raya. Sokongan pengundi itu senantiasa berubah. Tiada jaminan UMNO dan PAS sahaja akan mampu memenangi dalam pilihan raya akan datang. Keadaan ini belum mengambil kira pihak PAS yang kini lebih seleasa bersama dengan PPBM.

Kesemua pilihan raya yang dimenangi oleh UMNO pasca PR 14 adalah bersama PAS. Adakah UMNO masih lagi yakin sekirannya PAS tidak lagi menyokong UMNO dan undi Melayu berpecah selepas ini? Inilah pokok persoalan dan isu berbangkit yang paling utama !

SYA Jawab Serangan PUAD Zarkashi Terhadap Annuar Musa Isu Ketua Menteri Sabah

Annuar Musa sendiri sudah mengatakan bahawa pihak UMNO tidak mahu menamakan calon Ketua Menteri mereka sebelum tamatnya pilihan raya kecil negeri. Isu ini adalah lebih kepada isu kelemahan kepimpinan presiden UMNO Zahid Hamidi yang tidak konsisten. Nama calon Ketua Menteri pun tidak dapat untuk selesaikan pada awalnya dan apabila tamat pilhan raya baharu hendak merampas jawatan tersebut. Siapa yang sebenarnya tiada kejujuran dan keikhlasan politik dalam isu ini?

SYA Jawab Serangan Puad Zarkashi Terhadap Annuar Musa Dalam Isu Mendahalui Presiden

Pertama sekali kebebasan memberi pandangan dalam UMNO adalah bebas dan demokratik dan tiada seperti parti DAP yang ada GAG ORDER. Keduannya , Puad Zarkashi sekirannya hendak berbicara tentang struktur organisasi politik maka ukurlah di baju sendiri dahulu apabila beliau sendiri menyerang Setiausaha BN yang dilantik oleh Presiden UMNO.

Soal taktikal tidak semestinya Presiden selalunya tepat dan betul. Sebagai contohnya dalam isu UMNO menyokong Anwar dan DAP untuk membentuk kerajaan baharu. Mengapa Puad Zarkashi diam dalam isu ini? Apakah DAP itu jauh lebih baik daripada PPBM ? Sila jawab.

READ ALSO  Malaysian Man Cuts RM21,120 LV Bag Open In KLCC Store : Staff Mistreated Him Because Thinking He Is A Poor Man Wearing Slippers

SYA Jawab Serangan Puad Zarkashi Terhadap Annuar Musa Dalam Isu UMNO Bersifat Apologetik & Defensive

Setiap kenyataan Annuar Musa tidak bersifat apologetik atau defensive. Kenyataan Annuar Musa adalah tentang masa depan dinamika politik di negara Malaysia. The political normal. Cara politik zaman lampau sudah tidak lagi relevan. Dalam new political normal UMNO perlu menerima hakikat perlu adanya sahabat dan gabungan bersama dengan semua komponen parti baharu ada jaminan Anwar , PKR dan DAP tidak akan kembali menjadi kerajaan. Ini adalah soal tentang visi , misi dan idealisme moving forward dan masa depan parti. Undi Melayu sudah tidak boleh lagi berpecah lagi.

Tidak dapat dinafikan UMNO sudah kembali menjadi kuat. Namun begitu , jika Undi Melayu berpecah sekali lagi maka tiada jaminan UMNO akan kembali menjadi kerajaan pada PR 15. Jika menjadi kerajaan sekalipun tanpa dengan PAS dan PPBM maka semestinya perlu bergabung dengan DAP baharu dapat membentuk kerajaan.

Paling penting sekali UMNO kini tiada calon yang sesuai untuk menjadi PM. Apakah Zahid atau Najib yang kini persepsi masyarakat secara umum terhadap kes mahkamah mereka hendak dicalonkan sebagai calon PM UMNO ?

Source : Facebook

SYA Menjawab Hujah Sharir Samad Yang Terlibat Dalam Skandal IMDB -FELDA Mengenai TSMY Adalah PM Yang Paling Lemah Dalam Sejarah Negara

30 Dalil & Dosa Mengapa Zahid Hamidi Perlu Berundur Dan Dijatuhkan Sebagai Presiden UMNO

UMNO Puad Zarkashi Found It Strange That Some Malay Leaders Supported DAP Despite It Being Racist & Chauvinistic – “How Can You Work Together With DAP?”

Khaled Nordin : Racist DAP Not Accepted In Johor : DAP’s Agenda Not Suitable For “Bangsa Johor”

Zahid Hamidi : “UMNO & BN Cannot Accept Any Party Or Leader That Conspires With DAP” – DAP “Malaysian Malaysia” Agenda Could Not Be Accepted

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

18 + 2 =

Most Popular

To Top