News

UMNO Pasar Salak Utus Surat Terbuka Kepada Presiden UMNO

UMNO PASIR SALAK UTUS SURAT TERBUKA

Daripada sumber terdekat dalaman UMNO sendiri, malam tadi berlegar di group-WhatsApp ahli UMNO tentang surat wakil akar umbi UMNO terhadap keputusan Presiden parti memecat Tajuddin Rahman.

Dato’ Seri Presiden,

Kami mendoakan kesihatan dan kesejahteraan DS. Moga-moga kehidupan DS dan keluarga terus dilindungi Yang Maha Esa.

Kami menulis bersama surat ini sebagai ahli-ahli UMNO Bahagian Pasir Salak. Kami membesar bersama UMNO. Kami diajar untuk menghormati kepimpinan tertinggi parti.

Namun kami terpanggil untuk membuat sedikit teguran kepada DS Presiden. Walaubagaimapun, teguran ini tidak pernah dan tidak akan menjejaskan rasa hormat kami pada DS Presiden.

Semalam kami di Pasir Salak dikejutkan dengan berita DS Taj dilucutkan dari ahli MKT. Khabarnya DS Taj disingkirkan sebab kritikan beliau terhadap parti yang dibuat menerusi kenyataan, ceramah dan ucapan dalam mesyuarat tertutup.

Dato’ Seri Presiden,

Sepanjang mengenali DS Taj dari jauh, sebagai jentera yang bekerja bersama beliau sejak PRU 2008, kami tidak pernah sekalipun mendengar DS Taj bercakap buruk tentang DS Presiden. Malah kami masih ingat DS Taj begitu bersemangat menyokong DS untuk bertanding jawatan Presiden. Katanya, UMNO Perak perlu bersatu.

Kami fikir ada salah faham yang berlaku. Kami merayu agar DS Presiden dapat melihat semula keputusan atau sekurang-kurangnya beri peluang kepada DS Taj untuk menjelaskan.

Pemecatan demi pemecatan ini hanya akan melemahkan parti. Lihat apa yang terjadi semasa UMNO memecat Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal. Akhirnya, kita terlepas Johor dan Sabah. Bagi UMNO Perak, DS Taj ialah orang kami.

Dato’ Seri Presiden,

Rakyat sedang susah. Kami di Kampung Gajah ini juga merasa kesannya. Tambah lagi musim hujan sekarang menyukarkan penduduk untuk ke ladang getah dan kelapa sawit. Harapnya banjir yang menenggelamkan kampung kami awal tahun ini tidak lagi berulang.

Dalam berhadapan dengan bermacam krisis, kita faham kerajaan sedang melakukan yang terbaik. Kerajaan sekarang amat memerlukan sokongan parti.

Sekiranya UMNO terlalu sibuk berbalah, kita akan dilihat rakus dan gila kuasa semasa negara sedang bergelut dalam pelbagai krisis.

Desakan berterusan untuk mengadakan pilihan raya juga perlu dihentikan. Kami percaya pada kebijaksanaan pemimpin TOP 5 UMNO untuk membuat keputusan soal tarikh pilihan raya.

Buat sementara itu, fokus kita sebagai ahli UMNO sewajarnya ditumpukan kepada usaha-usaha membantu kerajaan.

Allah berikan peluang kepada kita untuk mengetuai kerajaan walaupun sudah kalah pilihan raya. Ayuh kita bersama memanfaatkan rezeki ini.

Dato’ Seri Presiden,

Parti ini dibina atas semangat demokrasi. Kami percaya ahlinya juga boleh menegur kepimpinan tertinggi parti. Namun hormat dan cinta kami pada UMNO dan pemimpinnya tidak akan pernah hilang.

Kami berharap agar keluhan di peringkat akar umbi mendapat perhatian DS. Kami akan sentiasa bersama UMNO dan DS Presiden dalam memperjuangkan agama , bangsa dan negara.

Yang benar,

Suara akar umbi UMNO Bahagian Pasir Salak

3 Comments

3 Comments

  1. qq188

    July 19, 2022 at 5:25 pm

    hello!,I really like your writing so a lot! percentage we keep up a correspondence extra about your article on AOL? I require an expert on this area to unravel my problem. Maybe that’s you! Taking a look ahead to look you.qqfunbet

  2. DewsPiefe

    July 28, 2022 at 12:40 pm

    Viagra Acquisto Senza Ricetta coupons for cialis 20 mg Cialis Prix Vidal

  3. วรรณวิภา

    August 6, 2022 at 12:06 am

    เว็บ ambbet เว็บสล็อตออนไลน์น้องใหม่มาเเรง เราเป็นเว็บตรง ไม่ผ่านเอเย่นต์ ทางเข้าเล่นสล็อตหลัก PG SLOT SLOTXO JOKER เเละ ค่ายอื่นๆ มากกว่า 20 ค่าย มีเกมให้เล่นมากกว่า 1000 เกม เกสล็อตเเตกง่าย เเตกหนักทุกเกม เบทน้อย กำไรไว สล็อตเดิมพัน 1 บาท ตัวคูณเยอะ โบนัสไว เล่นง่าย ได้เงินจริง ถอนได้ไม่อั้น ไม่มีขั้นต่ำ ฝาก-ถอน AUTO 24 ชั่วโมง.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Most Popular

To Top