News

UMNO Perlu Bersatu Dengan Semua Komponen Parti Melayu Pada PR 15 Dan Menjauhi Kluster Mahkamah UMNO

Kita tahu naratif kluster mahkamah daripada UMNO untuk bersendirian pada PR 15. Kumpulan ini tiba – tiba mnejadi yakin setelah akar umbi dan masyarakat mula kembali sokongan mereka kepada UMNO. Namun begitu , kita perlu bezakan peralihan sokongan ini adalah lebih kepada masyarakat Melayu lebih bencikan pemerintahan Pakatan Harapan dibawah PKR dan DAP berbanding sayang mereka kepada UMNO.

Oleh sebab itu , hujah untuk mengatakan UMNO telah menang 6 pilihan raya kecil berturut – turut sebelum langkah Shereton adalah kurang tepat.

Ketika keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) diumumkan, Umno adalah parti yang menang kerusi Parlimen terbanyak dengan 54 kerusi.

Namun, Umno yang dipimpin Najib Razak dan Ahmad Zahid Hamidi tidak berkuasa malah hilang kerajaan persekutuan buat kali pertamanya dalam sejarah Malaysia kerana BN hanya mampu memenangi 77 kerusi Parlimen.

Parti komponen BN di Sabah, Sarawak dan Semenanjung terus mengambil keputusan keluar gabungan itu dan meninggalkan Umno yang dilihat rosak pada persepsi rakyat. Jumlah ahli Parlimen Umno berkurang sehingga menjadi 38 ahli Parlimen.

Kluster Mahkamah UMNO Mahu Bersendiri Tanpa PAS dan PPBM

Namun segelintir orang Umno mempunyai pandangan mereka sudah boleh berdiri sendiri tanpa perlu adanya PAS mahupun Bersatu.

Umno terlupa sebagai parti yang memenangi kerusi Parlimen banyak di PRU14, Umno hanya muncul sebagai parti pembangkang yang terbesar dan bukannya parti kerajaan.

Yang sudi mendekati Umno ketika itu hanyalah PAS yang memenangi 18 kerusi Parlimen secara bersendirian.

UMNO Kalah 4 Pilihan Raya Kecil

Umno bersama PAS kalah empat pilihan raya kecil berturut-turut dengan teruk di Sungai Kandis, Seri Setia, Balakong dan Port Dickson.

Walaupun sudah bergabung dan bersama dengan PAS , UMNO juga kalah dalam 4 pilhan raya kecil pasca pilihan raya. Sokongan pengundi itu senantiasa berubah. Tiada jaminan UMNO dan PAS sahaja akan mampu memenangi dalam pilihan raya akan datang. Keadaan ini belum mengambil kira pihak PAS yang kini lebih seleasa bersama dengan PPBM.

READ ALSO  National Economic Action Council : Azmin Ali & Lim Guan Eng Is Not Performing At Ministry of Economic & Finance - We Are Still Screwed Economically & Financially

Pertandingan 4 Penjuru Pecahkan UNDI MELAYU

Bayangkan apa akan berlaku sekirannya pada PR 15 UMNO ( BN ) vs Pakatan Harapan ( PKR + DAP + AMANAH ) vs Pejuang + Muda + Warisan vs Perikatan Nasional ( PAS , PPBM , GPS ) ?

Keadaan ini hanya akan memberi keuntungan kepada parti PKR dan DAP dimana mereka sudah monopoli pengundi bukan Melayu berbanding dengan parti Melayu yang bertempur sesama sendiri.

Adakah Kluster Mahkamah mahu melihat DAP dan PKR kembali berkuasa ?

Apakah politik peribadi Najib-Zahid lebih penting berbanding dengan nasib dan masa depan masyarakat Melayu yang semakin berpecah ?

Sudah kita lupa bagaimana DAP dan PKR menghancurkan ekonomi dan pasaran saham negara? Sudah kita lupa bagaimana kepimpinan Lim Guan Eng menjarah RM 80 Billion daripada Petronas ? Sudah kita lupa episod worst South East Asia Currency dan Stock Market ? Sudah kita lupa bagaimana pelabur asing semuanya tarik pelaburan mereka ?

Naratif PPBM Adalah Parti Yang Tiada Akar UMBI

Naratif ini adalah benar namun begitu untuk memenangi sesuatu pilihan raya parti Melayu perlu saling melengkapi sesama sendiri. Setiap parti politik ada kelebihan dan kekurangan mereka. Kekurangan akar umbi dan jentera oleh PPBM boleh dibekalkan oleh pihak PAS.

PPBM Ada Kepimpinan Dan Pengalaman Pada Masa Kini ( TSMY vs Najib )

Kekurangan kepimpinan UMNO pada ketika ini boleh dilengkapi oleh PPBM dengan kepimpinan ABAH yang kini sah popular dalam kalangan rakyat. Tidak dapat dinafikan Najib ada populariti dan pengikutnya sendiri.

Namun pengaruh tersebut hanya terhad kepada segelintir dan tidak cukup meluas. Untuk menjadi seorang Perdana Menteri populariti perlu lebih luas dimana juga popular dalam kalangan masayarakat bukan Melayu dan juga mereka yang berada di Sabah dan Sarawak.

READ ALSO  Lim Kit Siang : JASA Under UMNO Puad Zarkashi Failed To Produce Results Despite RM100m Allocation Prior To GE14

Populariti dalam kalangan Melayu juga tidak boleh terhad kepada golongan Melayu penyokong kluster UMNO sahaja. Sokongan itu perlu meluas kepada penyokong UMNO secara umum , Melayu Bandar , Golongan Muda Melayu , Melayu PAS dan pelbagai lagi kategori. Najib hanya popular dalam kalangan penyokong Melayunya yang tersendiri.

TSMY vs Zahid

Situasi Zahid jauh lebih teruk berbanding Najib. Hal ini disebabkan Zahid sememangnya bukan PM Material dari dahulu. Dalam kalangan UMNO sendiri sebenarnya tidak menyokong Zahid. Kekuantan Zahid pada hari ini datangnya daripada penyokong Najib.

Dalam pemilihan UMNO yang lepas Zahid Hamidi hanya mendapat 37,000 undi berbanding beliau dengan 32,000 undi dan Tengku Razaleigh Hamzah sebanyak 20,000 undi. Keadaan ini hanya menandakan lebih daripada 60% ahli UMNO sebenarnya tidak menyokong Zahid.

Dari segi undi bahagian pula Zahid mendapat 93 undi berbanding Khairy Jamaluddin yang memperoleh 51 undi dan veteran parti, Tengku Razaleigh Hamzah yang meraih 23 undi ( 74 Undi ). Keadaan ini bermakna lebih daripada 45% bahagian tidak menyokong Zahid.

PPBM Azmin Ali vs Najib & Zahid

Seteruk – teruknya imej dan persepsi musuh politik Azmin Ali kita juga perlu tahu realiti politik dimana Azmin Ali ada ‘politcal capital’ jauh lebih bernilai berbanding dengan Najib dan Zahid. Sebenci – bencinya masyarakat Melayu terhadap Azmin juga tidak akan seteruk kebencian mereka kepada Najib dan Zahid.

Kini sokongan Melayu sudah beralih kembali. Apa yang diperlukan demi kestabilan politik masa hadapan negara adalah sokongan pelbagai pihak dan bangsa. Azmin Ali ada pengalaman untuk berhadapan dengan PKR pada Pilihan Raya akan datang. Majoriti kawasan PKR dan DAP adalah kawasan hitam untuk UMNO walaupun kini sudah menjadi lebih kuat dan pada ketika UMNO paling kuat sekalipun tidak mampu menggugat kekuatan kerusi bandar dan pelbagai bangsa yang dimonopoli oleh PKR dan DAP.

READ ALSO  Goldman Sachs $3.9 Billion Settlement : Opportunity For Muhyiddin To Send Rival Najib To Jail & Automatically Becomes UMNO’s Leader

Natijahnya : Semua Perlu Bersatu

Setiap pihak memiliki kekuatan dan kelemahan masing – masing. Jika Zahid dan Najib hendak terus bongkak , sombong dan terlalu yakin sehingga memperjudikan nasib dan masa depan Melayu dan Rakyat demi menyelamatkan diri sendiri maka itu bukannya demi rakyat. Itu petanda demi selamatkan diri daripada mahkamah setelah berjuta hingga billion wang rakyat sudah dirompak oleh mereka. Isu mahkamah biarlah Badan Kehakiman yang tentukan tanpa sebarang campur tangan politik. Sekirannya mereke benar – benar tidak bersalah maka kembali semula ke arena politik setelah bersihkan diri pada PR 16.

AWAS : Jika Melayu Berpecah Maka DAP dan Anwar Akan Kembali Berkuasa

Demi rakyat dan negara maka kita perlu tolak DAP , ANWAR , PKR , Zahid dan Najib .

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

seven + twenty =

Most Popular

To Top