News

UMNO Seharusnya Mengambil Tindakan Disiplin Jika Keputusan Bukan Datangnya Dari Biro Politik Dan Majlis Tertinggi

Bagaimana kesemua ADUN Di Perak boleh membuat keputusan sendiri sekirannya keputusan sebesar ini tidak datang dari biro politik atau majlis tertinggi UMNO ?

Menurut Annuar Musa , keputusan sedemikian tidak dibicangkan di peringkat Biro Politik atau MKT (UMNO). Bagaimana kepimpinan di peringkat negeri memiliki autonomi untuk membuat keputusan sendiri sedangkan hanya negeri Sabah yang diberikan kuasa autonomi penuh?

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan juga berkata, UMNO juga belum memanggil sebarang mesyuarat bagi membincangkan berkenaan isu itu setakat ini.

Zahid-Najib tidak seharusnya lagi terus dengan permainan politik baling batu dan sorok tangan. Bagaimana UMNO yang sendiri mencadangkan undi percaya di DUN akhirnya bertindak untuk pada saat terakhir untuk undi tidak percaya ? Ini adalah satu perbuatan khianat dan tikam rakan seperjuangan dari belakang. Jika alasan tidak berpuas hati terhadap PPBM sekalipun janganlah sesekali korbankan PAS yang tidak berdosa dalam isu ini.

Apakah tindakan yang akan diambil terhadap kesemua adun UMNO Perak yang membuat keputusan sendiri tanpa merujuk kepada Biro Politik dan Majlis Tertinggi UMNO? Kini bukan sahaja persahabatan dikhianati tetapi instutitusi organisi UMNO sendiri tercalar dan tidak dihormati kerana kepimpinan negeri boleh membuat sebarang keputusan tanpa sebarang mesyuarat atau perbincangan dengan kepimpinan pusat.

Kesemua ADUN UMNO seharusnya dirujuk kepada Perlembagaan Umno dan Tataetika Ahli Umno dan jika didapati benar Lembaga Disiplin boleh menghukum di bawah Fasal 20.9 Perlembagaan Umno.

Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO mempunyai kuasa memecat ahli yang melakukan salah laku termasuk melanggar perlembagaan parti dan tataetika seperti yang diperuntukkan di bawah Fasal 20.9 (d) perlembagaan parti.

Malah dengan kuasa yang ada, MKT juga berkuasa dan dibenarkan oleh perlembagaan UMNO untuk membuat apa apa keputusan tanpa dibawa ke Lembaga Disiplin UMNO.

READ ALSO  Malaysia Covid-19 : Woman's Failure To Disclose She Lives With Positive Case Leads To Hospital Closure

Hukuman perlu diberikan sekirannya kepimpinan merasakan tindakan khianat dan tikam serta tidak hormat institusi organisasi UMNO adalah satu perkara satu serius. Jika tidak ada sebarang hukuman dan tindakan maka dinasihatkan Zahid-Najib jangan lagi baling batu dan sorok tangan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

five + nine =

Most Popular

To Top