News

UMNO Selangor , Pulau Pinang , Johor , Kedah , Negeri Sembilan Dan 123 Bahagian Seluruh Negara Meluluskan Usul Sokong Ismail Sabri Sehingga 2023 Dan Calon Perdana Menteri BN & UMNO PRU-15

UMNO Selangor usul sokong Ismail Sabri sebagai PM hingga habis penggal

Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor pada Rabu lalu memutuskan untuk membawa usul menyokong penuh kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sehingga tamat tempoh penggal ke-14 Parlimen pada 2023.

Perkara tersebut yang didedahkan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO, Tan Sri Noh Omar sebentar tadi.

Kata beliau, dalam mesyuarat itu, semua yang hadir telah sebulat suara dengan usul tersebut.

“Kita ada buat dua usul, satu adalah menyokong penuh kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri menghabiskan penggal sehingga tahun 2023.

“Seperti yang saya sebut tadi dalam ucapan perasmian tadi, kita sokong Datuk Seri Ismail Sabri terus jadi Perdana Menteri habis penggal untuk memulihkan kembali negara dari aspek ekonomi, keselamatan rakyat, politik dan sosial,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tanjong Karang ke-33 di sini hari ini.

Terdahulu dalam ucapan, Noh Omar berkali-kali mengingatkan para perwakilan untuk tidak tergesa-gesa membuat keputusan mendesak pilihan raya awal atau bubar Parlimen.

“Kerajaan ini baru sahaja berusia 100 hari, banyak lagi yang perlu dilakukan oleh kerajaan dengan rata-rata pemimpin adalah dalam kalangan UMNO juga. Penggal ini sahaja sudah tiga kali tukar kerajaan.

“Tiga kali itu juga Yang DiPertuan Agong (YDPA) tidak bubar Parlimen sebaliknya ada undian untuk pilih Perdana Menteri. Sekarang ini pun, kuasa sebenarnya di tangan Agong bukannya tangan parti. Perdana Menteri hanya boleh nasihat.

“Jadi kita kenapa kalut-kalut, biarlah YDPA yang tentukan. Pilihan raya parti itu lain, PRU lain. Dua perkara berbeza dan bidang kuasa berbeza. Rakyat masih lagi perlu lagi perhatian kerajaan, banyak yang perlu dilakukan untuk mereka.

“Biarlah rakyat tengok sebelum ini ada Pakatan Harapan (PH) yang manifestonya bukan kitab suci, kemudian datang pula Perdana Menteri dari Bersatu. Sekarang kita ada PM dalam kalangan UMNO, kita langsung tidak mimpi pun.

“Jadi bukankah ini masa untuk rakyat menilai sendiri bagaimana pemimpin UMNO ini bekerja untuk rakyat? Saya mohon dan merayu kepada warga UMNO Tanjong Karang ini fikir masak-masak, beri sokongan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Noh Omar yang juga mendedahkan Badan Perhubungan UMNO Selangor turut membawa satu lagi usul iaitu mahu meneruskan Muafakat Nasional (MN) antara UMNO dan Pas di negeri.

UMNO Negeri Sembilan : Tangani dulu krisis COVID-19, ekonomi sebelum PRU – Tok Mat

Hanya Perdana Menteri boleh menasihatkan Yang di-Pertuan Agong mengenai pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum (PRU).

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata tiada mana-mana pihak lain yang boleh menentukan perkara berkenaan.

“Perdana Menteri yang akan menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada PRU, tiada siapa yang lain boleh menasihatkan baginda dalam soal Perlembagaan.

“Walaupun ada ahli mahu PRU dibuat awal, yang boleh membubarkan Parlimen adalah Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri. Dalam masa terdekat ini, Yang di-Pertuan Agong tidak setuju untuk membubarkan Parlimen.

“Perlu ditangani dahulu krisis pandemik COVID-19 dan juga krisis ekonomi. Itu perlu dilihat dan ditelitikan agar parti tidak tersilap langkah,” katanya yang juga Pengerusi UMNO Negeri Sembilan.

Mohamad yang juga Ketua UMNO Bahagian Rembau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Sayap UMNO bahagian berkenaan yang turut dihadiri Ahli Parlimen Rembau merangkap Timbalan Ketua UMNO bahagian, Khairy Jamaluddin, di sini hari ini.

Sebelum ini, ada pemimpin dalam UMNO menyarankan PRU-15 diadakan segera atas alasan bagi membolehkan rakyat diberi mandat memilih kerajaan yang kukuh dan tidak mengikut telunjuk pemimpin lain dalam urusan pentadbiran negara.

Sementara itu, UMNO Bahagian Jelebu mencadangkan pemilihan parti bagi penggal 2021 hingga 2024 yang ditangguhkan sehingga Disember 2022, dibuat sekurang-kurangnya setahun sebelum PRU-15 bagi memastikan jentera parti di semua peringkat adalah yang mendapat mandat baharu dan cukup bersedia menghadapi PRU.

UMNO Kedah Zahir Sokongan Kepada Ismail Sabri

UMNO Kedah menetapkan pendirian terus menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk memimpin negara sehingga berakhir penggal Parlimen pada tahun 2023.

Pengerusi UMNO Kedah, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pelantikan Ismail Sabri merupakan isyarat daripada masyarakat bahawa pemimpin UMNO boleh diharapkan menerajui kepimpinan negara.

UMNO Pulau Pinang sokong Ismail Sabri kekal PM hingga tamat penggal

UMNO Pulau Pinang memutuskan akan terus menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk mengukuhkan kerajaan manakala Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pula bagi menguatkan parti.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, sokongan itu dinyatakan sebulat suara oleh semua ahli UMNO negeri itu menerusi usul membabitkan 13 bahagian.

UMNO Johor sokong Ismail Sabri hingga PRU-15

Johor menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) nanti.

Pengerusinya, Datuk Hasni Mohammad, berkata sokongan itu tidak perlu diterjemahkan dalam bentuk usul mahupun undian pada peringkat 26 UMNO bahagian di negeri ini.

“UMNO Johor tetap menyokong Perdana Menteri, itu pendirian kita. Kita akan sokong Ismail Sabri sehingga penggalnya tamat.

UMNO Bahagian Jasin meluluskan usul untuk memberi sokongan kepada kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sehingga tamat penggal ke-14 Parlimen pada 2023

Usul khas dibacakan Setiausaha UMNO bahagian itu, Datuk Abdul Kalam Hassan mendapat sokongan sebulat suara daripada 271 perwakilan yang hadir.

Turut mendapat sokongan perwakilan adalah usul supaya pemilihan parti diadakan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Ketua UMNO Bahagian Jasin, Datuk Hasan Abd Rahman, berkata usul khas menyokong kepemimpinan Ismail Sabri itu bagi memastikan Perdana Menteri dapat melaksanakan agenda pemulihan negara berteraskan konsep Keluarga Malaysia dengan semua kaum hidup dalam suasana harmoni, aman dan makmur.

Justeru, katanya, Ahli Parlimen Bera itu wajar diberikan peluang memimpin negara sehingga PRU-15 kelak.

“Seluruh perwakilan bahagian ini memberi sokongan padu kepada segala usaha dibuat Perdana Menteri dalam gagasan Aspirasi Keluarga Malaysia khususnya untuk memulihkan rakyat dan negara daripada pandemik COVID-19 serta melaksanakan pelbagai program bagi mensejahterakan rakyat,” katanya selepas menghadiri Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jasin di Lipat Kajang, di sini, hari ini.

UMNO Machang usul Ismail Sabri calon PM dalam PRU-15

Mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Machang sebulat suara mengusulkan supaya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dipilih sebagai calon Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). Ketua UMNO Bahagian Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, cadangan itu dibuat selepas mengambil kira prestasi cemerlang Ahli Parlimen Bera itu sebagai Perdana Menteri ketika ini.

UMNO Tanjung Malim sokong Ismail Sabri kekal Perdana Menteri

UMNO Bahagian Tanjung Malim hari ini meluluskan usul menyokong dan menghormati kepemimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri yang mewakili parti dalam kerajaan.

Pemangku Ketuanya, Mohd Zaidi Aziz, berkata UMNO bahagian itu juga menggesa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) hanya diadakan selepas mengambil kira kajian sikap pengundi, persiapan jentera pilihan raya parti, isu undi 18 dan pendaftaran pemilih secara automatik, sumber kewangan parti serta kesesuaian masa.

“Pertimbangan sewajarnya perlu diambil kira dan matlamat menang menjadi fokus dalam gerak kerja PRU-15 nanti,” katanya ketika ditemui selepas persidangan bahagian berkenaan di sini.

UMNO Pasir Gudang sokong PM sampai PRU15

UMNO bahagian Pasir Gudang memberikan sokongan penuh kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Memorandum Persefahaman (MOU) yang dimeterai dengan Pakatan Harapan (PH) untuk kestabilan politik dan negara.

“Kepimpinan UMNO bertindak menyetujui aturan kerajaan pada hari ini kerana mahu kerajaan mengutamakan pemulihan negara daripada wabak COVID-19, sebab jika tidak disokong, orang Melayu akan terkesan dan terhimpit.

UMNO Ketereh : Sokong Ismail Sabri, gesa percepat pemilihan UMNO

Sokongan kuat dan kepercayaan perlu diberikan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang membuktikan kewibawaannya mentadbir negara dengan baik dan cemerlang sejak menyandang jawatan itu Ogos lepas.

Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa, berkata kejayaan pentadbiran Ismail Sabri jelas dicapai menerusi pelaksanaan Aspirasi Keluarga Malaysia, yang merangkumi program serta inisiatif melibatkan 31 Menteri yang menerajui 26 kementerian dan 5 agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri dalam tempoh 100 hari pertama selepas pelantikan mereka.

UMNO Ketereh sebulat suara meluluskan usul menyokong penuh kepimpinan Ismail Sabri sehingga 2023 dalam usaha memulihkan ekonomi, keselamatan rakyat, politik dan sosial setelah dibelenggui pandemik COVID-19 sejak tahun lepas.

UMNO Bahagian Padang Terap mahu Ismail Sabri jadi ‘poster boy’ BN

UMNO Bahagian Padang Terap meluluskan usul supaya gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan dijadikan ‘poster boy’ Barisan Nasional (BN) dan UMNO untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Ketua UMNO Bahagian Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata penggunaan gambar Ismail Sabri sebagai ‘poster boy’ itu diyakini mampu menarik orang ramai untuk mengundi BN dan UMNO.

“Keputusan sebulat suara ini dicapai selepas melihat kerja baik beliau sebagai Perdana Menteri.

“Faktor ini diyakini dapat menarik lebih ramai orang untuk mengundi UMNO dan BN,” katanya.

Katanya, Perdana Menteri perlu diberi masa dan ruang mencukupi untuk menyelesaikan beberapa perkara penting terutamanya berkaitan pemulihan ekonomi akibat COVID-19.

“Dalam erti kata lain, PRU-15 tidak perlu diadakan dalam masa terdekat. Apabila sampai satu ketika beliau merasakan sudah sampai masanya untuk adakan pilihan raya bersandarkan faktor tertentu, biarlah Ismail Sabri sendiri berbincang dengan kepimpinan parti,” katanya.

Ketika ditanya mengenai Ismail Sabri untuk diangkat sebagai Presiden parti, Mahdzir berkata soal itu perlu dikembalikan kepada ahli parti pada pemilihan akan datang.

“Itu soal pemilihan dan berbeza sama sekali dengan usul yang kita luluskan hari ini. Namun kalau boleh, kita mahu supaya Perdana Menteri menjadi orang sama menguruskan urusan berkaitan parti.

“Apa pun saya sebutkan tadi, ini perlu dikembalikan kepada ahli dan kita perlu kembali kepada bahagian serta akar umbi bagi menentukan perkara ini,” katanya.

UMNO Bandar Tun Razak : Mahu PM kekal tadbir hingga PRU-15

UMNO Bahagian Bandar Tun Razak menyokong penuh kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan mahu terus diberikan peluang mentadbir negara sehingga Pilihan Raya Umum (PRU-15).

Ketua Bahagiannya, Datuk Rizalman Mokhtar berkata, Perdana Menteri perlu diberikan peluang untuk meneruskan pentadbiran negara dan melaksanakan agenda memulihkan kembali negara.

Katanya, Ismail Sabri perlu diberikan ruang untuk melaksanakan agenda yang dapat memulihkan ekonomi, menjamin keselamatan rakyat, politik dan sosial berteraskan aspirasi Keluarga Malaysia sehingga dirasakan tempoh yang sesuai untuk mengadakan PRU-15.

“UMNO Bandar Tun Razak menyarankan sepanjang tempoh itu, pimpinan tertinggi parti dan wakil parti dalam kerajaan perlu memberi tumpuan kepada segala usaha memperkasakan parti, bekerjasama dengan erat memenangi hati rakyat dan pengundi sehingga PRU-15 bagi menjamin kemenangan Barisan Nasional (BN),” katanya kepada BH.

UMNO Tenggara usul sokong Ismail Sabri terus jadi PM hingga 2023

UMNO Bahagian Tenggara mengusulkan Naib Presiden parti Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terus memimpin kerajaan sedia ada sehingga berakhir penggal Parlimen ke-14 pada 2023.

Bahagian yang diketuai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Adham Baba sekali gus menolak Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan sebelum 2023.

Ini bermakna, bagi UMNO bahagian itu, pemilihan parti perlu diadakan sebelum PRU15 iaitu pada November 2022.

Bercakap kepada media selepas Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tenggara di Kolej Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) di Kota Tinggi hari ini, Dr Adham berkata, usul menyokong Perdana Menteri itu bagi memastikan negara dapat dipulihkan daripada pandemik Covid-19.

UMNO Padang Rengas sokong Ismail Sabri sebagai PM hingga 2023

Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Padang Rengas meluluskan usul menyokong penuh kepimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri Malaysia sehingga selesai penggal ini pada 2023.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz keputusan itu dibuat dalam mesyuarat yang diadakan pada Sabtu.

“Kami (UMNO Padang Rengas) menyokong sepenuhnya Datuk Seri Ismail Sabri menggalas tugas sebagai perdana menteri hingga habis penggal ini iaitu pada 2023.

Selain UMNO Bahagian Padang Rengas, beberapa bahagian lain seperti Simpang Renggam, Kepala Batas, Padang Terap, Ketereh, Bukit Bintang, Cameron Highlands dan Lipis yang bermesyuarat pada Jumaat dan Sabtu turut memberikan sokongan kepada Ismail Sabri meneruskan tugas sehingga 2023.

UMNO Kepala Batas sokong Ismail Sabri jadi PM sehingga 2023

UMNO Bahagian Kepala Batas memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk terus memegang jawatan Perdana Menteri sehingga 2023.

Ketetapan itu diambil dalam persidangan perwakilan bahagian berkenaan yang berlangsung pada Sabtu.

“Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kepala Batas ambil ketetapan berikut, terus mendukung dan menyokong Institusi Presiden UMNO bersama Majlis Kerja Tertinggi UMNO demi memperkasakan parti dalam persiapan menuju Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 nanti.

UMNO Bahagian Kepala Batas turut akur dengan titah Yang di-Pertuan Agong atas pelantikan Perdana Menteri serta menyambut baik segala tindakan Ismail Sabri membawa negara keluar daripada krisis pandemik COVID-19.

Pasir Puteh : Sepakat sokong Ismail Sabri kekal sebagai PM

UMNO Pasir Puteh sebulat suara membuat ketetapan meluluskan usul menyokong Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terus kekal sebagai Perdana Menteri di Mesyuarat Perwakilan Bahagian di sini pada Sabtu.

Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Datuk Zawawi Othman berkata, kedudukan Ismail Sabri yang mewakili parti itu dalam kerajaan terus dipertahankan untuk melaksanakan amanah mentadbir negara dan menguruskan hal ehwal rakyat dengan sempurna.

Tajuddin: BBC sokong penuh PM Ismail Sabri hingga 2023

Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) hari ini menyatakan sokongan penuh kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk terus mentadbir negara sehingga penggal Parlimen berakhir pada 2023.

Pengerusi BBC Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata kepimpinan perdana menteri perlu diteruskan bagi membantu kabinet memberikan fokus kepada usaha membela rakyat dan mengatasi masalah yang berlaku akibat Covid-19.

“Kami memberi kepercayaan yang tinggi kepada perdana menteri kerana beliau telah menunjukkan prestasi sangat baik dalam tempoh 100 hari sebagai perdana menteri.

“Beliau (perdana menteri) bersama ahli kabinet yang mempunyai mazhab (fahaman politik) berlainan telah dapat membuktikan kejayaan mereka dalam menangani wabak Covid-19 negara sehingga angka statistik menurun,”

4 Comments

4 Comments

  1. Pingback: Ismail Sabri Langgar Bendul Atau Sudah Melepasi Bendul Tanpa Melanggarinya ? Kaduk Atau Junjung ? - The Coverage

  2. Best Dating App

    December 19, 2021 at 2:00 am

    ❤️ Paris want to meet you! Click Here: https://bit.ly/2022dating ❤️

  3. Best Dating App 2022

    December 19, 2021 at 3:08 pm

    ❤️ Faith liked you! Click Here: https://bit.ly/3shp8ag ❤️

  4. Pingback: Here Are The List of Ismail Sabri New Cabinet Reshuffle Line Up - The Coverage

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Most Popular

To Top