News

UMNO Team Najib-Zahid Buat Soal Selidik Untuk Bekerjasama Dengan PKR & DAP

Umno bertindak melakukan satu soal selidik dalaman melibatkan petugas komunikasi parti itu bagi mengukur sama ada ahlinya terbuka untuk bekerjasama dengan PKR dan DAP.

Namun, sekarang keadaan itu mungkin berubah selepas pendedahan mengenai bekas presiden Umno yang masih mempunyai pengaruh dalam parti itu, dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, memberi sokongan kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional bulan lepas.

Soal selidik dalaman itu merupakan satu “tinjauan pendapat” membabitkan kakitangan komunikasi parti tersebut di seluruh negara.

Salah satu soalan yang diajukan dalam tinjuan itu, wajarkah Umno menjalinkan kerjasama dengan PKR dan DAP?”

Najib dan Zahid yang didakwa dengan jumlah keseluruhan 79 pertuduhan rasuah, menulis surat secara bersama kepada Yang di Pertuan Agong bagi menyatakan sokongan terhadap Anwar untuk menjadi perdana menteri.

Surat itu diutus ke istana dua hari sebelum Anwar mengadap Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, di mana beliau gagal mengemukakan butiran membuktikan dakwaan mempunyai sokongan “kukuh dan meyakinkan” ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan.

Sehingga hari ini, Najib dan Zahid masih belum pernah menafikan berhubung surat yang dihantar ke Istana Negara itu.

Soal selidik ini dilakukan, beberapa hari selepas kerajaan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin terselamat kerana undi belanjawan diluluskan yang sebelum ini dikatakan pembangkang merancang menggunakan medan itu bagi melakukan undi tidak percaya.

Hubungan Najib, Anwar, yang pernah bersama-sama semasa dalam Umno pada tahun 1990-an seolah-olah kembali bertaut ketika perbahasan belanjawan baru-baru ini apabila kedua-dua pemimpin senada dalam tuntutan mereka.

Kedua-dua mereka senada dalam menyatakan sokongan bersyarat terhadap belanjawan, dan timbul spekulasi mengenai mereka bekerjasama untuk mengganggu belanjawan.

READ ALSO  Jho Low’s Hollywood Power Play : Called Out To Hollywood Superstar , “Yo! I Own You! You’re My Bitch!” - Had Access To More Cash At Any One Time Than Anyone In History
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

5 × two =

Most Popular

To Top