News

Ustaz PAS Fadhli Shaari Beritahu Najib : PAS & UMNO Perlu Terus Duduk Bersama Dan Dipimpin Oleh PPBM TSMY

Saya dan Dato Seri Najib

Ramai yang menurunkan komen di facebook memberikan respon terhadap ucapan saya di Parlimen beberapa hari lepas. Ada yang setuju dan saya akui, ramai juga yang tidak setuju. Lebih lanjut lagi, ada yang mengheret ia seolah-olah menjadi pertembungan PAS dan UMNO.

Saya kekal berpendirian, PAS dan UMNO perlu terus duduk bersama, dan sudah pasti, PPBM di bawah kepimpinan Tan Sri Perdana Menteri pun tidak boleh diketepikan.

Apa juga pertembungan, meja rundingan tempatnya. Saya bukan pemimpin tertinggi, tidak ada dalam mana-mana jawatankuasa interparty, saya tentunya menyerahkan sepenuh kepercayaan kepada pimpinan parti saya untuk menentukan keputusan.

Asasnya, PAS hendaklah terus bersama UMNO dan PPBM.

Adapun berhubung Dato Seri Najib, saya tetap akui beliau seorang pejuang. Kes-kes mahkamah yang dihadapi dilawannya di mahkamah tanpa berusaha untuk digugurkan (setakat yang saya tahu) kerana beliau kelihatan yakin dengan kebenarannya. Berjuang dengan fakta dan analisisnya.

Pandangannya berhubung ekonomi sudah pasti melalui pengalamannya yang luas. Isu KWSP dan moratorium, pandangan beliau ada asas. Saya juga mempunyai pandangan, berdasarkan kajian rakan-rakan yang lebih arif. Soal pandangan siapa yang akan dipakai oleh kerajaan, itu terpulang kepada kerajaan. Dan saya yakin, apa jua keputusan nanti, ia untuk rakyat dan mengambil kira semua kepentingan.

Dato Seri Najib tetap saya hormati, dan pendiriannya meletakkan syarat untuk menyokong Belanjawan 2021, tetap saya tidak setuju. Pandangan saya, kita luluskan Bajet ini yang di dalamnya mengandungi wang untuk rakyat, frontliner, bayaran gaji, pelbagai peruntukan dan lain-lain.

Jika tidak, bermula Januari 2021, semua perbelanjaan akan tergendala. Isu-isu kepentingan rakyat yang lain yang tidak tertakluk dalam Bajet 2021, kita minta berikan peluang kerajaan mengkaji dan umumkan dalam pelbagai pakej yang boleh dibuat selepas ini.

READ ALSO  Here’s Why Anwar Is Not Fit To Become The Next PM If He’s Too Chicken To Sack Zuraida - Cowardice For Being Humiliated By An Auntie

Dalam hal itu sahaja saya tidak bersetuju. Dan kerana itulah timbulnya contoh syarat Puteri dari gunung itu. Saya tidak bermaksud menyindir. Dan saya menyebutnya dengan penuh hormat. Jika ia mengguris, saya mohon maaf. Tetapi saya cuma bertujuan menyampaikan maksud dengan jelas.

Dato Najib bagi saya tetap seorang pejuang. Tidak ada apa-apa mengurangkan hormat saya kepada beliau. Dan isu ini, sudah tentu tidak sepatutnya diheret menjadi pertembungan UMNO – PAS. Jika ia berlaku, yang rugi nanti bukan sahaja kedua-duanya, tetapi rakyat.

Saya kekal menghormati hubungan UMNO – PAS. Dan menyokong belanjawan 2021 tanpa syarat, dan menyeru semua MP yang berada di blok kerajaan untuk turut menyokong Bajet ini tanpa syarat. Bukan kerana Bajet ini sempurna, tetapi itulah yang terbaik untuk memastikan kestabilan negara.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

15 − 13 =

Most Popular

To Top