News

Wajib Analisis & Baca : Apakah Nasib UMNO Sekirannya Berdepan Dengan PAS-PPBM Secara Bersendirian Pada PR 15 ?

1.0 Statistik PR 14

UNDI Popular UMNO – 2,525,713 ( Belum Menolak Kawasan Bekas Ahli Parlimen UMNO Yang Berhijrah Ke PPBM )

UNDI Popular PAS – 2,041,186

UNDI Popular PPBM – 718,648

PAS + PPBM = 2759834

Statistik Ini Belum Lagi Mengira 7.8 juta pengundi Baharu Golongan Muda Berusia 18 Tahun ( Pengundi Muda Melayu Achilles Heel UMNO )

Statistik ini jelas menunjukkan bahawa UMNO tidak memonopoli undi Melayu seperti yang dipercayai umum.

2.0 : Kelebihan Faktor Individu PPBM Merentasi Faktor Parti & Demografi

Jika UMNO berdepan dengan PPBM di kawasan yang PPBM menang atas faktor individu melebihi parti dan demografi maka ramai calon dalam PPBM sudah teruji.

Sebagai contohnya , apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin keluar daripada UMNO kerusi Pagoh tetap jatuh di tangannya. Begitu juga dengan Saifuddin Abdullah yang keluar UMNO dan bertanding atas Tiket PKR beliau juga menang. Kamaruddin Jaafar turut menang semasa berada dalam PAS dan juga selepas keluar daripada PAS dan menyertai PKR.

Pilihan Raya negeri Sabah juga jelas menunjukkan bekas ahli UMNO yang melompat ke PPBM semuanya menang di kawasan masing – masing. Terdapat 6 MPs dan angka ini dijangka akan jauh lebih banyak dalam pilihan raya akan datang di Sabah. Hal ini disebabkan PPBM bertanding 20 kerusi dan menang 15 maka secara statistik peratus sebanyak 75%.

UMNO pula hanya menang 17 daripada 32 kerusi yang dipertandingkan. Statistik peratusan 53% kemenangan.

Keadaan ini hanya menandakan Warlord Kawasan dan Faktor individu yang lain seperti Dato Hamzah , Azmin Ali , Willie anak Mongin , Ali anak Biju , Ahmad Faizal Azumu , Mustapa Mohamed , Mas Ermieyati Samsudin dan pelbagai lagi dijangka memiliki peluang yang besar untuk menang walaupun berdepan dengan UMNO di kawasan masing – masing.

Contoh : P63 Tambun ( Peja )

Ahmad Faizal Azumu ( PPBM) – 38,661

Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah (BN – UMNO) – 33,341

Muhamad Zulkifli Mohamad Zakaria (PAS) – 14,948

Inilah keputusan PR 14. Jika PR 15 maka undi 14 948 PAS sebelum ini akan menjadi milik Ahmad Faizal Azumu .

3.0 : UMNO Dijangka Akan Kehilangan Minima 4 Negeri

Sabah akan kekal di tangan PPBM. PAS akan berkuasa di Kedah , Kelantan dan Terengganu. Selangor sama ada akan kekal bersama PKR atau ke tangan PPBM.

Keadaan ini belum lagi mengira faktor pertarungan sengit dimana negeri Johor adalah kubu kuat Muhyiddin Yassin dan Perak adalah kubu kuat Dato Hamzah.

4.0 : Komponen Parti BN ( MCA & MIC ) Liabiliti UMNO

PPBM akan memiliki kelebihan pengundi Melayu untuk berhadapan dengan calon – calon MCA dan MIC yang bertanding walaupun di kerusi campuran. Sekirannya PPBM tidak menang juga namun tanpa undi Melayu amat sukar untuk MCA dan MIC untuk menang bersendiri. Apabila undi Melayu sudah berpecah maka DAP dan PKR yang memonopoli undi bukan Melayu akan menang di kawasan tersebut.

Walaupun kerusi majoriti Melayu juga MCA pasti akan kalah. Kita ambil contoh kerusi Presiden MCA Wee Ka Siong di Air Hitam yang memiliki 57.68% pengundi Melayu di kawasan tersebut.

Gandingan PAS + PPBM jauh lebih kuat berbanding dengan MCA dan MIC .

Keputusan PR 14

WEE KA SIONG – 17,076

Liew Chin Tong – 16,773

HJ MARDI MARWAN ( PAS ) – 4,975

Jika 16773 + 4975 = 21 748 ( MCA akan Kalah dengan undi 17 076 )

5.0 : Statistik UMNO Akan Kehilangan 5 Kerusi Parlimen Di Pahang Jika Berdepan Dengan Perikatan Nasional

Keputusan PR 14

P79 – Lipis

Abdul Rahman Mohamad (BN – UMNO) – 13,995

Badarudin Abd Rahaman (PPBM) – 7,426

Sobirin Duli (PAS) – 6,671

READ ALSO  Last Man Standing, Bung Moktar Becomes New Sabah UMNO Chief - The Mass Exodus Has Left Sabah UMNO With One MP

Bayangkan jika sama ada PAS atau PPBM ( PN ) yang bertanding 1 on 1 dengan UMNO? 7426 + 6671 = 14 097 ( PN Menang )

P81 – Jerantut

Ahmad Nazlan Idris (BN – UMNO) – 22,640

Yohanis Ahmad (PAS) – 16,732

Wan Mohd Shaharir Wan Abd Jalil PPBM) – 10,877

Bayangkan jika sama ada PAS atau PPBM ( PN ) yang bertanding 1 on 1 dengan UMNO? 16372 + 10877 = 27 609 ( PN Menang )

P 84 – Paya Besar

Mohd Shahar Abdullah (BN – UMNO) – 19,033

Mohamad Azhar Mohd Noor (PAS) – 13,291

Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir (PH – PPBM) – 11,776

Bayangkan jika sama ada PAS atau PPBM ( PN ) yang bertanding 1 on 1 dengan UMNO? 13291 + 11776 = 25 067 ( PN Menang )

P 86 – Maran

Ismail Abd Muttalib (BN – UMNO) – 16,064

Hasenan Haron (PAS) – 12,301

Ahmad Farid Ahmad Nordin (PPBM) – 4,360

Bayangkan jika sama ada PAS atau PPBM ( PN ) yang bertanding 1 on 1 dengan UMNO? 12301 + 4360 = 16 661 ( PN Menang )

P 87 – Kuala Krau

Ismail Mohamed Said (BN – UMNO) – 18,058

Kamal Ashaari (PAS) – 15,182

Mohamad Rafidee Hassim ( PPBM) – 5,071

Bayangkan jika sama ada PAS atau PPBM ( PN ) yang bertanding 1 on 1 dengan UMNO? 15182 + 5071 = 20 253 ( PN Menang )

6.0 Statistik UMNO Akan Kehilangan 2 Kerusi Parlimen Di Terengganu

P33 – Besut

Idris Jusoh ( UMNO ) – 34,335

Riduan Mohamad Nor (PAS) – 29,736

Wan Nazari Wan Jusoh (PPBM) – 6,864

Bayangkan jika sama ada PAS atau PPBM ( PN ) yang bertanding 1 on 1 dengan UMNO? 29736 + 6864 = 36600 ( PN Menang )

P38 – Hulu Terengganu

Rosol Wahid (BN – UMNO) – 30,925

Muhyidin Abdul Rashid (PAS) – 28,057

Razali Idris (PH – PPBM) – 3,364

Bayangkan jika sama ada PAS atau PPBM ( PN ) yang bertanding 1 on 1 dengan UMNO? 28057 + 3364 = 31 421 ( PN Menang )

7.0 Statistik UMNO Akan Hilang 2 Kerusi Parlimen Di Selangor

P92 – Sabah Bernam

Mohd Fasiah Mohd Fakeh (BN – UMNO) – 12,862

Warno Dogol ( PPBM) – 11,188

Muhammad Labib Abd Jalil (PAS) – 9,300

Bayangkan jika sama ada PAS atau PPBM ( PN ) yang bertanding 1 on 1 dengan UMNO? 11188 + 9300 = 20488 ( PN Menang )

P95 – Tanjong Karang

Noh Omar (BN – UMNO) – 17,596

Zulkafperi Hanapi ( PPBM) – 15,626

Nor Az Azlan Ahmad (PAS) – 7,276

Bayangkan jika sama ada PAS atau PPBM ( PN ) yang bertanding 1 on 1 dengan UMNO? 15626 + 7276 = 22902 ( PN Menang )

8.0 Statistik UMNO Akan Hilang 2 Kerusi Parlimen Di Perlis

P1 – Padang Besar

Zahidi Zainul Abidin (BN – UMNO) – 15,032

Izizam Ibrahim ( PPBM) – 13,594

Mokhtar Senik (PAS) – 7,874

Bayangkan jika sama ada PAS atau PPBM ( PN ) yang bertanding 1 on 1 dengan UMNO? 13594 + 7874 = 28626 ( PN Menang )

P3 – Arau

Shahidan Kassim (BN – UMNO) – 16,547

Abd Rahman Daud ( PPBM) – 11,691

Hashim Jasin (PAS) – 11,362

Bayangkan jika sama ada PAS atau PPBM ( PN ) yang bertanding 1 on 1 dengan UMNO? 11691 + 11362 = 23 053 ( PN Menang )

9.0 Statistik UMNO Akan Kehilangan 6 Kerusi Parlimen Di Perak

P 54 – Gerik

Hasbullah Osman (BN – UMNO) – 13,243

Mohd Dahalan Ismail (PAS) – 7,715

Ibrahim Mohd Hanafiah (PH ) – 6,353

Bayangkan jika sama ada PAS atau PPBM ( PN ) yang bertanding 1 on 1 dengan UMNO? 7715 + 6353 = 14 068 ( PN Menang )

P 56 – Larut

Hamzah Zainudin (BN – UMNO) – 18,184

Abu Husin Mohmmad (PAS) – 13,698

Khairil Anuar Akhiruddin (PH -) – 7,738

READ ALSO  Supporters of Anwar Reached Out to Selangor UMNO To Unseat Selangor PKR MB

Inilah adalah keputusan PR 14. Hamzah bertanding atas tiket UMNO hanya dapat 18184 undi. Jika undi PPBM + PAS maka akan mencapai undi 21 436. Keadaan ini belum lagi mengambil kira faktor individu Dato Hamzah sendiri di Larut. Jika UMNO hendak berdepan dengan Dato Hamzah di Larut 1 on 1maka hanya akan tewas.

P 58 – Bagan Serai

Noor Azmi Ghazali (BN – UMNO) – 17,220

Rohaya Bakar (PAS) – 17,048

Adam Asmuni (PPBM) – 12,987

Bayangkan jika sama ada PAS atau PPBM ( PN ) yang bertanding 1 on 1 dengan UMNO? 17048 + 12987 = 30 035 ( PN Menang )

P 59 – Bukit Gantang

Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (BN – UMNO) – 22,450

Khadri Khalid (PH – PPBM) – 18,361

Idris Ahmad (PAS) – 16,052

P 72 – Tapah

Saravanan Murugan (BN – MIC) – 16,086

Mohamed Azni Mohamed Ali (PH – PPBM) – 15,472

Norazli Musa (PAS) – 4,616

P 73 – Pasir Salak

Tajuddin Abdul Rahman (BN – UMNO) – 20,003

Salihuddin Radin Sumadi PPBM) – 12,291

Zafarulazhan Zan (PAS) – 11,151

10.0 Statistik UMNO Akan Kehilangan 1 Kerusi Di Pulau Pinang

P 42 – Tasek Gelugor

Shabudin Yahaya (BN – UMNO) – 18,547

Marzuki Yahya (PH – PPBM) – 18,466

Rizal Hafiz Ruslan (PAS) – 14,891

11.0 Statistik UMNO Akan Kehilangan 1 Kerusi Di Negeri Sembilan

P 127 – Jempol

Mohd Salim Sharif (BN – UMNO) – 26,819

Kamarulzaman Kamdias (PH – PPBM) – 25,188

Mustaffa Daharun (PAS) – 5,267

12.0 Statistik UMNO Akan Kehilangan 4 Kerusi Di Negeri Kelantan

P26 – Ketereh

Annuar Musa (BN – UMNO) – 25,467

Wan Ismail Wan Jusoh (PAS) – 20,841

Mohd Radzijidin ( PPBM) – 6,799

P29 – Machang

Ahmad Jazlan Yaakub (BN – UMNO) – 26,076

Zulkifli Mamat (PAS) – 23,252

Sazmi Miah ( PPBM) – 5,695

P 30 – Jeli

Mustapa Mohamed (BN – UMNO) – 21,665

Mohamad Hamid (PAS) – 15,018

Azran Deraman (PPBM) – 2,078

P 29 – Gua Musang

Tengku Razaleigh Tengku Mohd Hamzah (BN – UMNO) – 19,426

Abdullah Hussein (PAS) – 15,513

Mohd Nor Hussin ( PPBM) – 4,997

13.0 Statistik UMNO Akan Kehilangan 1 Kerusi Di Kedah

P16 – Baling

Abdul Azeez Abdul Rahim (BN – UMNO) – 38,557

Hassan Saad (PAS) – 37,483

Mohd Taufik Yaacob (PH) – 14,472

14.0 Statistik UMNO Akan Kehilangan 1 Kerusi Di Johor

Ahmad Maslan (BN – UMNO) – 21,132

Karmaine Sardini (PH – PPBM) – 20,299

Baharom Mohamad (PAS) – 4,295

15.0 Statistik UMNO Akan Kehilangan 1 Kerusi Di Kuala Lumpur

Tengku Adnan Tengku Mansor (BN – UMNO) – 12,148

Samsu Adabi Mamat (PPBM) – 8,776

Zainal Abidin Kidam (PAS) – 3,634

16.0 Jika Statistik PR 14 Adalah Kayu Ukur Maka UMNO Akan Kehilangan 26 Kerusi Daripada kini 39 – Jumlah Keseluruhan Adalah 13 Kerusi

Kita tidak nafikan statistik itu adalah statistik lepas PR 14. Namun begitu , kemenangan 6 pilihan raya UMNO adalah atas faktor Perpaduan UMMAH bersama dengan PAS. Sekirannya akar naratif ini terputus maka sifirnya juga akan berubah.

17.0 UMNO Tidak Ada Calon Perdana Menteri Untuk Bersendirian

UMNO tidak akan sesekali menamakan Zahid atau Najib sebagai calon Perdana Menteri. Kumpulan Zahid-Najib juga tidak akan sesekali mencalonkan Tok Mat , Ismail Sabri , Annuar Musa , Khairy atau H20 sebagai calon Perdana Menteri. Kesemua kumpulan pro Zahid-Najib kini memiliki kes mahkamah. Jika Tok Mat dicalonkan sebagai calon PM maka Zahid sedang membunuh diri dalam pemilihan parti yang akan datang.

READ ALSO  Anwar Ready to Meet Agong With Enough MP Statutory Declarations Signed - Tun M Planned to Dissolve Parliament Than Give the Position to Anwar

Jika ada maka UMNO dicabar supaya namakan Najib , Zahid atau Tok Mat sebagai calon Perdana Menteri . Jika Zahid dan Najib dicalonkan sebagai calon PM maka ini adalah political suicide untuk parti UMNO dan akhirnya Zahid-Najib juga akan tewas . Jika Tok Mat dicalonkan sebagai calon PM maka ini juga adalah internal politics political suicide !

18.0 – Naratif & Sentimen Melayu Terkini Tidak Baik Untuk UMNO

Naratif seperti gunakan nama Melayu dan Rakyat demi kepentingan politik diri sendiri

Naratif mahukan pilihan raya semasa Covid 19 dan Banjir

Naratif tikam dan buli PAS ( sesama umat Melayu )

Undi simpati kepada PPBM/TSMY yang kelihatan diam dan dibuli serta diserang bertubi – tubi

Naratif Kluster Mahkamah UMNO mahu menyelamatkan diri sendiri

Naratif tolak PPBM tetapi menyokong Anwar dan DAP

19.0 Faktor Populariti Abah Sebagai Calon PM Perikatan Nasional

Zahid sebagai Presiden UMNO tidak mampu menjadi calon yang diketengahkan oleh UMNO manakala Perikatan Nasional ada Muhyiddin Yassin sebagai calon PM yang sesuai. Walaupun ada kelemahan TSMY masih jauh lebih popular dan diterima rakyat berbanding Zahid , Najib atau Anwar .

20.0 Faktor Asset Jawatan TPM Perikatan Nasional

Jika UMNO bersendirian maka jawatan TPM tiada political advantage untuk berdepan dengan pilihan raya. MCA dan MIC tidak akan dicalonkan sebagai calon TPM.

Dalam Perikatan Nasional pula jawatan TPM ini sangat luas. Boleh diberikan kepada PAS dan kuatkan PAS untuk berhadapan dengan UMNO di seluruh negara. Jawatan ini juga boleh ditawarkan kepada GPS atau Warisan. Jawatan ini akan memberi political tactical advantage kepada PPBM when comes to numbers game at the later stage.

21.0 Sabah dan Sarawak Lebih Pro PPBM Berbanding UMNO

Abang Johari dengan tegas mengatakan No Kepada UMNO untuk masuk ke dalam Sarawak. Katanya UMNO adalah racist dan ekstrem. Demi kepentingan GPS juga , GPS lebih sanggup memperkuatkan PN berbanding UMNO kerana risau perangai Abang Besar , Sombong , Angkuh dan Diktator Lama kembali. Peranan political balancing PPBM untuk counter UMNO Dominance amat diperlukan oleh GPS.

Jika anda sendiri adalah GPS maka tepuklah dada anda lebih selesa bersama PPBM atau UMNO ?

Warisan pula walaupun kini pembangkang tetapi musuh ketat politik beliau adalah Najib yang memecat beliau. Adalah lebih mudah Warisan bekerjsama dengan PPBM dan TSMY berbanding UMNO.

23.0 Jika Tiada Satu Pihak Yang Menang Majoriti Untuk Membentuk Kerajaan – UMNO Berada Dalam Situasi Disadvantage Berbanding PPBM

Jawapannya mudah. Jika Anda PKR , DAP , AMANAH , GPS , Pejuang dan Warisan. Antara UMNO dan PPBM mana pilihan anda? Antara Zahid dan TSMY siapa pilihan anda ?

Jika anda DAP. Jika anda melaungkan To Save Malaysia We Are Willing To Work Back With PPBM or To Save Malaysia We Are Willing To Work With UMNO-ZAHID-NAJIB maka slogan mana yang lebih boleh diterima oleh grassroot DAP?

Jika anda adalah GPS. Demi kepentingan politik negeri Sarawak. Anda lebih mahukan UMNO YANG TERLALU KUAT DAN DOMINAN ATAU PPBM YANG SEDERHANA KUAT ?

Jika anda adalah WARISAN. Anda lebih rela bekerjasama dengan Abah atau Zahid-Najib?

Jika anda adalah Mahathir dan Mukhriz . Anda lepas sudi maafkan Abah atau Najib-Zahid ?

Jika anda adalah Syed Saddiq. Anda lebih rela membentuk kerajaan dengan Abah atau Najib-Zahid ?

24.0 – Pengundi Bukan Melayu

Jika anda adalah pengundi Cina-India dan di kawasan yang tiada komponen parti Pakatan Harapan. Antara UMNO dan PPBM dan Antara TSMY dan Zahid-Najib siapa yang anda akan undi ? Tepuklah dada dan tanyalah selera maka anda akan mendapat jawapannya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

one + 20 =

Most Popular

To Top